Nasihat atok
Sejauh mana kita meletakkan rasa syukur kita kepada Maha Pemberi segalanya. Pernahkah kita menyebut, at least 'terima kasih Allah' setiap kali mendapat sesuatu yang baik?
Kita sering lupa berbuat demikian kerana acap kali rasa terima kasih hanya didasarkan pada manusia sedangkan setiap rezeki yang kita peroleh itu adalah dari Allah semata-mata.
Apa yang kita rasa apabila orang berterima kasih kepada kita setelah diberikan sesuatu seperti hadiah. Adakah kita akan rasa dihargai? tentu ya. Bukan bermaksud Allah rasa dihargai apabila kita mengucapkan kata syukur, tetapi adalah sifat seorang muslim yang molek kiranya kita dapat berbuat begitu.
Bersyukur merupakan salah satu kewajipan muslim kepada Allah. Ini dapat dibuktikan dengan peribadi Rasulullah itu sendiri. Walaupun baginda telah dijamin masuk syurga, namun baginda tetap menyempurnakan ibadah kepada Allah siang dan malam sehingga bengkak kakinya. Apabila ditanya oleh isterinya Aisyah mengapa baginda begitu rajin beribadah, lalu baginda menjawab 'Salahkah aku menjadi hamba-Nya yang bersyukur?'
"Bersyukurlah, nescaya akan aku tambahkan nikmatmu'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan