Isnin, 17 September 2007

Nasihat atok

Tazkirah Ramadhan

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla Berfirman: “Melainkan puasa, kerana ianya untukKu dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanan keranaKu”.
Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi disisi Allah daripada bau Misk. (minyak wangi kasturi).

(Al-Bukhari dan Muslim)

Khamis, 13 September 2007

Cerita atok

Assalamualaikum

Baru2 ni atok ada attend talk yg agak menarik yg menceritakan ttg tokoh2 islam terdahulu yg telah byk menyumbang utk kesenangan generasi masa kini. Walaupun atok agak byk 'bertafakur' dlm talk tu, (maklumlah dah tua) tp dpt juga atok curi point2 menarik yg atok boleh share di sini.

Bila dikaji-kaji balik, memang byk ilmu2 yg didapati sekarang tidak kira sama ada dalam bidang perubatan, matematik, sastera hatta bintang2 di langit semuanya berasal dari ilmu yg telah dikaji oleh sejarawan Islam. Sebagai contoh dalam bidang matematik, telah lahir nama Al-khawarizmi yg telah menemui kaedah al-gebra yg digunakan sehingga kini. Al-Buzajani, Al-Battani, At-Tusi dan Al-kashi telah menemui kaedah sine dan kosine yg digunkan utk mentafsir dan memajukan ilmu astronomi. Atlas dunia yg ada pada zaman sekarang adalah hasil kajian Al-Biruni. Petroleum dikaji oleh Al-Naft (mungkin sebab itu ada nama petroleum naftalena kot). Ini hanya sebahagian tokoh yang dapat disenaraikan, namun masih banyak lagi sebenarnya tokoh2 yang telah menempa nama dalam bidang keilmuan ini. Lihat saja bagaiman kukuhnya binaan piramid di tanah arab yang sehingga sekarang tidak mampu dikenalpasti bagaimana batu2 itu disusun dan bagaimana pengiraan yang dibuat begitu tepat sehingga bangunan itu masih berdiri tegak walaupun dimmah usia.

Namun, seperti biasa, orang2 barat ini mempunyai strategi2 tertentu untuk cuba memadamkan nama2 Islam dalam bidang keilmuan ini. Mereka tidak mahu Islam itu nampak hebat. Lalu ditukarlah fakta dan malah ada yang menukar terus nama pengkaji Islam yang semestinya adalah orang Islam. Sebagai contoh, mereka telah mengatakan bahawa Singapura telah dibuka oleh Stamford Raffles pada 1892, namun jika dikaji balik, Kerajaan Singa Laut itu telah dibuka lebih awal hatta telah mempunyai kerajaan yang sistematik. (teringat kisah Singapura dilanggar todak). Ini semua antara pemalsuan2 yang direka bagi kepentingan bangsa mereka dan untuk menjatuhkan kredibiliti umat Islam itu sendiri.

Satu lagi fakta menarik yang atok dapat dalam talk tu, ilmu matematik asalnya adalah dari Nabi Idris itu sendiri. Ya Nabi Idris. Mungkin sebahagian daripada kita tidak mengetahui fakta ini. Nabi Muhammad diberikan mukjizat Al-Quran, Nabi Isa diberikan mukjizat dalam bidang perubatan dan Nabi Idris diberikan mukjizat dalam bidang matematik.Kebanyakan daripada ahli2 matematik adalah murid kepada ilmuan2 Islam itu sendiri. Maka tidak mustahillah apabila aristotle percaya ada kuasa yg menjadikan alam ini, dan plato pula percaya Tuhan itu satu. Tidak ada siapa yang cuba revealkan fakta ini.

Ilmu2 yg dikaji hampir semuanya di dasari dari kandungan Al-Quran itu sendiri menunjukkakn betapa agungnya mukjizat Nabi Muhammad ini. Berbeza dengan orang barat yang mengkaji sesuatu berdasarkan logik akal semata-mata dan mungkin mengaitkan dengan ilmu falsafah sedikit. Maka tidak hairanlah jika Galileo Galillei (betul ke eja ni) telah dihukum bunuh kerana menyokong fakta dari Al-Quran iaitu matahari bergerak pada paksinya sambil mengelilingi bumi.

Itulah hakikat, kebanyakan fakta2 sejarah sekarang telah dimanipulasi atau diubah oleh orang2 barat yang berkepentingan. Menjadi cabaran kepada umat Islam zaman sekarang untuk mengembalikan era kegemilangan Islam itu sendiri.

Selasa, 11 September 2007

Bebel atok

Assalamualaikum diucapkan kepada semua

Terasa terpanggil diri ini utk meluahkan rasa ketidak puas hatian dan rasamarah terhadap isu yg terjadi baru2 ini ; 2 org cedera di batu buruk Kuala Terengganu akibat ditembak oleh polis menggunakan PELURU HIDUP. Mgkn isu ini dah dikomen dan diulas semasak-masaknya oleh pena2 maya seaqidah yg lain namun jemari ini tetap bernafsu utk memberi pandangan peribadi. Mgkn diri ini cuba mengupas mengikut nafsu amarah semata-mata, namun tahap kesabaran ada batasnya lantaran menyentuh sensitiviti sebagai umat Islam seaqidah.

Kenapa perkara ini boleh berlaku? Sedangkan mereka hanya mahu mendengar ceramah. Benda baik tu. Salah ke? Bukan buat pakatan nak rompak bank pun, bukan buat pakatan nak bom bangunan pun.

Sesal hati ini bukanlah kerana menyebelahi mana2 pihak, tapi sensitiviti ini adalah lebih kepada saudara seislam itu sendiri. Ya ISLAM! yg menjadi mangsa adalah org ISLAM. Yang kononya menjadi pengawal keadaan juga adalah orang ISLAM. Mungkinkah ada dalih disebalik kejadian itu? Mungkihkah satu propaganda tajaan pihak2 tertentu? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.

Melihat pula komen n ulasan daripada pelbagai pihak, mcm polis2(sesetengah polis yg bleh dikatakan taklid buta) ni je la yg betul. PERFECT! Mungkin memang dah jd trend kot, khilaf nye sedikit, tp diheboh rata bagai langit hendak timpa kepala. GORENG!!!
Jangan kurung Islam dalam rungkup saji agenda politik berkepentingan.

Wahai kaum muslimin sekalian, INGAT, ISLAM akan kembali mentadbir dunia. Itu janji ALLAH. Semoga hidayah Allah akan sampai kpd dieorg ni dan mati dlm iman.

Madah berhikmah



Selamat berpuasa diucapkan kepada semua kaum muslimin dan muslimat sekalian. Semoga Ramadhan kali ini akan menjadikan kita manusia yang lebih "best"

Ahad, 9 September 2007

Nasihat atok


"Ya Allah,Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi perintah-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap.Lapangkan hati-hati ini dengan limpah iman dan keindahan tawakkal kepada-Mu.Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat tentng-Mu. Jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah, perkenankanlah permintaan kami. Ya Rabbal A'lamin.."

Nasihat atok

Berikut merupakan antara 9 petua dari Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa yang mustajab:

1. Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.”

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya.

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.”

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah dari godaan syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan.”

6. Ubadah Bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan,


Kemudian berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwudhu (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.”

7. Ata Bin Abi Rabah berkata “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda, sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.”

8. Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.”

9. Hadith dari Abu Hurairah, “Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda, pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.”

Wallahu’alam.

Sabtu, 1 September 2007

Nasihat atok



“Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk”

(Surah An-Nahl : 125)

Nasihat atok

Prinsip2 asas dlm mengahadapi seseorang:-

1) Jangan mengkritik , menghukum, merungut
2) Berikan penghargaan yg ikhlas dan murni
3) Bangkitkan keinginan yg membara dlm diri org lain

oleh: Dale Carnegie

Ya, kadang2 kita terlalu cepat melatah tanpa memberi peluang kpd org lain utk perjelaskan terlebih dahulu apa yg mereka mahu. Kita telah mematikan terus idea dan buah fikiran mereka dan kdg2 tanpa memberikan sebarang alternatif. Memberi penghargaan kpd org lain adalah sesuatu yg bermakna sebenarnya samada dr pemberi atau penerima. Cuba bayngkan sedang kita bersendirian di dlm bilik sewaktu hari jadi katakan, tiba2 masuk seorang rakan lalu memberikan hadiah. Apa perasaan kita ketika itu? Mesti seronok. And lastly, put on the 'eagerness' to the other people.