Selasa, 28 Ogos 2007

Cerita atok

Ada sebuah kisah menarik yg atok nak cerita pd cucu2 sekalian....


Di sebuah daerah Muslim yang besar terdapat sebuah keluarga yang asalnya hidup aman damai.Namun setelah kematian ibu bapa mereka yang dibunuh kejam di Turki oleh puak2 sekularisme, keluarga ini mula goyah.Mereka mula bertelagah sesama sendiri terutama oleh abang2 yg kaya-raya hasil tinggalan perusahan minyak yg ditinggalkan oleh ayah mereka.Si adik2 pula yang hilang tempat bergantung mula2 terkapai2 untuk hidup berdikari. Si abang tidak pula membantu si adik kerana mahu mereka berusaha sendiri kononnya, kerana mereka juga suatu ketika dahulu pernah hidup susah.

Satu hari, mereka sekeluarga telah pergi berkelah di sebuah pantai yg cantik. Sedang asyik mereka bersuka ria, tiba2 seorang adik perempuan mereka telah diculik dan telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini berlaku di depan khemah abang-abang yang kaya ini. Pencabulan si adik itu dilakukan oleh sekumpulan pendatang haram yang suka membuat kacau kehidupan orang lain. Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang dengan kesayuan. Tetapi si abang-abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri.


Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pula telah lemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka cuba menyelamatkan si adik yang lemas itu tetapi dihalang oleh abang atas alasan, marilah bawa berbincang dahulu. Jangan terburu-buru, bahaya.Nanti makan diri.

Akhirnya, di saat adik perempuan mereka terus dicabul dengan penuh nafsu oleh sekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki pula hampir kelemasan di tengah lautan, mereka telah duduk berbincang sambil makan makanan yang mewah-mewah dan minuman yang lazat-lazat.

Lalu si abang sulung selaku pengerusi mesyuarat bersuara,"Tajuk persidangan kita hari ini adalah, Cara-cara menyelamatkan adik perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan."

Adik-adik yang lebih muda dengan bersemangat terus bangun dan menunjukkan reaksi mehu bergaduh dengan pendatang-pendatang haram tersebut, dan juga tanpa menghiraukan keselamatan, ingin sahaja terus menyelamatkan adik lelaki mereka yang semakin kelemasan itu. Tetapi dengan tenang si abang-abang berkata,"Inilah orang muda, suka sangat ikut perasaan. Cuba hormat sikit orang tua. Kita ambik jalan yang lebih berdiplomasi."

Akhirnya, si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram tersebut.

"Ini resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh adik kami pun, cuba hentikan rogol tu dulu. Kita buat gencatan nafsu.Kita duduk berbincang terlebih dahulu."

Maka mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulan terhadap adik perempuan itu terus berlaku sambil ditonton oleh adik-beradik yang lain.

Tentang si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari mereka cuba mendapatkan bot penyelamat, tapi dihalang oleh abang yang lain.

"Hoi monyet...senyaplah... pengkhianat!" Getus hati si adik yang tidak puas hati kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh abang-abang mereka.

Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan. Bagi si abang, adik berdarah muda merosakkan keadaan sahaja. Adik-adik muda ada yang dikenakan akta Ikut Suka Aku (ISA), Akta Untuk Kesenangan Aku (AUKU), dirobohkan khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan muda pula ditakut-takutkan akan hilang kehormatannya.

Keadaan semakin genting. Adik-beradik tadi melakukan mesyuarat kononnnya tergempar pula atas desakan adik2 yang mula memberontak. Kali ni mereka agak sepakat.

"Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram mencabul adik perempuan kami."

"Selamatkan adik kami yang kelemasan."

Tetapi mereka hanya memasang banner di sepanjang pantai tersebut. Dengan harapan, ada orang yang akan membantu mereka. Adik perempuan mereka semakin terus dicabul.

Adik lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya kelihatan, kini seolah-olah sudah hampir mati. Hanya menunggu malaikat maut datang mengambil nyawa. Lalu, diangkatlah lagi banner "Selamatkanlah adik kami yang kelemasan" setinggi-tingginya dengan harapan ada orang lain yang membantu.

Bila melihat banner itu tidak berkesan. Mereka bermesyuarat lagi. Dan mereka mengeluarkan banner yang baru. Yang lebih cantik dan mahal. Adik perempuan terus dinodai. Adik lelaki sudah semakin hanyut di tengah lautan... adik-beradik lain pula terus bermesyuarat dan mesyuarat untuk menghasilkan banner dengan wording yang lebih menarik....

Namun kesudahannya tiada. Akhirnya mesyuarat hanya setakat mesyuarat, diplomasi hanya setakat diplomasi, penyelesaiannya tiada. Si adik muda yg bersemangat pula terus berpakat dgn adik sefikrah yg lain utk memastikan kejadian yg sama tidak berulang. Mereka masih melakukan itu sehingga ke saat ini dengan harapan dan keyakinan bahawa mereka akan berjaya suatu hari nanti.



+ adik perempuan itu bernama Palestin.
+ adik lelaki itu bernama Iraq
+ abang-abang itu negara Arab yang kaya raya
+ adik-adik yang senyap itu negara umat Islam yang membangun / mundur.
+ adik-adik yang berdarah muda itu gerakan-gerakan Islam
+ mesyuarat itu pula ada mesyuarat OIC
+ bapa yang mati adalah khalifah

Tiada ulasan: