Ahad, 26 Ogos 2007

Cerita atok



Beberapa hari lg dah nak merdeka lagi buat kali ke 50. So, sedar x sedar dah lama juga kita berjaya melepaskan diri dari kuasa penjajahan barat. Terima kasih yang x terhingga kepada pejuang2 kemerdekaan yang terdahulu. Dan selama 50 tahun juga lah kita dapat lihat kemajuan dan peningkatan dalam pembangunan infrasturktur seiring dengan arus pemodenan yang semakin deras mengalir. Namun, apakah kita betul2 faham apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan frasa kemerdekaaan yang kita laungkan selama ini. Adakah kita telah merdeka secara holistiknya baik dari aspek mental, spiritual mahupun material? Adakah terbayar sudah jerih payah generasi terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan dengan hanya mengibarkan Jalur Gemilang?

Adakah kita cukup adil apabila mengatakan kita telah pun hadam dalam menghayati erti kemerdekaan dengan hanya berseronok dan bersuka ria sedangkan generasi terdahulu ada yang terpaksa menggadai harta bahkan nyawa semata-mata untuk mencapai kemerdekaan. cuba kita imbas kembali sejarah 50 tahun dahulu, di mana rakyat jelata terpaksa merasai keperitan hidup dengan hanya ubi kayu sebagai santapan sekeluarga pada dinihari denngan pendapatan tidak menentu, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. hiudp pula sering diselubungi ketakutan dek askar penjajah yang tak berperikemanusiaan. bermalam dengan hanya suluhan lampu minyak tanah atau dalam keaadaan gelap gelita. Kanak2 tidak mendapat pendidikan formal. Kini kita sebagai generasi pasca kemerdekaan hidup dalam kemewahan, sering dimanjakan dengan keseronokan dan tiada lagi momokan dari musuh yang mampu mengganggu gugat keselamatan kita. seharusnya kita bersyukur dengan apa yang kita kecapi ketika ini dan sanjunglah hasil usaha generasi terdahulu. Janganlah kita menjadi pemutus mata-mata rantai kemerdekaan hasil kesinambungan perwira-serikandi kemerdekaan.

Pengunduran British dari Tanah Melayu sebenarnya bukan menandakan bahawa mereka menyerah kalah dan percaya kepada kewibawaan pemimpin kita.Mereka tidak akan meninggalkan apa yang mereka perolehi begitu sahaja. Tengok saja jarum2 yang cuba disuntik ke dalam aliran darah bangsa kita. Virus yang disuntik menjadi kudis yang hilang pedoman dirinya.

Begitu juga dalam aspek spiritual, kita masih lagi dijajah. Lihat saja anak muda yang bakal memimpin negara kelak, mereka telah dimunkan dengan anasir2 negatif barat yang melalaikan dan kadangkala memeningkan, yang tidak mementingkan norma2 kehidupan. Mengapakh kita perlu mengagungkan budaya kuning ini sedangkan 'inang dan zapin' kita lupakan. Anasir2 inilah yang akan melumpuhkan, merencat dan membantutkan pembanguna negara.

Tiada ulasan: