Ahad, 26 Ogos 2007

Cerita atok



Beberapa hari lg dah nak merdeka lagi buat kali ke 50. So, sedar x sedar dah lama juga kita berjaya melepaskan diri dari kuasa penjajahan barat. Terima kasih yang x terhingga kepada pejuang2 kemerdekaan yang terdahulu. Dan selama 50 tahun juga lah kita dapat lihat kemajuan dan peningkatan dalam pembangunan infrasturktur seiring dengan arus pemodenan yang semakin deras mengalir. Namun, apakah kita betul2 faham apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan frasa kemerdekaaan yang kita laungkan selama ini. Adakah kita telah merdeka secara holistiknya baik dari aspek mental, spiritual mahupun material? Adakah terbayar sudah jerih payah generasi terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan dengan hanya mengibarkan Jalur Gemilang?

Adakah kita cukup adil apabila mengatakan kita telah pun hadam dalam menghayati erti kemerdekaan dengan hanya berseronok dan bersuka ria sedangkan generasi terdahulu ada yang terpaksa menggadai harta bahkan nyawa semata-mata untuk mencapai kemerdekaan. cuba kita imbas kembali sejarah 50 tahun dahulu, di mana rakyat jelata terpaksa merasai keperitan hidup dengan hanya ubi kayu sebagai santapan sekeluarga pada dinihari denngan pendapatan tidak menentu, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. hiudp pula sering diselubungi ketakutan dek askar penjajah yang tak berperikemanusiaan. bermalam dengan hanya suluhan lampu minyak tanah atau dalam keaadaan gelap gelita. Kanak2 tidak mendapat pendidikan formal. Kini kita sebagai generasi pasca kemerdekaan hidup dalam kemewahan, sering dimanjakan dengan keseronokan dan tiada lagi momokan dari musuh yang mampu mengganggu gugat keselamatan kita. seharusnya kita bersyukur dengan apa yang kita kecapi ketika ini dan sanjunglah hasil usaha generasi terdahulu. Janganlah kita menjadi pemutus mata-mata rantai kemerdekaan hasil kesinambungan perwira-serikandi kemerdekaan.

Pengunduran British dari Tanah Melayu sebenarnya bukan menandakan bahawa mereka menyerah kalah dan percaya kepada kewibawaan pemimpin kita.Mereka tidak akan meninggalkan apa yang mereka perolehi begitu sahaja. Tengok saja jarum2 yang cuba disuntik ke dalam aliran darah bangsa kita. Virus yang disuntik menjadi kudis yang hilang pedoman dirinya.

Begitu juga dalam aspek spiritual, kita masih lagi dijajah. Lihat saja anak muda yang bakal memimpin negara kelak, mereka telah dimunkan dengan anasir2 negatif barat yang melalaikan dan kadangkala memeningkan, yang tidak mementingkan norma2 kehidupan. Mengapakh kita perlu mengagungkan budaya kuning ini sedangkan 'inang dan zapin' kita lupakan. Anasir2 inilah yang akan melumpuhkan, merencat dan membantutkan pembanguna negara.

Sabtu, 4 Ogos 2007

Nasihat atok

Sejauh mana kita meletakkan rasa syukur kita kepada Maha Pemberi segalanya. Pernahkah kita menyebut, at least 'terima kasih Allah' setiap kali mendapat sesuatu yang baik?

Kita sering lupa berbuat demikian kerana acap kali rasa terima kasih hanya didasarkan pada manusia sedangkan setiap rezeki yang kita peroleh itu adalah dari Allah semata-mata.

Apa yang kita rasa apabila orang berterima kasih kepada kita setelah diberikan sesuatu seperti hadiah. Adakah kita akan rasa dihargai? tentu ya. Bukan bermaksud Allah rasa dihargai apabila kita mengucapkan kata syukur, tetapi adalah sifat seorang muslim yang molek kiranya kita dapat berbuat begitu.

Bersyukur merupakan salah satu kewajipan muslim kepada Allah. Ini dapat dibuktikan dengan peribadi Rasulullah itu sendiri. Walaupun baginda telah dijamin masuk syurga, namun baginda tetap menyempurnakan ibadah kepada Allah siang dan malam sehingga bengkak kakinya. Apabila ditanya oleh isterinya Aisyah mengapa baginda begitu rajin beribadah, lalu baginda menjawab 'Salahkah aku menjadi hamba-Nya yang bersyukur?'

"Bersyukurlah, nescaya akan aku tambahkan nikmatmu'

Cerita atok

Ini adalah pesanan Dr Khalil al-Haya mewakili HAMAS di Palestin untuk umat Islam di Malaysia. Beliau telah berada di Malaysia pada tarikh 11 Mei-17 Mei 2006 untuk siri kempen "Bersama Menyokong Rakyat Palestin dan kerajaan HAMAS". Pesanan ini telah diterjemahkan oleh Maszlee Malik di atas permintaan Dr Khalil)

Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan dunia. Selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu jugalah kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa?, hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Ila Allah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.

Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui. Pengusiran dari rumah, kampung halaman, dan juga tanah watan. Dibunuh, diseksa, ditembak, dibom, dibantai, disembelih dan apa-apa lagi perbuatan tidak bertamadun yang boleh diungkapkan, telah kami lalui. Generasi berganti generasi, umat Islam di Palestin tetap sabar dan komited untuk terus kekal dan mempertahankan tanah air mereka. Ianya adalah jihad, ianya adalah kemuliaan, ianya adalah bukti yang ingin kami bawa sebagai mahar ke syurga nanti. Semoga Allah menerima pengorbanan kami ini.

Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui.


Ketika di waktu awal penjajahan, kami, saudara anda dari gerakan Islam telah menjadi barisan utama perjuangan. Selepas beberapa waktu, gerakan Islam telah dibantai penjajah. Pembantaian itu walau bagaimanapun tidak cukup untuk melemahkan kami. Sehinggalah di zaman Jamal Abdul Naser, sepertimana saudara-saudara kita di Mesir dibantai, kami juga turut menerima kesannya. Semenjak tarikh tersebut,gerakan Islam terpaksa kembali ke bawah tanah. Kmai telah menumpukan usaha untuk pembinaan semula struktur perjuangan. Usaha pendidikan, dakwah, tarbiyyah dan kebajikan telah menjadi agenda utama kami. Kami laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Sehinggalah di pertengahan 80'an. Apabila arus sekular telah mula jemu dengan perjuangan. Ketika arus sekular yang asalnya memandu perjuangan rakyat Palestin telah mula lesu. Kami mula memunculkan diri sebagai peneraju perjuangan rakyat Palestin. Perjuangan kami berbeza dengan perjuangan sebelum ini. Perjuangan kami adalah berteraskan Islam dan kami membawa mesej ummah. Perjuangan kami bukan hanya sekadar ingin memerdekakan sekeping tanah, tetapi untuk memandu kebangkitan umat Islam semula dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini.

HAMAS, semenjak hari pertama penubuhannya telah menjadikan jihad sebagai jalan utama untuk memerdekakan bumi Palestin. HAMAS juga telah menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya. HAMAS juga telah memberikan nyawa ahli-ahli mereka untuk tujuan tersebut. HAMAS juga telah berjanji dengan rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam untuk terus komited dengan perjuangan mereka. HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami.

Selepas hampir 20 tahun berjuang, Allah memberikan hasilnya kepada perjuangan HAMAS. Kami diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah mereka. Kemenangan ini, walaupun indah, namun ianya merupakan ujian yang getir bagi kami. Kemenangan tersebut merupakan era baru perjuangan HAMAS. Kami terpaksa menambahkan satu lagi ruang di dalam perjuangan kami, iaitu ruangan politik pemerintahan. Semakin bertambahnya beban, semakin tingginya perngorbanan.

HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja.


Buat umat Islam di Malaysia, andalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Hati-hati kita telah diikat dengan fikrah dan aqidah yang sama. Kita telah dihimpunkan di dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita telah ditakdirkan untuk bersama di dalam perjuangan dengan manhaj yang sama. Kami adalah wakil anda di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan anda. Pemerintahan kami adalah pemerintahan anda. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta Islam di seluruh dunia. Tidakkah anda sedar perkara ini?, jika anda tidak sedarkan perkara ini siapakah lagi yang akan menyedarinya???

Umat Islam di Malaysia sekelian, menjadi pemerintah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi memerintah di dalam fasa penjajahan dan peperangan. Apatah lagi jika pemerintahn itu hanyalah memerintah sebuah negara yang tidak berdaulat dan dinafikan kedaulatannya. Apatah lagi apabila memerintah sebuah negara yang menjadi sasaran keganasan penjajah Zionis yang didokongi oleh kuasa besar dunia yang zalim. Apatah lagi pemerintahan tersebut adalah mewarisi pemerintahan sebelumnya yang meninggalkan beban hutang sebanyak USD 3 billion di dalam akaun kerajaan. Inilah realiti kerajaan yang kami terajui. Inilah juga realiti kerajaan yang diterajui oleh HAMAS di Palestin. Inilah realiti kerajaan yang mewakili anda semua di seluruh dunia.

Sehingga kini, para pegawai kerajaan, termasuk para menteri, tidak menerima gaji semenjak 3 bulan yang lalu. Tahap pengangguran telah mencaai 31% di Gaza dan Tebing Barat. Bekalan makanan dan petrol semakin berkurangan. Ubat-ubatan di hospital semakin kehabisan. Baru-baru ini, tiga orang bayi telah meninggal di hospital di Gaza kerana ketiadaan ubat-ubatan yang mencukupi. Pelajar-pelajar tidak akan dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat. Hatta, persidangan parlimen (Majlis Legaslatif) kami di Gaza hampir-hampir dibatalkan kerana kekurangan kertas.

Mengapa ini semua?, ianya adalah kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin oleh rejim Zionis, AS dan juga EU. Tekanan yang dikenakan hanya semata-mata rakyat Palestin telah memilih calon yang mereka inginkan di dalam pilihanraya yang lalu. Tekanan yang dikenakan kerana kami enggan menurut ugutan mereka supaya mengiktiraf penjajahan Zionis. Tekanan juga dikenakan kerana kami ingin mempertahankan diri kami daripada dibunuh oleh pihak penjajah. Sampai bilakah tekanan ini akan berakhir?

Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD 55 juta sebulan tidak pernah dipulangkan kepada rakyat Palestin.Rejim Zionis telah mengambilnya dari kami dan tidak pernah dipaksa untuk memulangkannya kepada kami. Mengapa tiada kuasa yang memaksa rejim Zionis untuk memulangkannya. Mereka juga telah menutup laluan udara, darat dan laut kepada tanah Palestin. Ekonomi kami berada di tangan rejim Zionis kerana perjanjian gila dan bodoh yang telah dipersetujui oleh kerajaan sebelum ini. Walau bagaimanapun, kami tidak mengharapkan itu semua.

Kami yakin, saudara-saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seaqidah kami akan dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seaqidah kami di seluruh dunia akan dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung kepada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?

Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini.


Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Kami hanya mempunyai dua pilihan. Pertamanya, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf Israel demi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang kedua adalah teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk kepada tekanan. Kami telah memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang ke titisan darah terakhir kami. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah. Kami tidak akan sekali-kali tunduk kepada tekanan. Malangnya rakyat hanya boleh bertahan selama enam bulan. Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?, perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?


Umat Islam di Malaysia sekelian,

Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.

Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kai tidak akan memaafkannya.

Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.


Umat Islam di Malaysia,

Kami mengharapkan agar anda bersikap pro-aktif. Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.

Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi pengerusi OIC untuk melakukan sesuatu.

Kami juga berharap dari anda untuk melakukan kempen kesedaran, dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam untuk turut membantu rakyat Palestin.

Kami juga inign melihat anda menjadi juara di peringkat antarabangsa di dalam kempen kesedaran ini.

Banjiri media anda dengan isu Palestin dan al-Aqsa. Halakan mereka untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Kepalailah usaha serantau untuk tujuan tersebut, andalah harapan kami.

Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam doa-doa anda sekelian. Berdoalah agar kami thabat di dalam perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami. Berdoalah agar kami dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini...

Allah Akbar!!!

Saudaramu,
Khalil Ismail al-Haya
Ketua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin,
14 Mei 2006.

.....................................................................................

Itulah yang dinamakan peringatan sinis buat kita semua yg so call bersaudara dan juge mempunyai tautan ukhuwwah yg mantap. Rasenye lebih padan jika dikatakan umat islam yang mengambil langkah menyendiri ni sebgai org yg pentingkan diri sendiri atau syok sendiri. Asalkan kita senang, selamat cukuplah. Kita x pernah rasa penderitaan yang sahabat2 kita hadapi. Bukan meminta tetapi at least biarlah kita turut sama2 menghulurkan bantuan kepada mereka ni.Atok yakin dan percaya, jika semua umat bersatu. Insyaallah, ISLAM akan ditegakkan di muka bumi ALLAH ini.

"Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara kamu"

Jumaat, 3 Ogos 2007

Bebel atok














Permulaan ilmu adalah mendengar sebaiknya..kemudian memahaminya...sesudah itu mengingatinya..dan akhir sekali diamalkan dan disebarkan...

Benda2 mcm ni sebenanya dah basi kite dengar.Sepatutnya dah hadam dalam kepala masing2. Tp tu la, x de inisiatif langsung nak b'ubah ataupun yg ok skit wujudlah golongan yg dinamakan "golongan insaf 7 minit"(ade ke? main sedap tulis je ni). Same le mcm org yg tgh tulis ni. X tau le sbab ape. Nak kate malas, patutnya x leh malas. Ye la, org ISLAM mane ade yg malas (sepatutnye)
Tp rasa-rasa itulah sbab utamanye 'kot' (X nak ngaku lg tu). Ye la, ngaku le utk amik hati. Hermmm...kadang-kadang keikhlasan tu mmg malu ntuk ditunjukkan (atok je la kot). Wahai atok, belajar lah rajin2. Dah tua-tua pun kena belajar lagi. Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.

"Menuntut ilmu wajib ke atas setiap muslim dan muslimat"

Surah pertama yang diturunkan iaitu surah Al-Alaq pun menceritakan mengenai ilmu

Selasa, 24 Julai 2007

Nasihat atok

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..

-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

Isnin, 23 Julai 2007

Nasihat atok


Sedar tidak sedar, sebenarnya method dakwah itu terlalu banyak dan sangat luas cakupannya. Kita sering terperangkap dengan istilah2 yg dilihat signifikasi dengan gerak kerja dakwah seperti usrah dan ceramah2 di surau atau masjid. Memang ini adalah method utama yang dilihat banyak menyumbang kepada dakwah itu sendiri. Dengan pemikiran beginilah sesetengah org cuba bersifat ”self-esteem” dengan mengatakan mereka tidak layak utk bagi ceramah atau tazkirah kerana tidak mempunyai ilmu yg byk. Ini sedikit sebanyak telah merencatkan kesinambungan gerak kerja dakwah itu sendiri.

Marhalah dakwah terbahagi kepada tiga:

1.Marhalah ta’arif iaitu peringkat pengenalan dakwah kepada setiap lapisan masyarakat.
2.Marhalah takwin iaitu peringkat pembentukan, memilih para pendokong dan dipilih daripada mereka yang menerima seruan dakwah
3.Marhalah tanfiz iaitu peringkat perlaksanaan, beramal berusaha untuk mencapai tujuan.

Sesiapa sahaja makhluk di dunia ini berhak menerima dakwah. Dan setiap umat islam deiseru supaya menyampaikan dakwah kepada umum.

Hadith Nabi Muhammad s.a.w:

”Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat”

Melihatkankan skop penyampaian dakwah itu sendiri, methodnya adalah terlalu luas. Hatta memberi salam kepada sesama muslim pun sudah dikira dakwah asalkan niatnya adalah ikhlas. Itu antara contoh kecil yang boleh dilazimi setiap hari dan setiap masa.

Telah menjadi wabak bagi sebahagian umat islam dewasa ini di mana kebanyakannya cuba mengambil sikap ”play-safe” dlm menyampaikan dakwah kerana takut akan diserang kembali atau di maki hamun. Sikap ini perlu dikikis sama sekali memandangkan ia akan melambatkan lagi proses kemenangan Islam. Perjuangan mana yang tidak menempuh kesukaran, sedangkan Nabi Muhammad pun adakalanya dicerca dan diejek malah dibaling batu sehingga bertakung darah dalam sepatunya.

Marilah sama-sama kita menyeru kepada yang ma’aruf dan mencegah perkara2 yang mungkar. Semoga kita mendapat rahmat dan kasih sayang dari –Nya.

“Serulah manusia ke jalan TuhanMu dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan
bantahlah mereka dengan cara yang baik”
(Surah Al-Nahl: Ayat 125)