Ahad, 9 September 2007

Nasihat atok


"Ya Allah,Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi perintah-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap.Lapangkan hati-hati ini dengan limpah iman dan keindahan tawakkal kepada-Mu.Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat tentng-Mu. Jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah, perkenankanlah permintaan kami. Ya Rabbal A'lamin.."

Tiada ulasan: