Bebel atok
Assalamualaikum...
Pelajar pondok ditembak -- 3 maut, 7 cedera diserang di madrasah berasrama selatan Thai
BANGKOK 18 Mac – Konflik di selatan Thailand merebak ke wilayah Songkhla hari ini dengan tiga pelajar terbunuh dan tujuh lagi cedera apabila sekumpulan penyerang melontar bahan letupan dan melepaskan tembakan ke arah sebuah sekolah agama di selatan negara ini.
Jurucakap polis, Kolonel Thammasak Wasaksiri berkata, serangan itu berlaku lewat malam tadi di Bamrungsart Pohnor, sebuah madrasah berasrama di daerah Sabayoi, Songkhla.
Penyerang melepaskan berpuluh-puluh tembakan ke arah bilik asrama sekolah agama itu tempat kira-kira 75 pelajar lelaki sedang tidur, kata pegawai itu.
Seorang pelajar berusia 12 tahun dan dua berumur 14 tahun terbunuh dalam serangan itu, katanya.
Tujuh pelajar berusia antara 13 hingga 17 mendapat rawatan kerana cedera akibat terkena tembakan.
Thammasak berkata, polis percaya kumpulan pemisah Islam melancarkan serangan itu dan berharap untuk meyakinkan penduduk Islam tempatan bahawa pihak berkuasa yang mendalangi keganasan.
Pemisah berbuat demikian sebagai helah untuk mendapatkan sokongan penduduk kampung terhadap perjuangan mereka, dakwanya.
Bagaimanapun, beratus-ratus penduduk kampung Islam mengadakan protes pagi ini dengan menyatakan mereka tidak percaya orang Islam melancarkan serangan itu.
“Penduduk kampung menuduh askar payung terjun menyerang madrasah itu,” kata Thammasak.
Serangan bom dan tembakan yang dilepaskan dari kenderaan bergerak berlaku hampir setiap hari di tiga wilayah majoriti Islam di selatan iaitu Yala, Narathiwat dan Pattani dan semakin kerap di wilayah berhampiran, Songkhla.
Walaupun guru beragama Buddha menjadi sasaran serangan, kanak-kanak sekolah pada umumnya terlepas daripada keganasan itu.
Negara ini digemparkan oleh satu serangan kejam minggu lepas apabila sekumpulan lelaki menyerang hendap sebuah bas di Yala dan membunuh lapan penumpang dengan menembak kepala mereka.
Insiden pada Rabu lalu itu disusuli pada malamnya dengan satu letupan bom di sebuah masjid dan satu serangan bom tangan yang membunuh dua penduduk Islam di sebuah kedai kopi.
Tentera Thai mengenakan perintah berkurung di dua daerah di Yala pada Khamis lalu.
Jurucakap tentera, Kolonel Akara Thiprot berkata, langkah itu merupakan kali pertama tentera mengenakan perintah berkurung di wilayah berkenaan sejak Januari 2004.
....................................................................................
Cite ni atok amik dr keratan akhbar utusan malaysia bertarikh 19 mac 2007. Bile bace cite ni memang sgt2 sakit hati dgn tindakan dieorg yg bodoh lg bangang ini;(sori terkasar bahasa, atok mmg seorang yg sensitif).Ape sebenarnye yg dieorg nak ni?
atok rase tindakan dieorg ni dah main kasar.
Wahai sahabat2 seaqidahku sekalian, marilah same2 kite doakan kehancuran kuffar laknatullah ini..dan jika ada yg lebih mampu dari itu maka buatlah utk bantu saudara2 kite ni...ALLAHUAKBAR!!! ihzimhum!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan