Rabu, 23 Mei 2007

Bebel atok

PUTRAJAYA 21 Mei – Kerajaan hari ini mengumumkan berita gembira yang disifatkan sebagai ‘terbaik dalam sejarah perkhidmatan awam’ apabila memberi kenaikan gaji antara 7.5 hingga 35 peratus kepada kakitangannya berkuat kuasa 1 Julai ini.

Bagi anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia pula, mereka menerima durian runtuh yang lebih istimewa iaitu kadar kenaikan gaji antara 9 hingga 42 peratus, iaitu 20 peratus lebih tinggi daripada peratus kenaikan gaji kakitangan awam lain.

Selain pemberian kenaikan gaji pokok, kerajaan turut mengumumkan kenaikan Elaun Kos Sara Hidup (COLA) sebanyak 100 peratus bagi menampung kos hidup kakitangan awam yang tinggal di bandar-bandar besar.

Dalam pengumuman yang turut menggembirakan lebih 557,000 pesara kerajaan, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kenaikan itu juga melibatkan kenaikan pencen bekas kakitangan awam.

.....................................................................................

Assalamualaikum...

Keratan Akhbar ni atok amik dari http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0522&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm bertarikh 22 May 2007.

Tahniah dan syabas kepada kerajaan khususnya Pak Lah sendiri yang telah berjaya menaikkan gaji pekerja-pekerja kerajaan Malaysia. Tapi bile atok pikir-pikir balik, poning atok poning. Ye la, rentetan dari kenaikan gaji ni, kemungkinan besar harga barangan akan naik dan ade yg dah naik pun semasa ura2 mengatakan gaji pekerja2 kerajaan akan naik. Mane la peniaga2 ni dpt suratkhabar early edition. Bab2 ni mmg cepat n pantas. Antara harga brgn yg dah naik antaranye adlh tepung. Habislah, mcm mane nenek nak buat cekodok utk atok tiap2 ptg lg mcm ni.

"Aik atok, bile plak mase atok ade nenek yg masak cekodok utk atok ni?"

Pembetulan maklumat, 'bakal nenek'(sedang mencari.hehe).Dah la kamu ni. Menyampuk je. Ok, sambung balik bebel atok.

Ha, diharapkan lps naik gaji ni kualiti keje pun makin naik la. Jangan nak curi tulang je keje tu. Dan satu lg peringatan, lps naik gaji tu jgn lupe byk2 le menderma kat masjid or kpd org2 yg memerlukan.

"Ala, atok pun derma seminggu skali je kat masjid.Dah la bg seringgit je"

Sibuk btul la kamu ni. At least ade gak derma. Dah dok diam2. Nanti habis semua rahsia terbongkar.

Ok la, semoge tindakan susulan seperti pemantauan kpd harge brg2 yg akan dinaikkan sesuke hati dipergiatkan bagi menjamin hak2 sebagai pengguna. Bukan semua pengguna berkemampuan. itu mesti mau ingat. Dan bukan semua pengguna juga adalah pekerja2 kerajaan that mean bkn semua org menerima habuan drpd kenaikan gaji. Fight for consumer right.

Dan satu lagi peringatan, dah naik gaji tu, harap2 berkurangan le aktiviti2 rasuah merasuah ni. Lagi elok kalo x de langsung dah. But human will never satisfy with what they have kecuali org2 yg beriman dan beramal soleh.

"Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka merubah diri mereka sendiri"

Tiada ulasan: