Kemarau Di Hati
Munsyid : Mestica
Rintik hujan daun kebasahan
Kenangan larut di arus rindu
Malam gelap zulumat yang menutup sinaran
Kemarau hati semakin memilu
Hanya gemersik angin dari pohon-pohon
Yang mengimbau ingatan meramas nurani
Bak amukan gelora yang menghempas di dada
Resah sendumu menggamit derita
Berderaian di mata
C/O
Yang pulang pergi usahlah dirintih
Doakan saja dikurnia sejahtera
Apalah diratap dengan tangis keharuan
Leraikan hiba pujuklah hatimu
Pemergiannya iktibar buatmu
Usah dianyam sepi dengan kesedihan
Tak terhalang segala kehendak Ilahi
Dituruti rasa tak sampai ke mana
Duka dan lara melemahkan jiwa
Simpanlah di hati
Bila sampai di garis sempadan
Perahu usia di hentian terakhir
Tiada pun sesaat detiknya dipertangguh
Hidup direntas ketentuan takdir
Kemarau hati biarkan berlalu?
Sabtu, 22 November 2008
Jumaat, 21 November 2008
Cerita atok
Harga minyak: Rakyat bagi subidi 38 sen kepada kerajaan
Analisis Isu Oleh exumno
" Kerajaan disifatkan seperti 'Along' yang memungut hutang apabila hanya menurunkan harga minyak pada kadar RM2 walaupun harga pasaran di pam ialah RM1.62 sen. Menurut Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar kerajaan berbuat demikian hanya untuk mengutip kembali rebat tunai minyak yang pernah diberikan ketika harga minyak melambung beberapa bulan lalu.
"Kini kerajaan umpama Along, turunkan harga minyak jadi RM2, sedangkan Menteri KPDNHEP, Dato' Shahrir Samad mengakui harga sepatutnya di pam ialah RM1.62 sen tanpa subsidi kerajaan," kata Mahfuz ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Menurut Mahfuz, dengan harga minyak RM2 juga, rakyat terpaksa membayar cukai kepada kerajaan sejumlah 38 sen seliter, dan inilah cara kerajaan mengutip kembali rebet yang pernah diberikan.
Tidak dinafikan kerajaan masih terus memberikan rebet tersebut hari ini apabila rakyat memperbaharui cukai jalan, namun sedikit demi sedikit kerajaan mengutipnya dengan cara cukai 38 sen seliter, dakwa Mahfuz.
Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkifly Ahmad bersetuju dengan fakta bahawa rakyat membayar harga minyak pada kadar RM2 seliter ini dengan turut membayar cukai kepada kerajaan.
Beliau berkata demikian ketika mencelah dalam penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2009 bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di Parlimen padi tadi.
Mengulas lanjut perkara yang ditimbulkan di Dewan Rakyat itu, Dr Dzulkifly menyatakan, penyelididkan yang dibuat PAS mendapati rakyat sebenarnya tidak lagi perlu dibayar oleh kerajaan untuk menanggung harga minyak.
"Satu tong minyak mentah yang ada 159 liter tergantung kepada convertion ratio nya menunjukkan samada kita guna minyak mentah pada harga USD 60 atau USD 70 satu tong,
"Kedua-dua nya menunjukan harga pada pam (stesen minyak), kalau diambil kira USD 60 setong harga di pam ialah RM1.32 sen seliter, kalau harga ambil USD 70 setong maknanya RM1.64 sen seliter," katanya.
Kini harga minyak berada pada sekitar USD 60 hingga USD 70 setong, justeru kata Dr Dzulkifly menyatakan kerajaan tidak lagi beri subsidi kepada rakyat.
Sebaliknya pada harga minyak di pam seliter RM2.00 yang diumumkan kerajaan hari ini makanya rakyat lah yang membayar cukai kepada kerajaan, katanya.
Dalam jawapannya, Menteri KPDNHEP, Dato' Shahrir Samad mengakui hakikat yang dinyatakan Dr Dzulkifly bahawa harga minyak pada harga pam hari ini menyebabkan rakyat membayar cukai.
Ujar Shahrir, apapun yang dilakukan dalam perkiraana ia harus dimasukkan margin, seperti mana sebenarnya pada 17 November bila kita buat perkiraan harga purata mengikut USD 63.1 dan harga tanpa subsidi dalam RM1.62,
"Saya dah maklumkan, dan sebenarnya juga pada Oktober dua minggu pertama harga pada peringkat USD85.48 dan dua minggu akhir Oktober ialah pada 76.45 USD.
"Kalau kita lihat Oktober sahaja harga tanpa subsidi RM2.26 sen, ini bermakna harga komersil,. dan ketika itu dalam Oktober kita turunkan pada RM 2.15 sen," jelas Shahrir.
Menurut Shahrir pada September harga tanpa subdsidi ialah pada RM2.77 sen tetapi harga di pam 2.45 sen sementara pada Ogos RM 2.85 sen namun kerajaan turunkan kepada RM2.55 sen.
Ujar Shahrir lagi, bagi bulan Ogos, September dan Oktober harga yang di pam ialah lebih rendah daripada harga komersil.
Dalam keadaan itu kerajaan memberikan subsidi yang dijanjikan di bawah skim penstrukturan semula subsidi, katanya.
Tetapi pada bulan Oktober harga minyak turun dengan cepat, subsidi yang ditawar kerajaan untuk petrol sahaja telah kurang daripada RM344 juta Spetember kepada RM15 juta.
Dalam kes penurunan pada bulan November hari ini harga pada RM2 bukanlah subsidi yang dibayar rakyat kepada kerajaan sebaliknya ialah cukai. _
"
masih ada ruang untuk koreksi diri, alfakirilmuhu ::atok:: di 7:00:00 PTG 0 ulasan
Sabtu, 8 November 2008
Cerita atok
Perang Konspirasi Dajjal : Tugasan Obama (Bahagian 2)
oleh Ibnuyaacob
FASA PENYERAHAN TUGASAN PERANG
Kemenangan Barrack Obama pada 5 November 2008 lepas adalah suatu yang luar biasa. Ia bukanlah kerana Obama itu makhluk asing tetapi beliau ialah manusia kulit hitam pertama yang berjaya memegang tampuk pemerintahan Amerika Syarikat.
Kita amat hairan kerana rakyat Amerika selama ini amat dikenali dengan sikap perkauman warna kulit mereka. Tambahan pula sejak berlakunya kejadian 11 September 2001. Api perkauman menyemarak dengan pantas sehingga mengakibatkan berlakunya beberapa tragedi pembunuhan orang awam Muslim.
Namun begitu, ramai penganalisis politik dan sosio-budaya antarabangsa khususnya pensyarah-pensyarah universiti gemar membuat tanggapan positif. Kemenangan Obama banyak dikaitkan oleh penganalisis-penganalisis ini sebagai perubahan sikap perkauman rakyat Amerika.
Selain itu, kemenangan Obama juga dianggap sebagai petanda baik kepada masyarakat Muslim di barat. Dasar-dasar Amerika di Timur Tengah dan negara-negara Islam di Asia juga dijangka akan mengalami suhu yang positif.
Presiden Baru Dengan Misi Baru
Walau bagaimana pun, kami melihat perkembangan kemenangan ini dengan tanggapan yang berlainan. Sesungguhnya kami memandang negatif kepada setiap langkah politik Demokrat dan Republikan di Amerika Syarikat. Ini kerana tiada suatu pun perkara baik yang dilaksanakan oleh Amerika Syarikat semenjak ia ditubuhkan.
Perkara baik yang kami maksudkan ialah dasar-dasar terhadap negara Islam.
Conspiracy Theorist terkenal iaitu Texe Marrs pernah memberi komen pada awal kempen Demokrat bahawa kedua-dua parti (Republikan & Demokrat) adalah dari rumah yang sama iaitu Illuminati. Pendedahan tentang rahsia di sebalik kedua-dua parti ini diterangkan dengan teliti oleh Texe Marrs dalam ceramahnya yang bertajuk “The Synagogue of Satan and the Dancing Marionettes of the Democrat and Republican Party.”
Kami percaya Barrack Obama adalah percaturan beberapa kelompok pelobi zionis Israel yang sudah berbusut di Amerika sejak sekian lama. Kumpulan-kumpulan ini adalah pencatur, penganalisis, penyebar propaganda dan perancang bagi segala macam dasar di Amerika.
Biasanya kumpulan percaturan ini dikenali sebagai kelompok Neo-Konservatif. Mereka terdiri dari ramai orang dan pelbagai organisasi. Ahli-ahli mereka bekerja dalam keadaan yang sangat berfokus dan ianya dianggotai dari pelbagai jenis lapangan bidang ilmu.
Percaturan kumpulan Neo-Konservatif ini dijangka telah menemui capaian keputusan bersama bahawa Barrack Obama adalah individu paling layak menerima ‘tugasan baru’ selepas George Bush jika hendak dibandingkan dengan John McCain.
Sejarah Tugasan Presiden Amerika Terhadap Negara Islam
1. George H.W. Bush (1989 - 1993) - Perang Iraq (17 Januari 1990)
2. Bill Clinton (1993 - 2001) : Pengeboman Iraq (26 Jun 1993), Operasi Desert Strike (Sept 1996), Operasi Northern Watch (1 Januari 1997), Operasi Desert Fox (16 Disember 1998) dan Operasi Southern Focus (Jun 2002)
3. George W. Bush (2001 - 2008): Perang Afghanistan (7 Oktober 2001) dan Perang Iraq (20 Mac 2003)
Daripada 3 orang presiden di atas, Bill Clinton adalah presiden paling tidak cemerlang dalam menjalankan operasi ‘menghentam’ Iraq. Operasi Desert Fox 1998 dianggap gagal dan Clinton dianggap gagal menjalankan ‘tugasan’ sebagai presiden Amerika.
Clinton dilihat hanya berjaya menjalankan operasi-operasi kecil ketenteraan sahaja. Kegagalan Bill Clinton diakui oleh bapa Neo-Konservatif Yahudi iaitu Dr. Henry Kessingger dalam satu temuramah dengan Margaret Warner pada 21 Disember 1998. Kessingger menyimpulkan Operasi Desert Fox itu sebagai gagal secara keseluruhan dalam menghapuskan Iraq.
Takrifan Tugasan Baru Obama
‘Tugasan baru’ yang dimaksudkan bukanlah portfolio-portfolio yang ditinggalkan oleh George Bush ketika menjadi presiden tetapi ia berupa bentuk misi sulit yang lebih kepada ‘terjahan’ kepada negara-negara Islam.
Misi Obama kali ini sudah pasti suatu bentuk peperangan versi baru yang terpaksa dipikulnya untuk kesinambungan tugasan kumpulan Neo-Konservatif yang bercabang di bawah organisasi Illuminati.
Tidak dapat dipastikan bagaimana peranan yang bakal dimainkan oleh Barrack Obama dalam perang konspirasi Dajjal nanti. Adakah Obama akan membawa Amerika sebagai negara penyokong dana sahaja atau memastikan Amerika juga terlibat sama dalam peperangan ini?
(Kiri) Timothy F. Geithner (Kanan) Richard S. Fuld
Kami percaya Obama adalah penyambung kepada tugasan yang diberikan pemerintah Illuminati kepada Timothy F. Geithner dan CEO Lehman Brohters, Richard S.Fuld.
Geithner dan Fuld telah dilihat berfungsi sebagai penyumbang modal kepada Israel manakala Obama dilihat sebagai pelindung kepada operasi Israel melalui penggunaan kuasa veto di PBB.
Obama dan Israel
Kita harus teliti dalam hal peranan sebenar Obama ini terhadap negara-negara Islam. Kemenangan Obama disambut baik oleh pemimpin-pemimpin Israel dan akhbar-akhbar utama Israel pula mendefinasikan kemenangan tersebut sebagai ‘kepulihan demokrasi kaum’ di Amerika.
Namun, negro ini kemungkinan lebih memberi ancaman kepada negara-negara Islam kerana tanda-tanda ancaman itu telah pun dijelaskan oleh Obama sendiri dalam ucapannya di persidangan AIPAC pada Jun lalu.
Dalam ucapannya Obama ada menyebut;
“….I want you to know that today I’ll be speaking from my heart and as a true friend of Israel.”
“Those who threaten Israel threaten us… I will bring to the White House an unshakable commitment to Israel’s security.”
“I will insure that Israel can defend itself from any threat from Gaza to Tehran. Defense cooperation, defense cooperation between the United States and Israel is a model of success and it must be deepened.”
“We should work - we should work with Israel, increasing scientific collaboration and join research and development. The surest way to increase our leverage in the long-term is to stop bankrolling the Iranian regime.”
(Gambar) Obama ketika melawat tembok suci Israel.
Operasi Perang Di Bawah Obama
Kami tidak yakin negro ini bersikap positif terhadap negara -negara Islam. Semasa di persidangan AIPAC pada Jun lepas sahaja, Obama telah menghentam Iran dengan keras dan ucapannya tentang Iran hampir meliputi 60% dari teks ucapan keseluruhan.
Operasi perang yang mungkin tercetus di bawah regim Obama kemungkinan bersifat perlindungan politik terhadap Israel. Ini berdasarkan undian online yang dibuat oleh akhbar Haaretz mendedahkan 47% pembaca akhbar Yahudi itu mahukan Obama mengeluarkan tentera Amerika dari Iraq.
Kita tidak boleh pandang ringan keputusan undian secara online ini. Walaupun sistem ini kecil tetapi ia menggambarkan suara hati pembaca dan pelayar internet.
Kita kemungkinan boleh mengetahui pengaruh sistem undian online ini selepas 20 Januari 2009 apabila Obama membentangkan polisi ketenteraannya ke atas Iraq.
Sekiranya askar Amerika dikeluarkan dari Iraq, merit Obama dikalangan pemimpin negara-negara Islam akan melambung tinggi. Merit yang tinggi adalah ‘kunci’ untuk Obama mempengaruhi pemimpin negara-negara Islam agar mengikat perjanjian-perjanjian politik palsu dengan Amerika kelak.
Timothy F.Geighner dan Barrack Obama
Dalam artikel lepas iaitu Perang Konspirasi Dajjal : Lehman Brothers (Bahagian 1) telah kami terangkan bagaimana Geithner memainkan peranannya sebagai ‘penerima tugasan’. Kini kita lihat pula kenapa Geithner dan Obama dipilih untuk melaksanakan tugasan Illuminati itu.
Timothy F.Geithner (penggerak kejatuhan ekonomi dunia) adalah berketurunan Yahudi tulen dan pernah belajar di Sekolah Antarabangsa Bangkok. Semasa menuntut di Dartmouth Colleage, beliau mengambil pengkhususan dalam bidang Government and Asian Studies pada 1983.
Kemudian Geithner menyambung pula master di John Hopkhin University khusus dalam bidang International Economics and East Asian Studies. Pengetahuan luas tentang ekonomi Asia yang dimiliki Geithner dilihat mencurigakan apabila beliau adalah orang pertama yang memutuskan mengadakan mesyuarat persediaan kejatuhan Lehman Brothers pada 13 September 2008.
Perlu kita ketahui juga Geithner adalah calon yang disebut-sebut akan menerajui sebagai Treasury Secretary dalam pentadbiran Obama kelak. Jika perlantikan Geithner kelak menjadi kenyataan, maka adalah tidak dapat disangkal lagi bahawa Obama menerima ‘tugasan’ perang.
Penilaian yang kami buat ini merujuk kepada latar belakang Geithner sendiri yang merupakan anak didik Dr. Henry Kissengger. Selain itu, Geithner juga merupakan ahli pertubuhan Yahudi paling berpengaruh iaitu Council on Foreign Relationship dan Bilderberg Group.
Wallahu’alam…
masih ada ruang untuk koreksi diri, alfakirilmuhu ::atok:: di 9:45:00 PG 0 ulasan
Cerita atok
Perang Konspirasi Dajjal : Lehman Brothers (Bhgn 1)
oleh Ibnuyaacob
FASA PENGUMPULAN DANA PEPERANGAN
Seperti dijangka oleh ramai conspiracy theorist, kini bunga-bunga peperangan mula kelihatan. Dengan masih menjalankan kaedah klasik, golongan Illuminati nampaknya kali ini mengunakan pula konglomerat Lehman Brothers sebagai isu ekonomi dunia.
Kita tidak tahu negara manakah yang bakal terlibat dengan peperangan besar kali ini. Siapakah presiden yang bakal berhadapan dengan presiden Amerika atau Israel?
Namun para pemerhati politik lebih cenderung untuk bersetuju bahawa Israel sendiri akan berperang.
Semua ini adalah teka-teki di depan mata yang hanya menunggu masa untuk meletus dalam akhbar-akhbar dunia. Kita juga tidak tahu bilakah peperangan tersebut akan berlaku.
Namun apa yang pasti perang antara 2 negara besar akan berlaku dan perang itu bukanlah Perang Dunia Ketiga atau Armageddon. Perang itu lebih kepada antara blok Pro-Zionis dan Blok Pro Anti Zionis.
Isu Lehman Brothers dan Bailout Luar Biasa
Keganjilan dalam isu ekonomi di Amerika ialah secara tiba-tiba Presiden kepada Federal Reserve Bank iaitu Timothy F. Geithner memanggil orang-orang besar Lehman Brohters untuk bermesyuarat pada 13 September 2008.
Seperti laporan, mesyuarat tersebut diadakan untuk memfokuskan kepada ‘situasi masa depan’ Lehman Brothers. Mesyuarat tersebut membincangkan tentang kemungkinan akan berlakunya emergency liquidation dalam aset-asetnya. Atau dalam erti kata lain, mereka bermesyuarat bagi tujuan “bersedia untuk bankrap”
Akhirnya pada 15 September 2008, Lehman Brothers mengumumkan kebankrapan mereka dan serentak dengan itu mengumumkan juga mereka memfailkan memohon bantuan kewangan seperti akta dalam Chapter 11.
Chapter 11 merupakan perundangan ekonomi yang dibentuk bertujuan menyalurkan dana-dana tambahan bagi membantu ekonomi syarikat-syarikat di Amerika. Kongres bersetuju untuk bailout kepada Lehman sebanyak USD700 billion.
Nilai USD700 billion adalah jumlah bailout terbesar dalam sejarah Amerika.
Bagi kebanyakan Conspiracy Theorists dan kami sendiri bersetuju dengan mereka bahawa krisis ini adalah ciptaan Dajjal untuk mencetuskan peperangan besar.
Terdapat beberapa kemusykilan terhadap nilai tersebut. Setelah disuntik dana saiz raksasa pada 20 September 2008 itu, Lehman Brothers tetap tidak mampu memulihkan kesihatan syarikatnya.
Tujuan Utama Mencetuskan Krisis Ekonomi
Kami melihat tujuan utama krisis ekonomi yang dimulai oleh kebankrapan Lehman Brohters ialah sebagai suatu situasi rekaan semata-mata. Situasi ini direka bagi mengambil dana kewangan kerajaan Amerika untuk kegunaan peperangan.
Tidak diketahui siapa penyimpan sebenar dana bailout USD700 billion yang diberi secara berperingkat itu. Walaupun laporan akhbar-akhbar Amerika mengatakan ianya digunakan oleh Lehman Brohters tetapi terdapat keganjilan dari segi pengurusan dana.
Antaranya ialah nilai bailout yang diminta melebihi nilai aset sebenar Lehman Brothers. Lebihan itu adalah sebanyak USD61 billion. Itu pun Lehman Brothers masih tidak mampu menyembuhkan syarikat-syarikatnya.
Ramai Conspiracy Theorists menjangkakan bahawa dana tersebut telah dipindahkan kepada bank-bank di Israel sebagai persediaan modal peperangan. Modal terbawa yang dijangkakan setakat tarikh artikel ini ialah USD400 billion.
Kami amat yakin ini adalah modal awal peperangan besar yang bakal meletus. Manakala negara yang mungkin berperang dengan modal ini ialah ISRAEL.
Jika tidak masakan Anti-Defamation League (ADL) yang berpengkalan di Amerika Syarikat mengumpul semua statements dan pandangan para penyelidik konspirasi di semua blog-blog, laman web dan forum di seluruh dunia.
Mengapa ADL begitu pantas? Hatta komen-komen kecil dari pembaca-pembaca dalam ruangan forum konspirasi juga dikumpulnya.
Pihak ADL sendiri mengakui tindakan mereka itu seperti yang dilaporkan oleh wartawan Israel iaitu Anshel Pfeffer. Beliau melaporkan proses pengumpulan maklumat telah dijalankan bermula awal Oktober 2008.
(Kiri) Jeff Rense, bekas wartawan di Amerika dan pernah ditemuramah oleh Alex Jones dalam siaran radio Infowars (Kanan) Anshel Pfeffer, wartawan akhbar Israel pernah dirompak oleh beberapa orang askar Russia ketika membuat liputan berkenaan krisis di Georgia.
Bayangkan seluruh akhbar Israel melompat-lompat menafikan laporan kecil dari Jeff Rense iaitu bekas wartawan akhbar yang tidak popular. Rense adalah orang terawal yang membuat kenyataan USD400 billion (nilai awal) sebenar dipindahkan kepada kerajaan Israel.
Jense Rense tidak sepopular Alex Jones, David Duke, Texe Marrs atau David Icke. Jika manusia sekecil ini pun dianggap besar kata-katanya maka benarlah tuduhan itu. Dua akhbar utama Israel Haaretz dan Jerusalem Post menyerang kenyataan Rense setiap minggu.
Fungsi ADL Dalam Mengawal Pelan Konspirasi
Bagi ADL pengumpulan maklumat amat penting untuk melihat sejauh manakah KETEPATAN TEORI yang dibincangkan oleh para Conspiracy Theorist.
Sekiranya ada orang yang membuat teori krisis tersebut dengan andaian yang hampir tepat (mungkin ketepatan 6/10), kemnungkinan jalan lain akan dibentuk. Maka akan berlakulah kelewatan mencetuskan peperangan. Inilah fungsi sebenar ADL.
(Gambar) Kempen di atas dikeluarkan oleh akhbar pro-Zionis di Amerika iaitu San Francisco Sentinel pada 14 September 2007.
Perang Konspirasi Dajjal (PKD)
Krisis ekonomi ini adalah krisis untuk mewujudkan peperangan antara negara Israel atau Amerika dengan negara-negara yang tertentu. Kita tidak pasti negara manakah yang bakal diplih oleh Dajjal nanti.
Apa yang pastinya negara itu adalah negara Islam. Peperangan mungkin boleh berlaku antara beberapa penjuru dan tidak lagi satu lawan satu atau 5 lawan satu.
Ini adalah Perang Konspirasi Dajjal yang kami percaya diwujudkan untuk tujuan-tujuan persediaan menghadapi Imam Mahdi seperti yang kami telah maklumkan sebelum ini dalam artikel bertajuk “Rahsia Misi Dajjal di Timur Tengah.”
Wallahu’alam…
masih ada ruang untuk koreksi diri, alfakirilmuhu ::atok:: di 9:33:00 PG 0 ulasan
Ahad, 2 November 2008
Nasihat atok
TSAQAFAH DAN MUWASOFAT NUQABA'
Penguasaan nuqaba' terhadap cabang ilmu yang menjadi latar belakang dakwah dan tarbiyyah merupakan satu perkara yang amat penting dan menjadi landasan utama kepercayaan anggota usrah terhadap naqib mereka.
Para nuqaba mesti mengetahui dan meyakini bahawa apabila saf pimpinan memberikan tanggungjawab kepada mereka untuk mengetuai usrah, hal itu merupakan satu kepercayaan yang besar. Oleh itu mereka hendaklah memiliki keyakinan diri dan tidak teragak-agak untuk melaksanakan tanggungjawab itu.
Untuk itu mereka mesti mempunyai kekuatan tsaqafah dan keperibadian. Mereka mesti tidak boleh dikalahkan oleh tekanan keilmuan yang cetek, lantaran mereka sebenarnya telah memiliki ilmu. Mereka mesti menyedari bahawa bidang pengajian dan takhassus mereka sebenarnya boleh diolah untuk manfaat usrah dan dakwah. Oleh itu, mereka hendaklah mempelajari kemahiran dan teknik memanfaatkan kepakaran dalam bidang pengajian untuk kepentingan dakwah mereka.
TSAQAFAH NUQABA'
Berikut disenaraikan beberapa rujukan bagi membantu mengatasi masalah ketidakyakinan kepada diri sendiri untuk mengendalikan usrah.
Al-Qur'an ... Naqib hendaklah tahu bacaan al-Qur'an yang betul. Mereka hendaklah mengetahui hukum tajwid yang minimum. Mereka sendiri hendaklah khatam al-Qur'an sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Tafsir al-Qur'an ... Naqib hendaklah mengetahui asas penghantar kepada al-Qur'an. Mereka bolehlah merujuk kepada buku Kunci Mengenal al-Qur'an tulisan Zulkifli Hj.Yusoff.
Mereka juga perlu merujuk buku-buku tafsir yang lengkap huraiannya terhadap isi al- Qur'an. Buku yang dicadangkan ialah Tafsir Al-Azhar oleh Allahyarham Hamka atau buku Abr Al-Athir karangan Ustaz Ahmad Sonhadji.
Al-Hadith ...Setidak-tidaknya mempelajari kitab Hadith 40. Naqib perlu mengetahui maklumat yang minimum tentang pengantar kepada ilmu al-hadith. Buku yang boleh dirujuk ialah Pengantar Ulum al-Hadith oleh Dr. Subhi Salih. Cuba merujuk setiap hadith kepada setiap kitab muktabar seperti Sunan Sittah. Kebanyakan buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris.
Sirah Nabawi ... Naqib dapat meujuk Fiqh As-Sirah oleh Said Ramadhan al-Buti atau Fiqh Harakah oleh Abdul Hadi Awang. Juga buku terbaru TG Niks Abdul Aziz tentang Rasulullah SAW.
Aqidah ... Elakkan diri daripada membincangkan aspek akidah seperti ilmu kalam dan falsafah secara mendalam. Sebaliknya firqah-firqah atau mazhab dalam Islam hendaklah mereka ketahui.
Mereka boleh membuat rujukan kepada buku Aqidah Islamiyyah oleh Sayyid Sabiq atau buku Muqaddimah Aqidah Mukmin oleh Abdul Hadi Awang dan siri kitab-kitab aqidah ( Beriman..) yang ditulis oleh beliau.
Fiqh ... Mengetahui asas tarikh perkembangan hukum dalam Islam dan juga pengantar kepada ilmu fiqh. Sejarah Pembinaan Hukum oleh Dr. Mahmood Zuhdi Abd Majid boleh dijadikan bacaan Secara berterusan mempelajari kitab-kitab fiqh yang muktabar.
Tazkirah dan tazkiyyah an nafs ... Boleh rujuk kepada siri buku karangan Nik Abdul Aziz Nik Mat seperti Tazkiyyah Jiwa dan Nafsu, Air Mata di Mahsyar dan Mati: Satu Peringatan. Juga kitab Bidayatul Hidayah ( al Ghazali ).
Pembacaan terhadap sumber-sumber fiqh harakah merangkumi fiqh dakwah, fiqh tarbiyyah dan fiqh jihad dan siyasah mestilah dilakukan oleh para nuqaba.
Secara berterusan para nuqaba mestilah juga membaca akhbar harakah dan juga perkembangan politik semasa dari blog-blog yang tsiqah.
Apa-apa yang dinyatakan di atas merupakan sumber minimum yang seharusnya dikuasai oleh para nuqaba' bagi melancarkan perjalanan usrah mereka. Pada masa yang sama, mereka hendaklah memiliki penguasaan dalam bidang ilmu dan alat yang lain seperti kenderaan dan ICT.
MUWASOFAT (CIRI-CIRI) NUQABA'
1. Mempunyai kadar minima tsaqafah nuqaba dan sentiasa mempertingkatkannya.
2. Memiliki keperibadian(syakhsiyyah) nuqaba' dan boleh menjadi qudwah yang baik.
- ibadah fardi
- akhlaq dan keterampilan
- public relationship (PR) yang baik
- interpersonal skill
3. Ada kemahiran tarbawiyah dan da'wiyyah:
- usul dan tarkiz tarbawiyyah
- usul dakwah
- isti'ab dakwah
- pengendalian usrah berkesan
4. Ada kemahiran qiyadiyyah.
- menguasai ahli dengan wahdatul fikr dan amal
5. Ada kemahiran jama'iyyah.
- amal jama'iy
- amal ijtima'iy
6. Ada kemahiran tanzimiyyah.
- pengurusan organisasi
Kelihatannya begitu sukar untuk mencari nuqaba' yang memiliki ciri-ciri di atas. Namun itulah hakikat yang perlu dimengerti oleh mereka. Justeru itu, rekrumen nuqaba adalah satu 'core business' yang perlu diambil berat oleh jamaah.
Wallahu a'lam
masih ada ruang untuk koreksi diri, alfakirilmuhu ::atok:: di 11:07:00 PG 0 ulasan
Sabtu, 1 November 2008
Nasihat atok
Peringatan Bagi Pejuang Islam
source:www.iluvislam.com
Editor: deynarashid
Berkata As-syahid Al-Imam Hassan Al-Banna:
1. Sesungguhnya ramai yang mampu berkata-kata dan sedikit dari mereka yang bertahan dalam beramal dan bekerja. Ramai pula dari yang sedikit itu yang mampu bertahan di waktu beramal dan sedikit dari mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan berat. Para Mujahidin itu adalah angkatan terpilih yang sedikit bilangannya tetapi menjadi penolong dan menjadi Ansarullah. Adakalanya mereka tersilap tetapi akhirnya menepati tujuan sekiranya mereka diberi Inayah dan Hidayah oleh Allah.
"Sesungguhna kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk" (Al-Qashash:56)
"Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam" (Al-Ankabut:6)
2. Sesungguhnya ujian-ujian Allah adalah PROSES PENAPISAN, untuk menapis orang yang benar dan yang bohong; orang yang beriman dan Munafik; orang yang sabar dan gopoh.
"..dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir" (Ali-'Imran:141)
"Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk(munafik) dengan yang baik (mu'min). Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang ghaib, akan tetapi Allah memilih siapa yang dikehendakiNya di antara rasul-rasulNya. Kerana itu berimanlah kepada Allah dan rasul-rasulNya; dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka bagimu pahala yang besar" (Ali-'Imran:179)
"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antar kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu" (Muhammad:31)
"Musa berkata kepada kaumnya:'Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakanNya kepada siapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa" (Al-A'Raaf:128)
3. Sesungguhnya da'wah berdiri di atas keazaman, bukan di atas kemudahan.
"Allah berfirman:'Jangan takut (mereka tidak akan dapat membunuhmu), maka pergilah kamu berdua dengan membawa ayat-ayat Kami (mu'jizat-mu'jizat); sesungguhnya Kami bersamamu mendengarkan (apa-apa yang mereka katakan)," (Asy-Syu'araa':15)
4. Orang yang beriman apabila diganggu Syaitan, mereka cepat sedar dan kembali kepada Allah.
"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya. Dan teman-teman mereka(orang-orang kafir dan fasik) membantu syaitan-syaitan dalam menyesatkan dan mereka tidak henti-hentinya(menyesatkan)" (Al-A'raaf:201-202)
masih ada ruang untuk koreksi diri, alfakirilmuhu ::atok:: di 8:42:00 PG 0 ulasan
Bebel atok
Altantuya: Mahkamah bebaskan Razak , Azilah dan Sirul diarah bela diri
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Hrkh) -Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membebaskan Abdul Razak Abdullah Baginda, salah seorang tertuduh dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Mahkamah bagaimanapun telah mengarahkan dua tertuduh lain iaitu, Cif Inspektor, Azilah Hadri, 32 dan Korporal Sirul Azha Umar, 37,yang merupakan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) untuk membela diri dalam kes pembunuhan tersebut.
Hakim Mahkamah Tinggi, Dato' Mohd. Zaki Md. Yasin memutuskan demikian setelah mendapati terdapat kes prima facie terhadap tertuduh pertama, Azilah dan tertuduh kedua, Sirul.
Kedua-dua mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun itu yang mana jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum gantung sampai mati.
Azilah yang mula berkhidmat dalam UTK sejak 8 Januari 2003, mempunyai kepakaran dalam body-guarding atau teknik mengawal orang kenamaan penting (VVIP) sama ada secara berjalan kaki mahupun berkenderaan.
manakala, Sirul yang menyertai UTK sejak 23 Januari 1996 pula bertugas dalam Unit Komunikasi.
Sementara itu, pihak pendakwa dijangka akan mengemukakan rayuan terhadap pembebasan Razak Baginda.
Kes yang mendapat perhatian seluruh negara ini bermula apabila mayat model Mongolia tersebut ditemui di Lot 12843 dan Lot 16735 di Mukim Bukit Raja, Selangor.
Altantuya dipercayai telah ditembak sebelum badannya diletupkan dengan menggunakan bahan letupan dua tahun lalu.
Azilah dan Sirul didakwa secara bersama dalam pembunuhan Altantuya dan Razak Baginda pula telah didakwa bersubahat dalam pembunuhan tersebut.
Kes berprofil tinggi yang mendapat perhatian seluruh negara ini berlarutan selama 151 hari sejak November 2006, yang menyaksikan pihak pendakwa mengemukakan 84 orang saksi.
........................................................................................................................................................
Satu lagi keputusan kes berprofil tinggi yang meragukan. Bagaimana orang yang begitu dekat dikaitkan dengan kes pembunuhan Altantuya ini boleh dibebaskan? Mungkinkah ada konspirasi disebaliknya. Tida hairanlah jika rakyat pada masa kini lebih gemar mengambil tindakan sendiri daripada membawa kes2 tertentu ke balai polis mahupun mahkamah. ini kerana mereka semakin hilang kepercayaan terhadap institusi2 yang sepatutnya membela org yg dianiaya tetapi sebaliknya pula yg berlaku. SELAMATKAN INSTITUSI KEHAKIMAN KITA!
masih ada ruang untuk koreksi diri, alfakirilmuhu ::atok:: di 8:35:00 PG 0 ulasan
Selasa, 21 Oktober 2008
Cerita atok
Eurocopter: Malaysia Tidak Sebijak Brazil ?
Artikel Oleh edyesdotcom
" Brazli membeli helikopter Eurocopter EC-725 dengan harga yang lebih murah RM82 juta sebuah, sedangkan Malaysia bakal membayar dengan harga RM193 juta, kata Angkatan Muda PKR hari ini.
Dalam laporan polisnya, timbalan AMK Mohd Fariz Musa berkata perbezaan harga lebih sekali ganda itu harus dipertimbangkan untuk siasatan.
helicopter military eurocopter cougor ec 725 troop transporter"Brazil telah menandatangani kontrak pembelian 50 buah helikopter Cougar yang bernilai US$1.2 bilion ataupun RM4 bilion. Manakala Malaysia pula telah menandatangani kontrak berjumlah RM2 bilion hanya untuk 12 buah helikopter Cougar," katanya dalam laporan itu yang dibuat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur tengah hari ini.
Perbezaan harga antara dua negara ini bagi sebuah helikopter dengan model yang sama sebanyak RM111 juta atau RM1.2 bilion bagi kontrak membeli 12 buah unit, tambahnya.
"Persoalan timbul ialah ke mana perginya RM1.2 bilion ini dengan sewenang-wenangnya?" kata Mohd Fariz.
............................................................................................................................................................
Di sebalik ungkapan berjimat yang dilaungkan oleh kerajaan, di samping itu juga lah perbelanjaan membabi-buta dilakukan. Daripada membeli 12 unit helicopter kepada membeli sebuah bank di kala krisis ekonomi dunia yang melibatkan semua bank melanda. Di manakah rasionalnya Kerajaan Malaysia?
Hari ini Raja Nazrin bertitah, bahawasanya krisis kewangan harus ditangani secara bijak. Adakah pembelian Eurocopter ini adalah satu pembelian bijak? Bagaimanakah bijak itu didefinasikan apabila Kerajaan Malaysia yang 'bijak' membeli sebuah heli dengan harga RM193juta berbanding Brazil yang membelinya dengan hanya RM82juta.
Apakah juru-runding kita tidak sebijak juru-runding Brazil? Apakah juru-runding kita dapat komisen macam beli scorpane dulu? Mungkin jika bermain bolasepak, kita tewas dengan Brazil, tapi dari segi kepandaian membeli kelengkapan tentera pun kita kalah. Mengapa tidak boleh buat perbandingan dulu? mengapa tak survey harga pasaran dulu? Kalau kita orang kebanyakkan ni nak beli handphone pun akan merayap 5-6 kedai sebelum membuat pembelian.
Berkenaan Maybank, di manakah kewarasan sebuah syarikat perbankan gergasi milik negara apabila membeli sebuah bank di Indonesia sewaktu kegawatan ekonomi dunia sedang hebat melanda? Pembelian tersebut menyebabkan beberapa BILION hilang sekelip mata kerana nilai pembelian yang sangat tinggi di musim 'luruh'.
Sungguh banyak wang rakyat telah disonglap sejak akhir-akhir ini. Berbilion-bilion. Agaknya jika wang tersebut diagih kepada yang memerlukan, sudah tentu sedikit sebanyak masalah kemiskinan tegar dapat dirawat. Berapa banyak pulak rumah flat kos sederhana yang dapat dibina dengan wang bilion-bilion tersebut.
Mungkin UMNO tidak punya masa yang banyak lagi kerana umur Barisan Nasional dalam jasad kerajaan kian dipenghujungnya. Saya percaya, inilah rompakkan harta rakyat yang terakhir berjaya mereka lakukan, dan mereka lakukanya dengan amat tergesa-gesa kerna tidak punya masa.
"
masih ada ruang untuk koreksi diri, alfakirilmuhu ::atok:: di 9:31:00 PG 0 ulasan
Cerita atok
Tahukan anda!! Kini Rakyat Malaysia memberi subsidi kepada Kerajaan!!
Artikel Oleh Reformis Muda
Ayat retorik Kerajaan UMNO yang paling popular 2-3 tahun kebelakangan ini adalah kerajaan menanggung subsidi yang terlalu tinggi dan kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak untuk digunakan untuk pembagunan rakyat. ya! itu lah retorik yang sering digunakan sebagai propaganda bagi melayu melayu yang Bodoh terutama ahli Umno yang memegang tauhidnya hanya Umno mampu memerintah.
Tapi ungkapan itu seharusnya ditukar kini, Kini Rakyat Terpaksa menanggung Subsidi Kepada kerajaan demi mempertahankan kerajaan korup UMNO.
Jun lalu Kerajaan kata Minyak mungkin naik Ogos, tapi esok harganya sudah melonjak 78sen dari RM1.92 kepada RM 2.70 iaitu kenaikan 40% yang menyebabkan rakyat diasak oleh kenaikan harga makanan dan barang keperluan harian secara mendadak. ketika itu harganya sekitar US 1.30-145dollar/tong. kini harganya sudah menurun ke paras hampir US 70 Dollar iaitu separuh dari nilai harga Minyak ketika ia dinaikan secara "gila babi" oleh Kerajaan UMNO. ikut logiknya harga minyak seharusnya diturunkan juga separuh iaitu RM 1.35, Rakyat Malaysia kini layak menikmati harga minyak pada kadar RM 1.35 dan bukannya RM 1.92, paling tidakpun ia mesti diturunkan keparas RM 1.60. kenapa kerajaan kini masih berdolak dalih. macam macam alasan diberikan. antaranya kononnya nilai Ringgit berbanding dollar lemah dan takut bekalan minyak terganggu andai ia diturunkan secara mendadak. inilah alasan paling bodoh dari menteri yang bodoh. inilah menteri yang asalnya berasa dirinya amat pandai, sehinggakan pandangan Anwar untuk menurunkan harga minyak dikatakan sebagai tidak realistik dan merosasakkan ekonomi. makan wujudlah pelbagai idea menteri Pak pandir yang kononnya pandai. mereka berikan Rebet petrol yang membelanjakan sebanyak RM 5billion duit kerajaan dan rakyat. apakah rebet menyelesaikan masalah ekonomi? sehinggakan pemilik kereta BMW 3 siri dibawah 2000cc pun layak menerima rebet petrol? malah kebanyakan pemilik kereta bukanlah dikalangan mereka yang menerima impak yang besar dari kenaikan harga barang, tetapi mereka yang tidak mampupun membeli sebuah motorsikal.inikah Menteri yang merasakan diri mereka terlalu bijak? beginikah rupanya menteri yang akan mengemudi ekonomi Malaysia untuk menghadapi badai taufan Krisis ekonomi Amerika syarikat?
Apa lagi idea Bodoh kebinet Pak pandir ini? mereka menurunkan cukai jalan BAS dan perkhidmatan Awam, mereka turunkan kadar tol bagi Pengangkutan awam yang terdiri dari BAS dan teksi, mereka beri subsidi, apa hasilnya pada rakyat malaysia? hasilnya rakyat dikejutkan dengan kenaikan harga tiket BAS dari 50% hingga 100% menjelang ummat Islam pulang ke kampung berhari raya yang sudah tentunya mereka adalah dari golongan yang tidak berkemampuan membeli kernderaan sendiri! mana perginya kebijaksanaan pemimpin dan kebinet Pak Pandir UMNO, sehinggakan sabri cheek berbuih mulut mempertahankan hujjah bodoh mempertahankan kenaikan harga minyak.
itulah 2 contoh terdekat bagaimana bodohnya Kerajaan Umno mengurus ekonomi, mereka tidak mampupun menghadapi badai kemelesetan ekonomi yang akan melanda Asia kesan dari kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat. andai Anwar tidak mampu merampas kerajaan persekutuan dalam waktu terdekat, bersedialah seluruh warga Malaysia, duit anda didalam kwsp dan tabung amanah pencen bakal hangus diuruskan menteri kewangan yang baru yang lebih korup dan menteri kewangan pertama terdiri dari seorang pembunuh. sebelum pilihanraya kebanyakan dana Rakyat dan duit kerajaan telah di pam kedalam pasaran Saham, kini Kerajaan akan sekali lagi mem"bailout" pasaran Saham dengan duit Rakyat sebanyak RM 5Billion. bersedialah seluruh warga Malaysia, duit anda bakal hangus diurus Kerajaan pak pandir. berseronoklah semua rakyat malaysia sebelum negara menuju kebangkrapan. itu belum dikira dari kesan yang diterima rakyat dari kenaikan harga barang pembinaan dan sumber asas eletrik, malah pekerjaan mereka juga bakal hilang apabila 5 bulan lagi Kilang kilang yang berkaitan Amerika bakal gulung tikar. andai 1 kilang ditutup menyebabkan 3000 orang bakal hilang pekerjaan, dan setiap pekerja ini menanggung 3000 keluarga. bagaimana kalau 200kilang gulung tikar? berapa pula hasil kerajaan bakal hilang? kini hampir 85% kilang tidak lagi membuat "overtime" kerana produksi mereka menurun atas sebab permintaan yang berkurangan. pernahkan kita lihat sebelum ini bagaimana Kilang Nikko eletronic yang ditutup di pulau Pinang menyebabkan 1500 orang terseksa? anda fikirkanlah..
Mana duit akan diperoleh Kerajaan untuk membayar rebet petrol sebanyak RM 5billion? kalau harga minyak kini sudah turun, maknanya kerajaan terpaksa memakai dana kerajaan sendiri. maknanya 5 Billion akan dicedok dari peruntukan belanjawan 2009 yang mana angka pendapatannya kini juga sudah tersasar dari sasaran. bersedialah kita andai Kerajaan tidak ditukar, kerajaan malaysia bakal bankrap, penerima pencen mungkin tidak menerima duit mereka tepat dari jadual , begitu juga kakitangan kerajaan jika pendapatan kerajaan sudah hilang hampir separuh. apa yang perlu kita tahu , RAKYAT MALAYSIA kini MenaNnggung Subsidi untuk kerajaan Umno.
Lawan tetap Lawan
Reformis muda
masih ada ruang untuk koreksi diri, alfakirilmuhu ::atok:: di 9:23:00 PG 0 ulasan
Sabtu, 20 September 2008
Cerita atok
Assalamualikum semua...
sedar x sedar dah hampir 20 hari kita berpuasa, dan sekarang tibalah masanya di malam 10 terakhir. Malam 10 terakhir ini masyhur dengan kemungkinan berlakunya perisiwa malam lailatul qadar yang mana ganjarannya adalah lebih baik daripada 1000 bulan. WOW! siapa yang x nak berjumpa dengan malam lailatul qadar jika sebegitu banyak ganjaran yg diberi oleh Allah. Rugilah kalau kita lepaskan begitu sahaja malam2 ramadhan yang masih tertinggal ni.
Just peringatan daripada atok, mari kita tengok balik ape yg dah kita buat sepanjang ramdahn yg lalu? Adakah kita betul2 perform dalam ibadah? Macam mane checklist ibadah yg kita janjikan sebelum tibanya ramadhan dahulu?
x pe la, yang dah lepas kita biarkan berlalu kerana masa x mungkin dpt dikembalikan lagi. Mari kita betul2 perform dalam malam 10 terakhir ini dan berdoalah kepada Allah supaya kita dipertemukan dengan malam lailatul qadar. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.
masih ada ruang untuk koreksi diri, alfakirilmuhu ::atok:: di 4:12:00 PTG 0 ulasan
Jumaat, 19 September 2008
Bebel atok
Siapa subsidi siapa ni?
"Kiraan harga minyak sekarang
1 barrel(tong) = 159 liter
1 USD = RM 3.471
harga minyak semasa = USD92.92 setong
Dulu USD145 x 3.03 (Rate semasa) / 159 liter = RM3.00 – RM0.30 (Subsidi) =RM2.70
Skrg USD92.92 x 3.47 (Rate semasa) / 159 liter = RM2.03 – RM0.30 (Subsidi) =RM1.73
Kerajaan jual => RM2.55 Harga tanpa subsidi => RM2.00
Kita tanggung kerajaan = RM0.52 per liter. Skrg kita lak yg subsidi kerajaan bukannya kerajaan kasi kita subsidi..minyak dunia dah turun terlampau banyak tapi kerajaan still senyap ngan isu minyak ni "
masih ada ruang untuk koreksi diri, alfakirilmuhu ::atok:: di 5:05:00 PTG 0 ulasan
Rabu, 17 September 2008
Cerita atok
PERISTIWA BESAR DALAM SEJARAH DALAM BULAN RAMADHAN
"Bulan Ramadhan bukan hanya terkenal sebagai pusat latihan ibadah kepada umat Islam, malah ia juga terkenal dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam antaranya:
BULAN DITURUNKAN AL KITAB
Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah. Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan Al Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.
PERISTIWA BADAR
Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ. Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri. Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapandan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai kerdhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Aali ‘Imran ayat 123 hingga 125. Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.
ISLAM MEMBUKA KOTA MEKAH
Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang. Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani bakar dan Khuza’ah. bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad. Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di lembah Watir. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad, beliau mengerahkan ratusan ribu umat Islam marake Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apapbila hampir memasuki Kota Mekah. Penduduk musyrikin menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan hanya bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian. Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya. Allah menyebut dalam Al Quran Surah Al Fath ayat 1: Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata. Sebahagian pakar tafsir Al Quran memberi maksud ‘kemenangan’ dengan kemenangan bermaksud membuka Mekah.
PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK
Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab. Apabila berita itu samapai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu tanah Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat islam ketika itu benar-benar teruji. namun, mereka tetap taat kepada perintah Nabi Muhammad. Beliau sendiri memimpin tentera seramai 30,000 anggota ke utara Madinah. Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada di situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000 dinar setiap tahun.
ISLAM SAMPAI KE YAMAN
Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.
KHALID BIN AL WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL ‘UZZA
Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla. Menurut kepercayaan Arab jahiliyyah, al ‘Uzza adalah patung dewi terbesar di situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab apabila melafazkan sumpah. Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir.
PENYERAHAN BANDAR TAIF
Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya menghalau Nabi Muhammad SAW semasa berdakwah di sana. Selepas beliau dan umat Islam berjaya membebaskan Mekah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijrah dengan menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.
PEMBUKAAN ANDALUS (SEPANYOL)
Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus. Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.
PEPERANGAN ZALLAQAH; PORTUGAL Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat, bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah. Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.
TENTERA ISLAM MENGALAHKAN TENTERA MONGOL
Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev. Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad zang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sunagi Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat. Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain Jalut. Dalam pertempuran itu, tentera ISlam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.
PEPERANGAN YAKHLIZ
Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusiayang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.
TERTAWANNYA GARIS BAR LEV, ISRAEL
Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi. Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973, Perang Oktober, dan Perang Ramadhan. Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung SInai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di SInai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev. Israel bermegah denga kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamahyang mengambilalih pimpinan operasi peperangan. Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya megasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.
sumber:
www.al-futhuhat.blogspot.com"
masih ada ruang untuk koreksi diri, alfakirilmuhu ::atok:: di 12:43:00 PG 0 ulasan
Rabu, 13 Ogos 2008
Bebel atok
Antara mubahalah, muzakarah, muqabalah, muwajahah silmiyah dan musabaqah
Kemeriahan senario politik Negara di kejutkan dengan drama “liwat 2” yang membabitkan tokoh reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pembantunya Saiful Bukhari. Dakwaan oleh saudara Saiful seolah-olah membuka kembali cerita lama yang agak lapuk dan agak basi untuk dijadikan point bagi menjatuhkan kredibiliti Anwar yang bakal menjadi PM tidak lama lagi. Mungkinkah plot cerita ini direka oleh individu atau kumpulan tertentu demi memastikan kelangsungan periuk nasi UMNO yang mana keadaannya semakin parah sekarang ini. Banyak spekulasi yang timbul berkenaan orang disebalik tabir dlm kes ini. Lantas, satu cadangan utk diadakan mubahalah atau sumpah dilakukan utk membuktikan kebenaran. Cadangan ditolak atas beberapa alasan. Namun penyudahan kesnya, Anwar tidak mengaku bersalah dan dibenarkan diikat jamin. Beliau akan dibicarakan pada 10 September dan ini membolehkan beliau utk bertanding di kerusi keramat, Permatang Pauh, pd 26 Ogos ini seterusnya membuka lembaran ke arah pembentukan generasi Malayia baru. Orang yang mungkin resah dengan penangguhan kes ini ialah pemimpin2 tertinggi UMNO dan juga mereka yang cuba dikaitkan dengan saudara Saiful. Nampaknya org Malaysia sudah bosan dengan cerita buatan sendiri yang agak skeptikal dan ortodoks. Dalam keadaan terdesak, mereka tidak dpt memikirkan jalan yg lebih bijak utk menyelamatkan parti kesayangan mereka.
Lantas dihebahkan pula cerita mengenai isu muzakarah antara pemimpin PAS dan juga UMNO dan disebarkan secara meluas oleh media pak turut yang begitu setia membuat propaganda. Kononya dengan berita sebegini sedikit sebanyak dapat memecah belahkan parti2 di dalam pakatan rakyat. Effectnya mgkn berjaya, namun bukan menjadi penghalang utama ke arah menghancurkan pemimpin yg zalim. Rakyat semakin dapat berfikir dengan tipu helah mereka. Sekali lagi UMNO terhantuk dengan propaganda ciptaan mereka. Pemimpin PAS dengan tegas mengatakan tiada muzakarah di kalangan pemimpin PAS dan juga UMNO, namun apa yg berlaku hanyalah pertemuan biasa atau muqabalah. Caturan mereka silap dek kebijaksanaan pimimpin PAS.
Baru-baru ini pula, ketua pembangkang , Datin Seri Wan Azizah telah meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kawasan Permatang Pauh yang membolehkan suaminya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bertanding, seterusnya, membolehkan beliau kembali ke arena politik sebenar yang sekian lama ditinggalkan. Parlimen bakal bergegar dengan kelantangan beliau mengkritik kerajaan dan juga bekas2 “sahabatnya”. Pilhan raya iaitu satu pendekatan secara aman untuk menentang musuh atau muwajahah silmiyah menjadi agenda utama rakyat pada 26 Ogos ini. Mungkinkah tarikh keramat ini akan merubah keaadan politik negara sekarang yang semakin cacat dek pertumbuhan nanah2 yang kian membusuk. Rakyat memerlukan perubahan. Pertandingan atau musabaqah ini perlu di ambil cakna oleh semua pihak. Mari bersama menuju ke arah pembentukan Malaysia baru.
masih ada ruang untuk koreksi diri, alfakirilmuhu ::atok:: di 8:27:00 PG 0 ulasan
Madah berhikmah
MUNAJAT SEORANG PEJUANG
(MUNAJAT PEJUANG DI SAAT MENGHADAPI CABARAN DAN TEKANAN YANG HEBAT)
1. Ya Allah! Ya Tuhan yang Maha Penyayang. Wahai Tuhan yang memiliki Arash yang mulia, Wahai Tuhan yang Maha Mencipta, Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa Mengembalikan, Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa melakukan apa yang dikehendki, Kami bermohon kepadaMu dengan cahaya keAgunganMu yang meliputi ArashMu, dengan kekuasaanMu yang Engkau telah tentukan ke atas seluruh makhlukMu, dengan rahmatMu yang meliputi setiap sesuatu. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, tolonglah kami.
2. Ya Allah! Hukumlah dan hancurkanlah orang-orang yang menyakiti kami dengan cara yang tidak sebenar sehingga mereka itu kembali kepadaMu. Ya Allah! Hukumlah dan hancurkanlah orang-orang yang menzalimi kami dengan cara yang tidak sebenar sehingga mereka itu kembali kepadaMu.
3. Ya Allah! Ya Tuhan yang tunduk kepadaNya pemimpin-pemimpin yang sombong. Wahai Tuhan yang tunduk kepadaNya orang-orang yang membawa perpecahan.Tidak ada yang datang dari Engkau ya Tuhan melainkan akan kembali kepadaMu jua. Tidak ada tempat untuk memohon pertolongan melainkan kepadaMu dan tidak ada tempat bergantung melainkan kepadaMu. Hindarkanlah kami daripada segala tipudaya orang-orang yang dengki dan kegelapan orang-orang yang menentang kami, jua keburukan orang-orang yang iri hati serta zalim. Dan rahmatilah kami dibawah naungan ArashMu. Wahai Tuhan yang maha Mulia, kuatkanlah tubuh badan kami untuk mendapatan keredhaanMu, dan terangilah hati-hati kami dan sanubari sahabat-sahabat kami untuk melaksanakan manhajmu.
4. Ya Allah, jauhkanlah antara kami dengan musuh-musuh kami dan orang-orang yang dengki kepada kami sebagaimana Engkau jauhkan diantara timur dan barat. Sambarlah pandangan-pandangan mereka dari melihat kami dengan cahaya kebesaranMu dan kemuliaanMu. Sesungguhnya Engkaulah pemberi sebesar-besar nikmat dengan rahmatMu, ya Tuhan yang Maha Mengasihani.
5. Ya Allah! Kami berlindung dengan kalimah-kalimahMu yang sempurna daripada setiap gangguan Syaitan dan setiap penglihatan yang jahat dan membahayakan. Ya Allah! Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami serahkan kepadaMu tengkok musuh-musuh kami dan orang-orang yang mendendami kami. Kami juga berlindung denganMu daripada perbuatan jahat mereka. Ya Allah! Kembalikanlah tipudaya mereka ke atas tengkok-tengkok mereka sendiri. YaAllah! hancurkanlah kesatuan mereka dan pecah belahkanlah panji mereka, goncangkanlah pendirian mereka dan utuskanlah keatas mereka anjing daripada anjing-anjingMu.
6. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kesabaran ke atas kami dan tetapkanlah pendirian kami. Tolonglah kami untuk menghadapi kaum yang engkar. Ya Allah! Perbaikilah hubungan diantara kami dan jinakkanlah diantara hati-hati kami. Tunjukkanlah kami jalan-jalan yang selamat dan keluarkanlah kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhilah kami dari kekejian samaada yang zahir daripadanya mahupun yang tersembunyi. Wahai Tuhan kami engkaulah Tuhan yang maha menutup, maka tutuplah keaiban kami dan amankanlah ketakutan kami.
7. Ya Allah! Tolonglah kami, janganlah susahkan kami.Tolonglah kami, janganlah Engkau tolong mereka untuk menyusahkan kami, rancangkanlah untuk kami, janganlah Engkau rancangkan untuk mereka yang menyusahkan kami.Berilah kami hidayah, mudahkanlah hidayah itu untuk kami. Tolonglah kami untuk menentang orang yang hendak melakukan kezaliman ke atas kami. Ya Allah! Pimpinlah kami ke jalan yang lurus dan jadikanlah kami dikalangan penunjuk jalan yang mendapat petunjuk dan dikalangan para da'ie yang mendapat petunjuk. Ya Allah! Satukanlah saf pejuang-pejuang kami yang ikhlas dan bantulah tentera-tentera yang bersatu dan orang-orang yang bersama dengan mereka.
8. Ya Allah! Sesungguhnya dengan wajah (Kebesaran) Allah yang Maha mulia dan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh orang yang berbuat kebaikan mahupun kejahatan, kami berlindung daripada kejahatan-kejahatan yang turun dari langit dan daripada kejahatan yang naik ke langit, daripada kejahatan yang bertebaran di muka bumi dan yang keluar daripadanya, daripada fitnah malam dan siang
masih ada ruang untuk koreksi diri, alfakirilmuhu ::atok:: di 7:49:00 PG 0 ulasan
Sabtu, 2 Ogos 2008
Jumaat, 1 Ogos 2008
Nasihat atok
ISRA’ MIKRAJ :PENGAJARAN BUAT PEJUANG ISLAM
“Mahasuci Allah yang memperjalankan hambaNya (Muhamamd SAW) pada malam hari daripada Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya Dia Maha mendengar, Maha mengetahui” (Al-Isra’ 15:1)
Peritiwa Israq’ wal mikraj adalah satu peristiwa yang Allah berikan kepada nabi Muhammad SAW pada 27 Rejab tahun ke 12 baginda dibangkitkan menjadi seorang Rasul . Ia berlaku selepas kematian dua orang yang baginda kasihi Saidatina Khadijah Binti Kuwailid dan Abu Talib. Tahun itu disebut sebagai ‘Amul Huzni (tahun duka cita ).
Kedua insan yang banyak mempertahankan risalah yang baginda bawa selama ini. Mereka berdua adalah obor semangat sepanjang baginda berdakwah. Kejayaan dakwah yang baginda bawa pada peringkat awal adalah hasil sokongan moral dan material mereka berdua. Tetapi Allah lebih mengetahui hikmat yang tersurat dan tersirat.
Kematian kedua mereka ini untuk menjawab bahawa kejayaan dakwah dan Islam bukan Khadijah dan Abu Talib yang menentukan. Tetapi Allah SWT yang menjaga agamanya daripada dimusnahkan oleh manusia. Seandainya kejayaan Nabi Muhammad SAW dalam dakwah kerana mereka berdua, apa pula umatnya seperti kita yang meneruskan perjuangan Islam yang tidak mempunyai Abu Talib dan Saidatuna Khadijah.
Tetapi Islam adalah jagaan Allah manusia tidak boleh untuk melumpuhkan Islam dengan apa cara sekalipun. Seperti firman Allah SWT “Mereka hendak memadam cahaya Allah (agama Allah) dengan mulut mereka dan Allah yang menyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir membencinya” Al-Saf:61:8
Peristiwa yang berlaku memang menguji keimanan mereka yang sudah sedia beriman dan menambahkan kekafiran bagi mereka yang tidak beriman terhadap Allah SWT. Watak yang ditunjukkan oleh Saidina Abu Bakar yang tegas menerima walaupun yang menyampaikan berita itu adalah orang kafir musyrikin, maka Abu Bakar terus menerima tanpa apa-apa keraguan. Walaupun tujuan mereka untuk menguji keimanan Abu Bakar al-Siddiq, namun baginda dengan tegas menjawab kalau yang kamu beritahu itu ialah Nabi Muhammad SAW yang pergi sampai ke Sindatul muntaha lebih daripada itu pun aku percaya. Ini lah sifat yang ditunjukkan oleh Abu Bakar al-Siddiq yang sentiasa membenarkan apa yang dibawa oleh baginda walaupun orang lain engkar terhadap perkhabaran tersebut.
Kita juga boleh melihat bagaimana ketegasan baginda untuk memberitahu kepada orang ramai berkenaan dengan peristiwa Isra’ dan Mikraj, walaupun ia dilarang oleh Ummu Hani’ daripada menceritakan kepada orang lain kerana bimbang orang akan kata nabi Muhamamd SAW pembohong. Kerana macama mana mereka hendak percaya, kerana perjalanan mereka daripada Makkah ke Palestin dengan berjalan kaki dan naik unta memakan masa selama 40 hari 40 malam. Tiba-tiba nabi Muhammad SAW hanya mengambil masa selepas Isya’ dan pulang sebelum Subuh. Seperti yang ramalkan oleh Ummu Hani’ menjadi kenyataan. Ramai di kalangan mereka yang sudah beriman kembali murtad dan menambahkan kekafiran bagi mereka yang sedia kafir.
Pengajaran daripada Isra’ Mikraj
* Allah berkuasa untuk melakukan sesuatu kepada hambanya. Jarak yang manusia bilang selama 40 hari hanya berdasarkan kepada hitungan manusia bukan berdasarkan kepada kekuasaan Allah SWT. Allah menjalankan dan mengatur perjalanan bulan, matahari dan menentukan jarak perjalanan. Maka tidak menjadi masalah kepada Allah untuk membuat lebih daripada itu.
* Allah berkuasa untuk menjalankan Nabi Muhammad SAW sampai ke Sidratul Muntaha maka, Allah berkuasa untuk menolong agamanya sekiranya hambanya sudah memenuhi syarat untuk memikul amanah agamanya.
* Ketegasan Nabi Muhammad SAW yang tegas untuk menceritakan peristiwa ini kepada kaumnya walaupun Ummu Hani’ melarang kerana orang Islam imannya tidak begitu kukuh lagi dan orang kafir akan mencari kesalahan yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW. Mereka menjadikan hujah Isra’ Mikraj sebagai jalan untuk menimbulkan keraguan kepada umat pada waktu itu. Nabi Muhammad SAW sebagai seorang Rasul yang yakin dengan kebenaran risalahnya maka terus tampil ketengah masyrakat untuk menceritakan peristiwa tersebut. Dengan Izzah Islam yang baginda bawa, maka baginda menceritakan kepada umatnya, walaupun tahu risiko kehilangan pengaruh.
masih ada ruang untuk koreksi diri, alfakirilmuhu ::atok:: di 3:35:00 PTG 0 ulasan
Khamis, 31 Julai 2008
Nasihat atok
SYEIKH FATHI YAKAN ; BAHAYA AIDS HARAKI DALAM GERAKAN ISLAM
Penyakit AIDS adalah merujuk keadaan seseorang yang mengalami kehilangan daya tahan penyakit di dalam tubuh, sehingga menjadi mudah dijangkiti penyakit dengan keadaan yang parah. Sehingga kini, penyakit yang disebabkan oleh virus HIV ini, masih belum ditemui ubat yang dapat menyembuhkan penyakit merbahaya ini. Para penghidap HIV/AIDS ini akan berhadapan dengan risiko kematian.
Dalam buku “Ihdzaruu Al-Aids Al-Harakiy (1989)”, Al-Ustaz Fathi Yakan secara khusus mengingatkan kes kehancuran harakah dan tanzim dakwah di Lubnan. Hal yang sama juga berlaku di beberapa Negara Muslim yang terdapat harakah Islamiah di situ. Beliau berpendapat, kes-kes kehancuran tanzim dakwah bermula dari kelemahan daya tahan dalaman jama`ah, yang seringkali terjadi di saat mereka berada di atas paksi Mihwar Siyasi (Orbit Politik).
Hal ini sering terjadi ketika harakah Islamiah memasuki wilayah amal siyasi (kerja politik) untuk menyempurnakan wilayah `amal dakwah dan meningkatkan sasaran dakwah yang lainnya. Mengapa terjadi seperti ini? Apakah penglibatan harakah Islamiah dalam wilayah politik adalah suatu kekeliruan dan kesilapan? Tentu saja tidak !! Bahkan ini adalah suatu kewajipan kita semua.
Konsep Syumuliatul Islam yang diperkenalkan Imam As-Syahid Hasan al-Banna di dalam usul pertama dari Usul `Isyrin, telah memberikan gambaran pentingnya kita bergerak di paksi politik demi tertegaknya Ad-Din wa Ad-Daulah. Sesungguhnya saat ini, Syumuliayatud Dakwah menuntut kita memasuki dan menguasai wilayah politik.
Mengenal Virus Merbahaya
Persoalan yang timbul ialah bagaimana virus ini boleh berjangkit dan menjadi penyebab kehancuran kepada harakah? Dalam analisa dan tajribah Ustaz Fathi Yakan, terdapat 7 faktor utama yang menyebabkan hal ini terjadi :
1. Hilangnya Manna`ah I`tiqodiyah (imuniti keyakinan) dan tidak terbinanya bangunan dakwah di atas dasar fikrah dan mabda’ yang benar dan jitu. Akibat yang timbul dari faktor ini, tanzim dakwah tidak tertegak di atas fikrah yang benar dan utuh. Adakalanya sebuah tanzim hanya wujud sebagai Tanzim Ziyami, iaitu tanzim yang berdiri atas landasan wala’ kepada seorang pemimpin yang diagungkan.
Ada juga yang bergerak sebagai Tanzim Syakhshi, iaitu tanzim yang tertegak atas bayangan keperibadian (figure) seorang pemimpin. Terdapat juga yang berbentuk Tanzim Mashlahi Naf`i yang berorientasi mewujudkan tujuan perlaksanaan pengisian semata-mata. Kerana itu, binaan tanzim menjadi begitu rapuh, tidak mampu menghadapi kesulitan dan cabaran. Akhirnya bergoncanglah binaan dan bercerai-berai shofnya sehingga terjadilah berbagai peristiwa dan tragedi.
2. Perkaderan dan pembinaan anggota berdasarkan kuantiti, dengan mengutamakan bilangan dan jumlah keahlian menjadi keutamaan qiyadah. Seringkali dianggap, bahawa jumlah yang banyak itu akan menjadi penentu kemenangan dan kejayaan. Kondisi ini mungkin ada kebenarannya ketika sebuah harakah dakwah tampil secara rasmi sebagai parti politik dan terlibat dalam pilihanraya.
Akan tetapi hal ini perlu diawasi kerana, orientasi ini akan memudahkan pihak-pihak tertentu cuba mewujudkan qaidah sya’biyah atau dasar dokongan sosial untuk kepentingan merealisasikan tujuan-tujuannya. Dalam situasi tertentu akan muncul keperibadian atau tokoh-tokoh tertentu dalam harakah yang memperjuangkan kepentingan peribadi dengan memanfaatkan qaidah sya’biyah yang dibinanya. Pada saat ini, qa`idah sya’biyah ini akan bertindak sebagai musuh dalaman kepada harakah Islamiah.
3. Isti’jal (tergesa-gesa) untuk meraih kemenangan, meskipun tidak seimbang dengan persediaan yang mencukupi, walaupun ditahap minimum. Kemenangan politik bererti memperolehi kekuasaan. Setiap aktivis politik akan dikuasai semangat mencari dan mengejar kekuasaan sehingga tidak ada penghujungnya.
Menurut Ustaz Fathi Yakan, kekuasaan yang diperolehi di manapun akan menuntut pembahagian ghanimah (harta rampasan perang) kepada penjaga sesuai dengan perbandingan tugasan yang ditanggung seseorang. Ghanimah yang telah diperoleh itu kadangkala melahirkan cubaan, fitnah dan bencana kerosakan dalam harakah.
Permasalahan dasarnya adalah penipuan dalam pembahagian, antara perseorangan, pemimpin serta penguasa yang bercita-cita mendapatkan bahagian kekuasaan yang banyak. Akhirnya prinsip perjuangan tergadai dan agenda maddiyah dengan mengejar kepentingan hawa nafsu akan menjadi tuntutan perjuangan mereka.
Ketika ini hilanglah roh aqidah dalam perjuangan, tumpuan hanya diberikan kepada percaturan strategi menghadapi musuh dalam pilihanraya dengan meninggalkan agenda pembinaan ruhiyah di kalangan jundiyah dan qiyadah. Akhirnya “yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran ”.
4. Binaan tanzim dipengaruhi unsur luaran. Samada dipengaruhi oleh latarbelakang kekuatan yang berada di sekelilingnya dari aspek politik, ekonomi dan lain-lain aspek. Akibatnya, tanzim akan kehilangan potensi keaslian perjuangan, kehilangan orientasi dan arah tujuan politik. Kerana hilangnya asholah dakwah (keaslian), tanzim menjadi alat kepentingan pihak lain, dan segala keputusan dan tindakan dipengaruhi kelompok tertentu.
5. Munculnya berbagai aliran dan kelompok dalam harakah. Hal ini sering terjadi kepada harakah yang telah mengalami perpecahan lantaran hilangnya wahdatul fikr dan wahdatul `amal. Kesan dari permasalahan ini akan timbulnya ta`addudul wala’, justeru akan timbul pertikaian, perebutan pengaruh dan kekuasaan untuk meraih hasrat dan cita-cita peribadi atau kelompok tertentu.
6. Campur tangan pihak luar dengan pengaruh dominan politik, ideologi, perisikan, inteligen dengan berbagai cara penyamaran untuk menyerang musuh dalam harakah dengan tujuan menghancurkan kekuatan dan kesatuan di dalam tanzim. Ruang yang terbuka untuk campur tangan atau penyusupan amat luas, terutama melalui ruang politik, iaitu dengan menawarkan pelbagai maslahah siasah.
Kekuatan luaran dan campur tangan ke dalam tanzim harakah berlaku ketika jamaah mengalami kelemahan, miskinnya roh `aqidah di kalangan jundiyah dan qiyadah, kuatnya kecenderungan mengejar maddiyyah dan jawatan.
7. Lemah atau hilangnya kesedaran politik (wa’yu siyasi) dalam harakah. Sesebuah harakah yang tidak memiliki wa’yu siyasi yang tinggi dan baik, tidak akan dapat mengimbangi peredaran zaman, gagal mengambil istifadah dan pengajaran dari pengalaman lepas, tidak mengkaji peranan harakah di masa depan dan tidak mampu membuat suatu keputusan politik setempat berdasarkan situasi dan kondisi politik internasional.
Apabila harakah mengalami kelemahan seperti ini, akan berlaku sikap yang kontradiktif dan mudah terbawa arus. Keadaan ini memudah unsur-unsur negatif dari luar mengawal keputusan politik dalam harakah dan mengenepikan peranan majlis syura dalam jamaah.
Semua faktor kondisi yang dinyatakan oleh Ustaz Fathi Yakan adalah berkesimpulan dari masalah mendasar harakah Islamiah masa kini, iaitu “politik mendominasi tarbiah”. Keadaan ini menyebabkan suasana atau munakh harakah dikuasai oleh politik, bahkan sangat mempengaruhi pendirian dan sikap para anggota dan pimpinan harakah.
Kewajipan Memelihara Asholatud Dakwah (Keaslian Dakwah).
Permasalahan dan penyakit yang berlaku di dalam harakah dakwah, hanya dapat dikawal dan diubati dengan memelihara keaslian dakwah yang kita warisi dari Baginda Rasulullah SAW. Syeikh Mustafa Masyhur Rahimahullah, dalam sebuah tulisannya, Qadhaya Asasiyyah `Ala Thoriqud Dakwah, menekankan betapa pentingnya Muhafazhah `Ala al-Asholah (memelihara keaslian dakwah), agar harakah terjamin berada di jalan yang benar menuju sasaran.
Sekecil-kecil penyelewengan dari asholah dakwah, pasti akan melahirkan kegelinciran yang semakin hari semakin besar, serta menyeret harakah jauh dari jalan yang benar dan gagal mencapai sasaran harakah. Imam Asy-Syahid Hasan al-Banna selalu menekankan agar jamaah beriltizam dengan Islam, Al-Quran dan As-Sunnah serta melangkah ke medan dakwah berpandukan Sirah Rasulullah SAW ketika beliau menegakkan Daulah Islamiah pertama. (Mustafa Masyhur, Qadhaya Asasiyyah `Ala Thoriqud Dakwah).
Memelihara Asholah Dakwah bererti meletakkan kepentingan kepada tarbiyah. Kerana itu, tarbiyah dalam jemaah tidak boleh dikesampingkan atau diabaikan demi memenuhi tuntutan kegiatan politik, publisiti bahkan jihad sekalipun. Perencanaan takhtit dan tanzim semata-mata tidak mencukupi tanpa tarbiyah untuk membina izzah harakah di mata musuh Islam.
Usrah merupakan tulang belakang tarbiyah dalam jamaah, yang berperanan sebagai wasilah yang mendidik ahli dan membentuk rijal. Semua anggota di manapun peringkat jamaah, samada ahli hinggalah pimpinan tertinggi wajib mengikuti peringkat-peringkat tarbiyah sehingga sampai ajalnya.
Kesimpulan
Ternyata, kewajipan itu lebih banyak dari batas waktu yang kita miliki. Kerana itu, dakwah kita tidak dibina atas dasar rukhshah (keringanan), tetapi dibangun atas dasar `azhimah dan tekad yang teguh. Jika hal ini diperhatikan dengan sewajarnya, dari peringkat ahli sehinggalah pimpinan jamaah, segala permasalahan yang sering melanda harakah dan dakwah, nescaya virus bahaya yang menular dalam tanzim binaan jamaah dapat diatasi.
Semoga kita mengambil pelajaran dan manfaat dari taushiyah yang disampaikan sejak enam belas tahun silam oleh seorang da`ie yang menjadi qudwah kepada kita, demi kebaikan dan kejayaan harakah dakwah di Negara kita.
masih ada ruang untuk koreksi diri, alfakirilmuhu ::atok:: di 10:43:00 PG 0 ulasan
Sabtu, 19 Januari 2008
Bebel atok
Assalamualaikum...
Belek punye belek paper terjumpe atok satu quote 'motivasi' yg boleh dijadikan bekalan kalau kantoi dkt mahkamah.
"I Think he was 'mabuk' (drunk). I don't know who was talking to anyway"
- STAR, Friday Jan 2008 -
Rasanya semua dah maklum siapakah 'cendiakawan' yg dimaksudkan. Siapa lg kalau bkn Datuk Seri Tengku Adnan Mansor. Kata2 ini keluarkan sebaik shj beliau disoal mengenai video klip V.k Lingam yg beberapa kali menyebut namanya.
Sesiapa yg telah melihat video klip tu atau mendengarnya pasti dpt menyanggah kenyataan Tengku Adnan tu. Sudah terang lg bersuluh. Bukan beliau seorang shj yg cuba berdalih apabila disoal siasat, malah saksi2 lain juga telah berjangkit penyakit lupa dan play safe.
Apa2 pun, terserahlah kpd budi bicara suruhanjaya diraja yg telah dilantik. Jangan sbb kroni, habis maruah digadaikan.
"Sesiapa yang dikehendakki oleh Allah, akan dibuka pintu hatinya dan sesiapa yang
tidak dikehendakki, maka akan disempitkanNya".
(surah An'am ayat 125)
masih ada ruang untuk koreksi diri, alfakirilmuhu ::atok:: di 10:39:00 PG 0 ulasan
Ahad, 13 Januari 2008
Bebel atok
Petikan ucapan Pak Lah berkenaan Islam Hadhari pada 23 September 2004:
Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas atau fundamental yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam. Islam Hadhari jika ditafsir secara ikhlas dan difahami secara jelas, sama sekali tidak akan memesongkan mana-mana umat Islam dari asas akidah. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab melindungi kesucian Islam dan memastikan umat Islam tanpa tergelincir akidah, akan dapat menghadapi cabaran dan realiti semasa, pintu ijtihad perlu terbuka supaya tafsiran yang diwarisi dapat dikaitkan dengan bentuk dan corak pembangunan mengikut masa dan tempat.
.......................................................................................
Melihat kpd realiti yg berlaku sekarang ini, adakah segala apa yg telah diperkatakan terlaksana sepenuhnya, atau sekadar manis dimulut sahaja? Tepuk dada, tanya iman.
masih ada ruang untuk koreksi diri, alfakirilmuhu ::atok:: di 10:19:00 PTG 0 ulasan
out-dated
KOSMO : Oleh ASRON MUSTAPHA
KUALA LUMPUR – Catuan minyak masak lima kilogram bermula semalam tetapi apa yang menimbulkan rasa tidak puas hati orang ramai ialah mereka tetap pulang dengan tangan kosong.
Malah, notis ‘catu minyak masak’ tidak kelihatan kerana yang dilihat ialah ‘Maaf, minyak masak habis’ seperti mana yang digantung pada sebuah pusat membeli-belah di Ampang semalam.
Ada peniaga mendakwa, mereka tidak dapat melaksanakan catuan itu kerana rak masih kosong selepas pesanan minyak masak yang dibuat sejak dua minggu lalu tidak tiba.
Suri rumah, Zaiton Arshad (gambar) mengeluh kerana terpaksa mengunjungi banyak pasar raya bagi mendapatkan minyak masak tetapi yang tinggal cuma minyak kacang soya atau minyak jagung.
“Tak ada erti catu kalau minyak pun tak ada,’’ katanya.
Peruncit, Abdulah Mohd. Bugis pula memberitahu, dia tidak menerima bekalan minyak dari pembekal walaupun telah beberapa kali membuat pesanan.
“Alasan mereka ialah tiada stok. Mereka juga tak beritahu bila stok baru sampai.
“Masalahnya orang ramai hanya tahu menyalahkan kami sedangkan kami sendiri juga tertekan,’’ ujarnya.
Sumber pasar raya Tesco pula berkata, pihaknya telah mengenakan catuan termasuk terhadap minyak masak import dengan seorang hanya dibenarkan membeli satu botol minyak lima kilogram sahaja.
“Minyak import juga dicatu kerana kami sendiri tidak mempunyai bekalan minyak masak sawit tempatan sejak 1 Januari lalu,’’ katanya.
.....................................................................................
Inilah masalah yg timbul di bwh pimpinan imam hadhari. Nak catu benda yg x de. Ape kes? Main sedap ckp je. Lain kali check dulu, baru keluarkan 'fatwa'.
masih ada ruang untuk koreksi diri, alfakirilmuhu ::atok:: di 9:40:00 PTG 0 ulasan
Cerita atok
Bubar Parlimen Februari, pilihanraya Mac, ramal penganalisis
KLPOS, KL: Semua tanda menunjukkan bahawa pilihan raya umum Malaysia ke-12 mungkin diadakan dalam beberapa minggu lagi. Hal ini jelas sedang parti-parti politik dan pemimpinnya meningkatkan usaha masing-masing dalam membuat persediaan, menurut laporan akhbar setempat.
Tempoh yang sering dianggap para penganalisis politik sebagai paling sesuai bagi pilihan raya itu ialah selang beberapa minggu selepas Tahun Baru Cina pada 7 Februari ini, kata laporan akhbar The Star semalam.
Mereka berkata pilihan raya itu mungkin diadakan sekitar cuti sekolah antara 7 dengan 16 Mac ini, menurut laporan itu.
Ia juga memetik seorang menteri kanan sebagai berkata bahawa semua parti komponen Barisan Nasional (BN) telah selesai menjalani ‘tempoh ujian mereka bagi Terengganu, Kelantan, Kedah, Selangor dan Johor’.
‘Pilihan raya itu akan diadakan tidak lama lagi - paling lama menjelang minggu pertama Mac. Semua orang sudah sedia. Jika kita tunggu lebih lama lagi keletihan akan mula dirasakan,’ tambahnya.
Tempoh ujian itu diadakan bagi mengukur kesediaan jentera BN menghadapi pilihan raya mendatang.
Negeri-negeri lain dijangka selesai tempoh ujian mereka hujung minggu ini, menurut laporan itu.
Ketua penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib pula dipetik sebagai berkata parti itu sudah meningkatkan persediaannya.
‘Kami memang sudah sedia, kini kami dalam tahap peningkatan,’ katanya.
Satu sumber BN berkata isyarat pilihan raya itu timbul seawal bulan lalu apabila Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, selesai mengadakan pusingan pertama lawatan negerinya, selain tidak merancang mengadakan lawatan ke luar negara antara Februari dan Mac ini
.....................................................................................
First time la atok mengundi tahun ni insyaallah. Nak undi sape yek?
masih ada ruang untuk koreksi diri, alfakirilmuhu ::atok:: di 9:29:00 PTG 0 ulasan
Bebel atok
Assalamualaikum...
Hurm. Kemungkinan besar harga minyak akan dinaikkan lagi. Katanya sebab nak tampung subsidi yg terpaksa 'ditanggung' kerajaan. Sebenarnya harga minyak ni kalau goverment tak mahu naikkan dieorg boleh buat.Secara dasarnya,ia lebih kpd sama ada dieorg nak tolong rakyat atau tidak.Kalau nak buat projek besar besar ratusan billion macam ECER dan WPI tu boleh , kenapa nak subsidi harga minyak pun tak boleh?Tepuk dada tanya selera.Kenapa perlu dibuat koridor besar besar sampai ratusan billion?Bukan saja pembangkang yang membantah tapi Dr Mahathir pun komplen jugak.
Walaupun harga minya naik, kita perlu ingat hakikat bahawa kita pengeluar minyak dan bila harga minyak naik, pendapatan petronas berlipat ganda.So what?Apa sebab asyik nak kata harga minyak dunia naik, so malaysia pun kena naik harga minyak sama?Kenapa kerajaan tak guna pendapatan petronas untuk subsidi harga minyak?Kalau boleh buat koridor yang harga ratusan billion ringgit yang menguntungkan taukeh taukeh besar yang dapat kontrak di sana, kenapa kerajaan tak boleh nak peruntukan 10 billion untuk subsidi harga minyak supaya 26 juta rakyat malaysia dapat faedah? Cuba saudara semua fikir, mana yang patut di beri keutamaan oleh kerajaan?Projek projek mega atau beri subsidi minyak untuk bantu 26 juta rakyat?Kalau atok jadi perdana menteri, atok akan pastikan kebajikan rakyat terpelihara dan bukannya asyik nak bermegah megah dengan projek mega yang membazir.Lagi satu kita tak wajar nak bandingkan harga minyak kita dengan negara lain.Macam thailand, dieorg bukan pengeluar minyak macam malaysia, sebab tu minyak mereka mahal dari malaysia.Begitu juga singapura dan indonesia.dieorg takde minyak.Kalau nak sangat bandingkan harga minyak malaysia dengan negara lain, kita kena bandingkan dengan negara pengeluar minyak juga seperti norway, brunei, arab dan lain lain.Dan kalau bandingkan dengan negara pengeluar minyak lain, minyak malaysia antara yang paling mahal.Kenapa?Kerana kerajaan tak sanggup nak beri subsidi minyak sebaliknya hanya berminat nak buat projek mega sahaja dan sanggup susahkan rakyat.Pendapatan petronas saja tahun ni 80 billion.Itu belum lagi pendapatan dari income tax, corporate tax, kelapa sawit, getah, logging dan pertanian.Pokoknya malaysia ni memang mewah dengan hasil maksum.Tapi pemimpin tak amanah.Banyak membazir.Contohnya bila kerajaan beli jet sukoi dari russia, kenapa india dan vietnam boleh beli jet tersebut pada harga jauh lebih rendah dari malaysia?Pasal apa malaysia beli harga tinggi?Jawapannya sebab ada elemen rasuah untuk di bayar pada orang tengah.Kenapa pembelian jet tersebut tidak di buat secara tender terbuka antara goverment to goverment?Ini satu contoh bagaimana pendapatan negara di selewengkan.Tapi orang orang yang taksub dengan umno tidak mampu berfikir dan melihat realiti.Mereka dengan bangga boleh turun ke kampung kampung dan beritahu orang kampung bahawa harga minyak kena naik sebab harga minyak dunia dah naik.Inikah parti yang berjuang untuk agama, bangsa dan negara?
Tapi, ape2 pun itu cume dengar2 cerita yg tidak mustahil akan terjadi. Just wait n see, n after that boleh tukar pimpinan.
masih ada ruang untuk koreksi diri, alfakirilmuhu ::atok:: di 3:58:00 PTG 0 ulasan
Khamis, 10 Januari 2008
Madah berhikmah
Assalamualaikum...
Selamat menyambut awal Muharram di ucapkan kpd sahabat2 seaqidah sekalian. Diharapakn tahun baru ini menjadi pemangkin kpd perubahan dlm diri kita termasuk diri atok sbg ahli aa'si ini. Cubalah jadi org yg plg 'best' dan boleh membantu menegakkan Islam di muka bumi Allah ini.
masih ada ruang untuk koreksi diri, alfakirilmuhu ::atok:: di 11:41:00 PTG 0 ulasan
Bebel atok
Assalamualaikum
Tahniah dan syabas kepada pemerintahan kerajaan Islam Hadhari di bwh pimpinan sheikhul kabir imamun islamul hadhari, pak lah badawi di atas kejayaannya menambahkan lagi bilangan perosak2 bangsa yg bertauliah. Fakta terbaru menunjukkan jenayah kekerasan yang melibatkan rogol, samun, mencabul kehormatan, membunuh meningkat dari 44,016 pada tahun 2006 ke 49,897 pada tahun 2007 iaitu peningkatan sebanyak 13.36%. Jenayah harta benda yang melibatkan pecah rumah, ragut dan curi kenderaan meningkat dari 165,372 kes pada tahun 2006 ke 174,401 pada tahun 2007 iaitu peningkatan sebanyak 5.46%.
Bagi kes rogol sahaja bagi tahun 2007 terdapat 3,177 kes (yang dilaporkan) seluruh negara. Iaitu bersamaan 265 kes sebulan, iaitu bersamaan 9 kes rogol sehari. Bayangkan betapa bahaya dan tidak selamatnya suasana kita pada hari ini. Inilah akibatnya apabila Islam hanya berlegar di kalangan kahwin, zakat, puasa san sembahyang je. Itu pun ade yg curi2 escape.
Adakah mampu dgn pemerintahan yg ada sekarang melahirkan cendiakawan2 terbilang, gemilang dan cemrlang pada masa hadapan? Atau lebih banyak melahirkan tokoh2 koperat yg keparat atau bangsa yg bangsat. Inilah apabila acuan yg dibentuk tidak berdasarkan prinsip2 Islam yg syumul. Sumber kita adalh Al-Quran, hadis, ijmak dan qias. Bukannya idealisme yg sesat lg menyesatkan.
Marilah kita sama2 merabikkan akar2 jahiliah dari bumi ini lantas menegakkan Islam yg sebenarnya di atas muka bumi ini Insyaallah.
masih ada ruang untuk koreksi diri, alfakirilmuhu ::atok:: di 11:12:00 PTG 0 ulasan
Isnin, 7 Januari 2008
Bebel atok
Assalamualaikum,
Jika diteliti secara holistik, terdapat kepincangan yg terserlah pada permulaan tahun 2008 bg kerajaan yg memerintah. Satu demi satu isu2 kudis menjalar, mencacatkan lagi rongga2 yg sudah bernanah pemerintahan negara. Meriah dibuatnya dari ceruk2 kampung hinggalah kpd jiran2 mahligai istana Zakaria Deros menceritakan ttg isu2 yg berlaku sekarang ini.
Jendela 2008 dikuak dgn cerita sensasi mengenai video seks seorang menteri cabinet dan spt yg telah diketahui, Dr. Chua Soi Lek telah mengaku bahawa ‘watak utama’ dalam ‘filem’ tu adalah dirinya sendiri. Video itu kini hangat dicetak rompak utk diedarkan di ‘pasaran’. ‘Pengarahnya’ pasti tersenyum puas melihatkan filem itu laris sehingga menyaksikan Dr. Chua Soi Lek terpaksa melepaskan semua jawatannya. Pihak kerajaan pula seperti terlalu mudah memaafkan perbuatan Dr Chua Soi Lek itu setelah beliau meminta maaf secara terbuka kpd rakyat khususnya kpd pengikutnya atas kesilapan yg telah di buat. Gerak kerja mencari dalang kpd video itu sedang giat dijalankan. Adakah ini penyelesaian terbaik? Kerana tidak mustahil suatu hari nanti pesalah2 yg semakin berleluasa hanya perlu meminta maaf di khalayak ramai utk memaafkan perbuatan mereka. Begitu mesra, cepat dan betul. Teringat atok gurau2 di kedai kopi Pak Abu, “Sekuat-kuat dan secanggih-canggih kunci pun boleh terlepas gak”, (merujuk kpd kunci Solex = Soi Lek)
Tidak cukup dgn itu timbul pula isu pembayaran yuran sampingan di sekolah2 kerajaan tertentu yang tinggi dan tidak masuk akal. Walaupun yuran sekolah telah dikurangkan namun kewujudan yuran sampingan yg mana kadang2 tidak munasabah, betul2 mengelirukan para ibu bapa. Apabila isu ini dibangkitkan kepada menteri yg bertanggungjawab dgn cepat beliau melatah dan mencabar para ibu bapa. Inilah anak didik kepada ‘ Bapa Pantang Dicabar’ yg tidak bersikap professional sbg seorang menteri. Rakyat yg sudah dibebani dgn kejutan2 kenaikan harga dan kesempitan hidup yg semakin terdesak bertambah sesak nafas dengan perkembangan terbaru ini.
Terbaru, timbul pula kisah pencatuan minyak masak walaupun Malaysia adalah antara pengeluar minyak masak terbesar di dunia. Jiwa rakyat mula memberontak dengan kepincangan2 yg wujud. Hanya tunggu masa utk menamatkan riwayat pemerintahan idealisme acuan barat. Biar mahmudah mendominasi mazmumah.
masih ada ruang untuk koreksi diri, alfakirilmuhu ::atok:: di 11:26:00 PTG 0 ulasan