Ahad, 13 Januari 2008

out-dated

KOSMO : Oleh ASRON MUSTAPHA

KUALA LUMPUR – Catuan minyak masak lima kilogram bermula semalam tetapi apa yang menimbulkan rasa tidak puas hati orang ramai ialah mereka tetap pulang dengan tangan kosong.

Malah, notis ‘catu minyak masak’ tidak kelihatan kerana yang dilihat ialah ‘Maaf, minyak masak habis’ seperti mana yang digantung pada sebuah pusat membeli-belah di Ampang semalam.

Ada peniaga mendakwa, mereka tidak dapat melaksanakan catuan itu kerana rak masih kosong selepas pesanan minyak masak yang dibuat sejak dua minggu lalu tidak tiba.

Suri rumah, Zaiton Arshad (gambar) mengeluh kerana terpaksa mengunjungi banyak pasar raya bagi mendapatkan minyak masak tetapi yang tinggal cuma minyak kacang soya atau minyak jagung.

“Tak ada erti catu kalau minyak pun tak ada,’’ katanya.

Peruncit, Abdulah Mohd. Bugis pula memberitahu, dia tidak menerima bekalan minyak dari pembekal walaupun telah beberapa kali membuat pesanan.

“Alasan mereka ialah tiada stok. Mereka juga tak beritahu bila stok baru sampai.

“Masalahnya orang ramai hanya tahu menyalahkan kami sedangkan kami sendiri juga tertekan,’’ ujarnya.

Sumber pasar raya Tesco pula berkata, pihaknya telah mengenakan catuan termasuk terhadap minyak masak import dengan seorang hanya dibenarkan membeli satu botol minyak lima kilogram sahaja.

“Minyak import juga dicatu kerana kami sendiri tidak mempunyai bekalan minyak masak sawit tempatan sejak 1 Januari lalu,’’ katanya.

.....................................................................................

Inilah masalah yg timbul di bwh pimpinan imam hadhari. Nak catu benda yg x de. Ape kes? Main sedap ckp je. Lain kali check dulu, baru keluarkan 'fatwa'.

Tiada ulasan: