Ahad, 6 Januari 2008

out-dated

Assalamualaikum kepada semua. dah lame sangat dah rasenye x bersua muka. Biasa la, inilah realiti kehidupan seorang moody blogger.

sedar x sedar, dah masuk tahun 2008. Rasenye baru sgt masuk tahun baru 2007. Inilah peringatan drpd Allah; bahawasanya penghujung alam fana ini semakin hampir bila mana masa kita rasakan semakin singkat.

Bila ditoleh kembali kpd 'sejarah' tahun 2007, terlalu byk kisah menarik yg boleh dikongsi bersama terutamanya di babak2 akhir tahun. Kemuncak nya bermula dengn perhimpunan BERSIH yg menuntut pilihanraya bersih dan adil yg kononnya Haram (pengisytihiraan oleh kerajaan)dan diikuti pula oleh perhimpunan HINDRAF yg menuntut hak2 org hindu. Tak perlulah dicerita pjg bab2 ini sbb ramai pun yg dah mengulas isu ni dan atok yakin pembaca2 pun dpt menilai nya sendiri. Sebenarnya sejarah demonstrasi atau perhimpunan aman ini bukanlah lembaran baru yg menguasai jiwa rakyat. Namun jika disingkap kembali kpd sejarah kemerdekaan negara, para pejuang yg terdiri drpd nenek moyang kita sendiri telah berdemonstrasi menuntut hak kemerdekaan drpd pihak penjajah. Maka mengharamkan perhimpunan yg diakdakan bagi menuntut hak rakyat adalah ibarat menyorokkan istilah demokrasi dan mengagungkan pemerintahan autokratik.

Suka atok nak menybut ttg perhimpunan HINDRAF.Sejarah tuntutan drpd kaum di Malaysia bkn baru sahaja bermula. Malah pada 16 Ogos 1999, Jawatankuasa Rayuan Pilhan Raya Persatuan2 Cina Malaysia (SUQIU) telah mengemukakan 83 tuntutan di bawah 17 perkara kpd kerajaan. Walaupun tutntutan itu bersifat umum, seperti biasa pihak kerajaan menolak tuntutan itu kerana dianggap kerajaan sbg percubaan utk menggugat kedudukan dan ketuanan serta hak istimewa org melayu. Tuntutan Suqiu sebenarnya tidak berbau perkuman atau bertujuan menghapuskan hak istimewa org melayu. Tuntutan itu lebih kpd mewujudkan masyarakat malaysia yg lebih adil, saksama dan baik.

Jika dilihat kpd fenomena yg berlaku sekarang, sebarang perhimpunan, walaupun aman, yg bersifat utk 'menasihati' kerajaan dan sekutunya, akan disytiharkan haram. begitu mudah langkah drastik yg diambil. Kemudian menggembar-gemburkan berita dakyah2 yg berbaur negatif terhadap mereka yg cuba mnuntut hak2 masing2 dgn menggunakan media yg dikuasai mereka. Inikah yg dikatakan keadilan?

Semoga diberi hidayah oel Allah kpd mereka ini dan diberikan kemenangan kpd mereka yg betul2 memperjuangkan ISLAM itu sendiri. Insyaallah.

"Sesiapa yang dikehendakki oleh Allah, akan dibuka pintu hatinya dan sesiapa yang tidak dikehendakki, maka akan disempitkanNya"(An'am ayat 125)

Tiada ulasan: