Isnin, 21 Mei 2007

Cerita atok

Assalamualaikum...

Hari ni atok nak cite pasal kebaikan tidur di waktu tengah hari. Untuk pengetahuan semua, tidur sekejap di waktu tengah hari (qailulah) ni sunnah nabi. Dalam kitab ' Misykatul Masabih' ade menybut tentnag salah satu amalan sunnah yang dilakukan nabi.
" Tidur yang sedikit di waktu tengah hari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya". Dalam kitab lain, Ihya Ulumuddin, karangan Imam Al-Ghazali ada mengatakan, "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor". So terbuktilah bahawa qailulah tu ada manfaatnya.

Tapi kene jage2, sebab takut terlajak pulak waktu tidur tu.Nanti jadi qailelap plak. Lagi2 kalau lepas makan. Huh, memang lagi sedap la melelapkan diri.

"Ala macam atok x pernah qailelap je"

Ni kire muhasabah diri la ni.Sibuk je. Orang tua2 ckp jgn menyampuk.


Insyaallah setiap sunnah tu ada kebaikannya dan moge2 dibalas dengan rahmat dan pahala dari Allah.

Tiada ulasan: