Khamis, 24 Mei 2007

Bebel atok

Tindakan lebih tegas jika terlibat rasuah – Musa

Oleh ZULKIFLI MANZOR

KUALA LUMPUR 23 Mei – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini memberi amaran akan bertindak lebih tegas terhadap mana-mana pegawai, anggota dan kakitangannya yang didapati terlibat dengan rasuah atau kesalahan lain selepas gaji baru mereka bermula Julai ini.

Tegas Musa: ‘‘Kalau mereka terima rasuah juga, tanggung sendiri akibatnya. Saya tidak akan beri nasihat lagi, tindakan akan diambil serta-merta terhadap pegawai atau anggota yang terlibat.’’

Katanya, kenaikan gaji warga polis dengan tambahan sebanyak 20 peratus yang akan bermula bulan depan itu seharusnya menambah mutu kerja setiap anggota pasukan tersebut dan tiada lagi ruang atau alasan bagi mereka untuk menerima rasuah.

‘‘Saya percaya kenaikan gaji ini mampu menangani masalah seperti rasuah kerana tiada lagi alasan gaji murah atau terpaksa melakukan kerja sampingan di kalangan warga PDRM,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perhimpunan Khas Pegawai-Pegawai Awam PDRM Bersama Ketua Polis Negara sempena Sambutan Hari Polis Ke-200, di sini hari ini.

Kelmarin, kerajaan mengumumkan kenaikan gaji sektor awam meliputi PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang akan menerima kenaikan tambahan sebanyak 20 peratus.

Dalam pada itu, Musa berkata, tindakan tegas itu juga sejajar dengan harapan rakyat yang mahukan mutu perkhidmatan PDRM dipertingkat memandangkan gaji setiap pegawai, anggota dan kakitangan pasukan tersebut telah dinaikkan.

Justeru katanya, bagi mencapai hasrat itu, pemantauan dan pengawasan ke atas setiap hasil kerja anggota polis akan dipertingkat selepas ini.

Sebagai contoh katanya, setiap tugasan yang diberikan kepada mana-mana anggota polis akan sentiasa dipantau oleh pihak atasan bagi memastikan ia dilakukan dengan betul.

‘‘Pengawasan penting kerana anggota polis juga manusia dan sebagai manusia, mereka juga mempunyai kelemahan.

‘‘Selain itu, saya berkeyakinan bahawa kenaikan gaji tersebut mampu mengatasi atau setidak-tidaknya mengurangkan masalah rasuah di kalangan anggota polis,’’ katanya.

Menurutnya, masalah rasuah memang sentiasa dipandang serius sejak dahulu dan PDRM tidak pernah berkompromi dalam hal tersebut.

Di samping itu katanya, PDRM akan sentiasa bekerjasama dengan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengenai cara memperketatkan prosedur menangani gejala rasuah di kalangan anggota polis.

Tambahnya, pihak pengurusan juga akan sentiasa mengaturkan dialog, perbincangan dan perjumpaan dari semasa ke semasa di kalangan warga PDRM bagi menyalurkan maklumat mengenai keburukan rasuah.


source: http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0524&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

.....................................................................................

Assalamualaikum...

Hahaha. Baru je masukkan dlm entry smalam psl jgn rasuah slps pengumuman naik gaji, dah kuar dlm paper hari ni.Nampaknya ketua polis negara pun dah sedar yg kegiatan x bermoral ni akan terjadi di kalangan anak2 buahnya. Baguslah kalo dah nampak.

Suka atok terbaca satu penyataan dr Tan Sri Musa ni:

Tegas Musa: ‘‘Kalau mereka terima rasuah juga, tanggung sendiri akibatnya. Saya tidak akan beri nasihat lagi, tindakan akan diambil serta-merta terhadap pegawai atau anggota yang terlibat.’’

Nampak gayenye sblm2 ni kire kesalahan merasuah hanya diberi nasihat je la ye.Herm. Mane die ciri2 pegawai polis yg so call kate akan bertindak tegas dlm aktiviti2 x bermoral ni? Tp x pe la. Kite husnu zan (bersangka baik). Mungkin ade tindakan yg diambil yg mgkn kite x nampak.

Harap2 ape yg ditegaskan oleh ketua polis tu benar2 dilaksanakan. Bukan hanya hamburan2 manis yang keluar di mulut sahaja. Sebab sblm ni pun ramai juga yg ckp x elok rasuah merasuah ni. "Kita mesti hapuskan rasuah hingga ke akar umbi", bak kata seorang pemimpin tinggi kerajaan.

Tapi ape yg jadi semaikn byk plak gejala2 rasuah yg dibongkarkan. Kena2 plak kebanyakannya berprofil tinggi. Pastu kes senyap. Biasala. Cume sbg nasihat, biarlah keadilan itu milik semua.

"Wah atok, sedapnye kutuk orang. Atok tu baik sgt ke?"

Kita sebagai org islam patut saling tegur menegur untuk sama2 koreksi diri sebab bkn semua org perfect.Tapi jgn niat nak malukan org tu. Memang x dpt2 ape2 la. By the way thank for the alertness.

Teringat atok satu kisah mengenai kes rasuah yang berlaku dikalangan pemimpin di negara jiran kita, Indonesia. Speaker tu buat analogi yg mgkn agak sensitif tp boleh dijadikan sbg iktibar. Citenye lbh kurang mcm ni:

Mase pemimpin pertama(nama dirahsiakan), rasuah berlaku di bawah meja. Lps pemimpin berganti org, yg second plak terima rasuah di atas meja. And then yg third plak, dua2 die buat; atas meja n bwh meja di bagi rasuah. x cukup dgn tu, dengan meja2 skali die angkut.(x tau la tahap kesahihan cerite ni. Just nak share bende yg dpt dr talk yg atok hadiri tu).

Sama-samalah kita kembali kepada agama Allah. Ingat, Allah sentiasa melihat setiap gerak geri kita. Dekat situlah teruji tahap keimanan kita. Semoge hidup diberkati Allah. Insyaallah.....

Tiada ulasan: