Rabu, 13 Ogos 2008

Bebel atok

Antara mubahalah, muzakarah, muqabalah, muwajahah silmiyah dan musabaqah

Kemeriahan senario politik Negara di kejutkan dengan drama “liwat 2” yang membabitkan tokoh reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pembantunya Saiful Bukhari. Dakwaan oleh saudara Saiful seolah-olah membuka kembali cerita lama yang agak lapuk dan agak basi untuk dijadikan point bagi menjatuhkan kredibiliti Anwar yang bakal menjadi PM tidak lama lagi. Mungkinkah plot cerita ini direka oleh individu atau kumpulan tertentu demi memastikan kelangsungan periuk nasi UMNO yang mana keadaannya semakin parah sekarang ini. Banyak spekulasi yang timbul berkenaan orang disebalik tabir dlm kes ini. Lantas, satu cadangan utk diadakan mubahalah atau sumpah dilakukan utk membuktikan kebenaran. Cadangan ditolak atas beberapa alasan. Namun penyudahan kesnya, Anwar tidak mengaku bersalah dan dibenarkan diikat jamin. Beliau akan dibicarakan pada 10 September dan ini membolehkan beliau utk bertanding di kerusi keramat, Permatang Pauh, pd 26 Ogos ini seterusnya membuka lembaran ke arah pembentukan generasi Malayia baru. Orang yang mungkin resah dengan penangguhan kes ini ialah pemimpin2 tertinggi UMNO dan juga mereka yang cuba dikaitkan dengan saudara Saiful. Nampaknya org Malaysia sudah bosan dengan cerita buatan sendiri yang agak skeptikal dan ortodoks. Dalam keadaan terdesak, mereka tidak dpt memikirkan jalan yg lebih bijak utk menyelamatkan parti kesayangan mereka.

Lantas dihebahkan pula cerita mengenai isu muzakarah antara pemimpin PAS dan juga UMNO dan disebarkan secara meluas oleh media pak turut yang begitu setia membuat propaganda. Kononya dengan berita sebegini sedikit sebanyak dapat memecah belahkan parti2 di dalam pakatan rakyat. Effectnya mgkn berjaya, namun bukan menjadi penghalang utama ke arah menghancurkan pemimpin yg zalim. Rakyat semakin dapat berfikir dengan tipu helah mereka. Sekali lagi UMNO terhantuk dengan propaganda ciptaan mereka. Pemimpin PAS dengan tegas mengatakan tiada muzakarah di kalangan pemimpin PAS dan juga UMNO, namun apa yg berlaku hanyalah pertemuan biasa atau muqabalah. Caturan mereka silap dek kebijaksanaan pimimpin PAS.

Baru-baru ini pula, ketua pembangkang , Datin Seri Wan Azizah telah meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kawasan Permatang Pauh yang membolehkan suaminya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bertanding, seterusnya, membolehkan beliau kembali ke arena politik sebenar yang sekian lama ditinggalkan. Parlimen bakal bergegar dengan kelantangan beliau mengkritik kerajaan dan juga bekas2 “sahabatnya”. Pilhan raya iaitu satu pendekatan secara aman untuk menentang musuh atau muwajahah silmiyah menjadi agenda utama rakyat pada 26 Ogos ini. Mungkinkah tarikh keramat ini akan merubah keaadan politik negara sekarang yang semakin cacat dek pertumbuhan nanah2 yang kian membusuk. Rakyat memerlukan perubahan. Pertandingan atau musabaqah ini perlu di ambil cakna oleh semua pihak. Mari bersama menuju ke arah pembentukan Malaysia baru.

Madah berhikmah

MUNAJAT SEORANG PEJUANG
(MUNAJAT PEJUANG DI SAAT MENGHADAPI CABARAN DAN TEKANAN YANG HEBAT)

1. Ya Allah! Ya Tuhan yang Maha Penyayang. Wahai Tuhan yang memiliki Arash yang mulia, Wahai Tuhan yang Maha Mencipta, Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa Mengembalikan, Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa melakukan apa yang dikehendki, Kami bermohon kepadaMu dengan cahaya keAgunganMu yang meliputi ArashMu, dengan kekuasaanMu yang Engkau telah tentukan ke atas seluruh makhlukMu, dengan rahmatMu yang meliputi setiap sesuatu. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, tolonglah kami.

2. Ya Allah! Hukumlah dan hancurkanlah orang-orang yang menyakiti kami dengan cara yang tidak sebenar sehingga mereka itu kembali kepadaMu. Ya Allah! Hukumlah dan hancurkanlah orang-orang yang menzalimi kami dengan cara yang tidak sebenar sehingga mereka itu kembali kepadaMu.

3. Ya Allah! Ya Tuhan yang tunduk kepadaNya pemimpin-pemimpin yang sombong. Wahai Tuhan yang tunduk kepadaNya orang-orang yang membawa perpecahan.Tidak ada yang datang dari Engkau ya Tuhan melainkan akan kembali kepadaMu jua. Tidak ada tempat untuk memohon pertolongan melainkan kepadaMu dan tidak ada tempat bergantung melainkan kepadaMu. Hindarkanlah kami daripada segala tipudaya orang-orang yang dengki dan kegelapan orang-orang yang menentang kami, jua keburukan orang-orang yang iri hati serta zalim. Dan rahmatilah kami dibawah naungan ArashMu. Wahai Tuhan yang maha Mulia, kuatkanlah tubuh badan kami untuk mendapatan keredhaanMu, dan terangilah hati-hati kami dan sanubari sahabat-sahabat kami untuk melaksanakan manhajmu.

4. Ya Allah, jauhkanlah antara kami dengan musuh-musuh kami dan orang-orang yang dengki kepada kami sebagaimana Engkau jauhkan diantara timur dan barat. Sambarlah pandangan-pandangan mereka dari melihat kami dengan cahaya kebesaranMu dan kemuliaanMu. Sesungguhnya Engkaulah pemberi sebesar-besar nikmat dengan rahmatMu, ya Tuhan yang Maha Mengasihani.

5. Ya Allah! Kami berlindung dengan kalimah-kalimahMu yang sempurna daripada setiap gangguan Syaitan dan setiap penglihatan yang jahat dan membahayakan. Ya Allah! Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami serahkan kepadaMu tengkok musuh-musuh kami dan orang-orang yang mendendami kami. Kami juga berlindung denganMu daripada perbuatan jahat mereka. Ya Allah! Kembalikanlah tipudaya mereka ke atas tengkok-tengkok mereka sendiri. YaAllah! hancurkanlah kesatuan mereka dan pecah belahkanlah panji mereka, goncangkanlah pendirian mereka dan utuskanlah keatas mereka anjing daripada anjing-anjingMu.

6. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kesabaran ke atas kami dan tetapkanlah pendirian kami. Tolonglah kami untuk menghadapi kaum yang engkar. Ya Allah! Perbaikilah hubungan diantara kami dan jinakkanlah diantara hati-hati kami. Tunjukkanlah kami jalan-jalan yang selamat dan keluarkanlah kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhilah kami dari kekejian samaada yang zahir daripadanya mahupun yang tersembunyi. Wahai Tuhan kami engkaulah Tuhan yang maha menutup, maka tutuplah keaiban kami dan amankanlah ketakutan kami.

7. Ya Allah! Tolonglah kami, janganlah susahkan kami.Tolonglah kami, janganlah Engkau tolong mereka untuk menyusahkan kami, rancangkanlah untuk kami, janganlah Engkau rancangkan untuk mereka yang menyusahkan kami.Berilah kami hidayah, mudahkanlah hidayah itu untuk kami. Tolonglah kami untuk menentang orang yang hendak melakukan kezaliman ke atas kami. Ya Allah! Pimpinlah kami ke jalan yang lurus dan jadikanlah kami dikalangan penunjuk jalan yang mendapat petunjuk dan dikalangan para da'ie yang mendapat petunjuk. Ya Allah! Satukanlah saf pejuang-pejuang kami yang ikhlas dan bantulah tentera-tentera yang bersatu dan orang-orang yang bersama dengan mereka.

8. Ya Allah! Sesungguhnya dengan wajah (Kebesaran) Allah yang Maha mulia dan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh orang yang berbuat kebaikan mahupun kejahatan, kami berlindung daripada kejahatan-kejahatan yang turun dari langit dan daripada kejahatan yang naik ke langit, daripada kejahatan yang bertebaran di muka bumi dan yang keluar daripadanya, daripada fitnah malam dan siang

Sabtu, 2 Ogos 2008

Nasihat atok

Jumaat, 1 Ogos 2008

Nasihat atok

ISRA’ MIKRAJ :PENGAJARAN BUAT PEJUANG ISLAM

“Mahasuci Allah yang memperjalankan hambaNya (Muhamamd SAW) pada malam hari daripada Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya Dia Maha mendengar, Maha mengetahui” (Al-Isra’ 15:1)

Peritiwa Israq’ wal mikraj adalah satu peristiwa yang Allah berikan kepada nabi Muhammad SAW pada 27 Rejab tahun ke 12 baginda dibangkitkan menjadi seorang Rasul . Ia berlaku selepas kematian dua orang yang baginda kasihi Saidatina Khadijah Binti Kuwailid dan Abu Talib. Tahun itu disebut sebagai ‘Amul Huzni (tahun duka cita ).

Kedua insan yang banyak mempertahankan risalah yang baginda bawa selama ini. Mereka berdua adalah obor semangat sepanjang baginda berdakwah. Kejayaan dakwah yang baginda bawa pada peringkat awal adalah hasil sokongan moral dan material mereka berdua. Tetapi Allah lebih mengetahui hikmat yang tersurat dan tersirat.

Kematian kedua mereka ini untuk menjawab bahawa kejayaan dakwah dan Islam bukan Khadijah dan Abu Talib yang menentukan. Tetapi Allah SWT yang menjaga agamanya daripada dimusnahkan oleh manusia. Seandainya kejayaan Nabi Muhammad SAW dalam dakwah kerana mereka berdua, apa pula umatnya seperti kita yang meneruskan perjuangan Islam yang tidak mempunyai Abu Talib dan Saidatuna Khadijah.

Tetapi Islam adalah jagaan Allah manusia tidak boleh untuk melumpuhkan Islam dengan apa cara sekalipun. Seperti firman Allah SWT “Mereka hendak memadam cahaya Allah (agama Allah) dengan mulut mereka dan Allah yang menyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir membencinya” Al-Saf:61:8

Peristiwa yang berlaku memang menguji keimanan mereka yang sudah sedia beriman dan menambahkan kekafiran bagi mereka yang tidak beriman terhadap Allah SWT. Watak yang ditunjukkan oleh Saidina Abu Bakar yang tegas menerima walaupun yang menyampaikan berita itu adalah orang kafir musyrikin, maka Abu Bakar terus menerima tanpa apa-apa keraguan. Walaupun tujuan mereka untuk menguji keimanan Abu Bakar al-Siddiq, namun baginda dengan tegas menjawab kalau yang kamu beritahu itu ialah Nabi Muhammad SAW yang pergi sampai ke Sindatul muntaha lebih daripada itu pun aku percaya. Ini lah sifat yang ditunjukkan oleh Abu Bakar al-Siddiq yang sentiasa membenarkan apa yang dibawa oleh baginda walaupun orang lain engkar terhadap perkhabaran tersebut.

Kita juga boleh melihat bagaimana ketegasan baginda untuk memberitahu kepada orang ramai berkenaan dengan peristiwa Isra’ dan Mikraj, walaupun ia dilarang oleh Ummu Hani’ daripada menceritakan kepada orang lain kerana bimbang orang akan kata nabi Muhamamd SAW pembohong. Kerana macama mana mereka hendak percaya, kerana perjalanan mereka daripada Makkah ke Palestin dengan berjalan kaki dan naik unta memakan masa selama 40 hari 40 malam. Tiba-tiba nabi Muhammad SAW hanya mengambil masa selepas Isya’ dan pulang sebelum Subuh. Seperti yang ramalkan oleh Ummu Hani’ menjadi kenyataan. Ramai di kalangan mereka yang sudah beriman kembali murtad dan menambahkan kekafiran bagi mereka yang sedia kafir.


Pengajaran daripada Isra’ Mikraj

* Allah berkuasa untuk melakukan sesuatu kepada hambanya. Jarak yang manusia bilang selama 40 hari hanya berdasarkan kepada hitungan manusia bukan berdasarkan kepada kekuasaan Allah SWT. Allah menjalankan dan mengatur perjalanan bulan, matahari dan menentukan jarak perjalanan. Maka tidak menjadi masalah kepada Allah untuk membuat lebih daripada itu.

* Allah berkuasa untuk menjalankan Nabi Muhammad SAW sampai ke Sidratul Muntaha maka, Allah berkuasa untuk menolong agamanya sekiranya hambanya sudah memenuhi syarat untuk memikul amanah agamanya.

* Ketegasan Nabi Muhammad SAW yang tegas untuk menceritakan peristiwa ini kepada kaumnya walaupun Ummu Hani’ melarang kerana orang Islam imannya tidak begitu kukuh lagi dan orang kafir akan mencari kesalahan yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW. Mereka menjadikan hujah Isra’ Mikraj sebagai jalan untuk menimbulkan keraguan kepada umat pada waktu itu. Nabi Muhammad SAW sebagai seorang Rasul yang yakin dengan kebenaran risalahnya maka terus tampil ketengah masyrakat untuk menceritakan peristiwa tersebut. Dengan Izzah Islam yang baginda bawa, maka baginda menceritakan kepada umatnya, walaupun tahu risiko kehilangan pengaruh.