Cerita atok
Assalamualaikum
Baru2 ni atok ada attend talk yg agak menarik yg menceritakan ttg tokoh2 islam terdahulu yg telah byk menyumbang utk kesenangan generasi masa kini. Walaupun atok agak byk 'bertafakur' dlm talk tu, (maklumlah dah tua) tp dpt juga atok curi point2 menarik yg atok boleh share di sini.
Bila dikaji-kaji balik, memang byk ilmu2 yg didapati sekarang tidak kira sama ada dalam bidang perubatan, matematik, sastera hatta bintang2 di langit semuanya berasal dari ilmu yg telah dikaji oleh sejarawan Islam. Sebagai contoh dalam bidang matematik, telah lahir nama Al-khawarizmi yg telah menemui kaedah al-gebra yg digunakan sehingga kini. Al-Buzajani, Al-Battani, At-Tusi dan Al-kashi telah menemui kaedah sine dan kosine yg digunkan utk mentafsir dan memajukan ilmu astronomi. Atlas dunia yg ada pada zaman sekarang adalah hasil kajian Al-Biruni. Petroleum dikaji oleh Al-Naft (mungkin sebab itu ada nama petroleum naftalena kot). Ini hanya sebahagian tokoh yang dapat disenaraikan, namun masih banyak lagi sebenarnya tokoh2 yang telah menempa nama dalam bidang keilmuan ini. Lihat saja bagaiman kukuhnya binaan piramid di tanah arab yang sehingga sekarang tidak mampu dikenalpasti bagaimana batu2 itu disusun dan bagaimana pengiraan yang dibuat begitu tepat sehingga bangunan itu masih berdiri tegak walaupun dimmah usia.
Namun, seperti biasa, orang2 barat ini mempunyai strategi2 tertentu untuk cuba memadamkan nama2 Islam dalam bidang keilmuan ini. Mereka tidak mahu Islam itu nampak hebat. Lalu ditukarlah fakta dan malah ada yang menukar terus nama pengkaji Islam yang semestinya adalah orang Islam. Sebagai contoh, mereka telah mengatakan bahawa Singapura telah dibuka oleh Stamford Raffles pada 1892, namun jika dikaji balik, Kerajaan Singa Laut itu telah dibuka lebih awal hatta telah mempunyai kerajaan yang sistematik. (teringat kisah Singapura dilanggar todak). Ini semua antara pemalsuan2 yang direka bagi kepentingan bangsa mereka dan untuk menjatuhkan kredibiliti umat Islam itu sendiri.
Satu lagi fakta menarik yang atok dapat dalam talk tu, ilmu matematik asalnya adalah dari Nabi Idris itu sendiri. Ya Nabi Idris. Mungkin sebahagian daripada kita tidak mengetahui fakta ini. Nabi Muhammad diberikan mukjizat Al-Quran, Nabi Isa diberikan mukjizat dalam bidang perubatan dan Nabi Idris diberikan mukjizat dalam bidang matematik.Kebanyakan daripada ahli2 matematik adalah murid kepada ilmuan2 Islam itu sendiri. Maka tidak mustahillah apabila aristotle percaya ada kuasa yg menjadikan alam ini, dan plato pula percaya Tuhan itu satu. Tidak ada siapa yang cuba revealkan fakta ini.
Ilmu2 yg dikaji hampir semuanya di dasari dari kandungan Al-Quran itu sendiri menunjukkakn betapa agungnya mukjizat Nabi Muhammad ini. Berbeza dengan orang barat yang mengkaji sesuatu berdasarkan logik akal semata-mata dan mungkin mengaitkan dengan ilmu falsafah sedikit. Maka tidak hairanlah jika Galileo Galillei (betul ke eja ni) telah dihukum bunuh kerana menyokong fakta dari Al-Quran iaitu matahari bergerak pada paksinya sambil mengelilingi bumi.
Itulah hakikat, kebanyakan fakta2 sejarah sekarang telah dimanipulasi atau diubah oleh orang2 barat yang berkepentingan. Menjadi cabaran kepada umat Islam zaman sekarang untuk mengembalikan era kegemilangan Islam itu sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan