Bebel atok
Salam sejahtera buat semua..
Realiti masyarakat masa kini cube mencari dalih atau mencari mudah dengan memilih hukum-hukum islam yang dirasakan sesuai dgn diri mereka. Pemikiran-pemikiran seperti telah didoktrin oleh mereka yang tidak bertanggunggjawab sama ada dr umat islam itu sendiri mahupun puak2 kuffar yg sentiasa memerangi.
Benarkah islam itu perlu berubah mengikut zaman? Perlukah islam yg baru di zaman baru seperti islam 'hadhari' yg mana di dalamnya tidak terlaksana hukum2 yg telah disyariatkan oleh Allah?
Memang itu yg berlaku sekarang. Mereka cuba berhujah pada logik akal semata-mata. Ambil yg mudah dan sesuai dgn mereka. Konon2 nya Islam is the one that have to suit their life.
Pernah beberapa pemimpin mengeluarkan kata-kata yg boleh dianggap sbg menghina hukum Allah. Antaranya:
"Kalau kita buat hudud zaman sekarang, so nanti byk la sup2 tangan sebab byk sgt tangan yg kene potong"
Ingatlah wahai cucu2 sekalian. Ini semua berkaitan dgn aqidah kita. Islam syumul dan sesuai dilaksanakan pd setiap masa dan setiap zaman. Mencari ilmu biarlah berguru. Berguru biarlah beribu supaya mendapat input yang mantap dan masak. Bukan sekadar majalah Al-Islam menjadi penguat hujah kita, bukan kolum astora jabat jadi bhn rujukan semata-mata kerana ulasan yg nampak lebih mudah dan sekali lg 'suit' dgn kita.
Masyarakat sekarang jahil.Bukan jahat sgt pun. Cume nakal sikit kadang2. Org yg berilmu bertanggungjawab utk memberi faham kpd mereka. Masyarakat perlu dididik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan