Cerita atok
Assalamualaikum...
Tahun 2008 baru sahaja membuka tirainya.Atok yakin masing2 sudah memasang azam baru. Mgkn tahun 2008, menjadi titik noktah kpd gejala maksiat yg dilakukan selama ini , atau tahun 2008 jugalah ade yg cuba pasang impian utk menamatkan zaman bujang dan x kurang juga yg ingin berjaya dalam kerjaya masing2. Semestinya azam2 yg dipasang adlah yg positif2 belaka.
Teringat atok semasa menghadirkan diri ke KLCC semasa malam sambutan mlm tahun baru lalu. Di situ, dapat dilihat variasi manusia yg bergelimpangan dengan adab dan perangai masing2. Konsert artis2 tempatan dikiri dan kanan. x kurang juga yg menganjurkan nasyid dan forum yg mana sambutan tahun baru itu lebih bersifat islamik. Dan menjadi kebiasaan gelanggang maksiat yg akan lbh menjadi tumpuan. Golongan muda tua berdampingan bersama 'kawan' masing2. x kurang juga yg membawa ahli keluarga bersama semata-mata utk merasai suasana gamat tatkala percikan bunga api yg bernilai jutaan ringit dilepaskan ke udara. Tidak salah sebenarnya menyambut tahun baru, tapi biarlah berpada-pada.Allah ada ingatkan kita supaya berjimat cermat. Begitulah realiti pemikiran generasi sekarang acuan pemimpin berteraskan idealisme.
Diharapkan tahun 2008 menjadi platform kpd kita utk melakukan perubahan. Dari sekecil-kecil perubahan (diri sendiri) kepada sebesar-besar perubahan (pemerintahan negara). "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan dari dirinya sendiri".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan