Ahad, 12 April 2009

Nik Aziz Menangis Dengar Amy Menyanyi

Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengakui begitu tersentuh hati apabila mendengar nyanyian Amy terutama mendendangkan lagu-lagu berentak ketuhanan. "Sampai mengalir air mata saya mendengar Amy menyanyikan lagu-lagu begini dan apabila artis rock menyampaikan lagu-lagu ketuhanan ia telah menolak tanggapan negatif terhadap mereka," katanya. Beliau berkata, untuk menyampaikan mesej keislaman tidak semestinya hanya para ulama dan tok guru tetapi penyanyi rock juga berupaya menyampaikan mesej yang sama. "Apa pun kepada penyanyi saya nasihat jangan salah gunakan suara ke jalan yang tidak baik," katanya.
....................................................................................

sedangkan artis rock boleh menyampaikan lagu dgn baik sehingga menyentuh hati para ulama', di mana peranan kita yang mengaku sebagai pendokong dakwah?

Khamis, 12 Mac 2009

Krisis Politik Perak, Malaysia - Kertas Kerja Wan Mutalib

Oleh : Dato' Hj Wan Abd Muttalib Embong

A. PERLEMBAGAAN
Perlembagaan adalah suatu undang-undang dan peraturan asas yang dikanunkan oleh se sebuah Negara atau Negeri yang berdaulat bagi kepatuhan kepada suatu sistem untuk menjalankan pemerintahan dan pelaksanaan dalam mentadbir Kerajaan Negeri atau Negara berkenaan

Chambers Twentieth Century Dictionary mentaarifkan:
“.. the act of constituting a system of laws and customs established by the sovereign power of a state for its own guidance: an established form of governmenat”


Terjemahan: “… suatu perbuatan menghimpun satu sistem undang-undang dan adat oleh kuasa kedaulatan sesebuah negara/negeri bagi menjadi asas panduan untuk pemerintahan kerajaan”

E.C.S Wade & G. Godfrey Phillips dalam buku mereka ‘CONSTITUTIONAL LAW’ 7th Edition memberi pentafsiran berikut:

‘By a constitution is normally meant a document having a special legal santity which sets out the framework and the principal functions of the organs of government of a State and declares the principles governing the operation of those organs’.

Terjemahan: “Perlembagaan dalam keadaan biasa bermaksud satu dokumen yang mempunyai kekuasaan perundangan khusus yang meletakan prinsip asas dalam pembahagian kuasa Kerajaan sesebuah negeri yang akan mengisytiharkan kaedah-kaedah pelaksanaan atau operasi prinsip- prinsip pemerintahan”

B. PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Antara peruntukan Perlembagaan Malaysia yang relevan dalam perbincangan hari ini ialah:-

Perkara 4 : Undang-undang Utama Persekutuan Perkara 39 : Kuasa Pemerintahan Persekutuan Perkara 40 : Yang DiPertuan Agong hendaklah bertindak mengikut Nasihat Perkara 43: Jemaah Menteri PERUNTUKAN DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Perkara 4 - Undang-undang Utama Persekutuan (1) Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu.

Perkara 39 - Kuasa Pemerintahan Persekutuan Kuasa pemerintahan bagi Persekutuan adalah terletak pada Yang diPertuan Agong dan, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadua Kedua, kuasa itu bolehlah dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Meenteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh dengan undang-undang memberi tugas-tugas pemerintahan kepada orang-orang lain.

Perkara 40 - Yang diPertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat.
(1) Pada menjalankan tugas-tugasnya di bawah Perlembagaan ini atau di bawah undang-undang Persekutuan, Yang diPertuan Agong hendaklah bertindak mengikit nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan ini; tetapi Yang diPertuan Agong adalah berhak, atas permintaannya, mendapat apa-apa maklumat mengenai pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri.
(2) Yang diPertuan Agong boleh bertindak menurut budibicara nya pada melaksanakan tugas-tugas yang berikut, iaitu:-
(a) melantik seorang Perdana Menteri,
(b) tidak mempersetujui permintaan membubar Parlimen;
(c) meminta supaya diadakan suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan mengambil apa-apa tindakan dalam mesyuarat itu, dan dalam apa-apa hal yang tersebut dalam Perlembagaan ini.

(3) Undang-undang Persekutuan boleh membuat peruntukan bagi menghendakki Yang diPertuan Agong bertindak pada menjalankan tugas-tugas yang lain daripada yang berikut, selepas berunding dengan atau atas syor mana-mana orang atau kumpulan orang yang lain daripada Jemaah menteri-

(a) tugas-tugas yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya;
(b) tugas-tugas lain jika untuk menjalankannya peruntukan ada dibuat dalam mana-mana Perkara lain.
Perkara 43 - Jemaah Menteri
(1) Yang diPertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatkannya dalam hal menjalankan tugas-tugasnya.

(2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti berikut, iaitu-
(a) Yang diPertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mengetui Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada pendapatnya akan mendapat kepercayaan sebilangan besar (majoriti) ahli-ahli Dewan itu; dan
(b) atas nasihat Perdana Menteri, Yang diPertuan Agong hendaklah melantik Menteri-menteri lain dari antara ahli-ahli mana-mana Majlis Parlimen,

(3) Jemaah Menteri ……………………………

(4) Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli Dewan Rakyat maka, Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri, melainkan jika atas permintaannya Yang diPertuan Agong membubarkan Parlimen.

(5) Tertakluk kepada Fasal (4), Menteri-menteri yang lain daripada Perdana Menteri adalah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang diPertuan Agong, melainkan jika perlantikan mana-mana Menteri telah dibatalkan oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, tetapi mana-mana Menteri boleh meletakkan jawatannya.

C. PERLEMBAGAAN NEGERI PERAK

Perkara VII :

Sultan Memerintah Mengikut Undang-Undang “ His Royal Highness shall act towards all his subjects and all persons commorant within the State in an impartial manner, governing according to law” “DYMM hendaklah memberi layanan kepada semua rakyat Baginda dan kesemua orang yang tinggal dalam negeri dengan kesaksamaan dan memerintah mengikit undang-undang. …..”. PENJELASAN DYMM dalam setiap masa dan dalam semua keadaan sebagai Raja hendaklah menerima hakikat bahawa kesemua hak-hak dan kepenting rakyat diberi kesaksamaan tanpa mengambil kira keturunan, agama, budaya dan apa tah lagi fahamnan politik. Ini bermakna pilihan rakyat dalam mana-mana pilihanraya dan keputusannya hendaklah diberi penghormatan termasuklah hak untuk membentuk kerajaan dan melaksanakan pemerintahan mengikut dasar parti masing-masing selagimana ianya dibuat dalam pengertian undang-undang yang berkuatkuasa atau undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

Perkara X :
Kuasa Pemerintahan
“Kuasa eksekutif negeri hendaklah terletak kepada DYMM dan dilaksanakan, melainkan diperuntukan oleh Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan ini, oleh DYMM atau oleh EXCO atau oleh mana-mana ahli EXCO yang diberi oleh MMKN, tetapi fungsi eksekutif boleh melalui undang-undang diberi kepada mana-mana pihak berkuasa.”

PENJELASAN Dalam istilah Perlembagaan dan pemerintahan Demokrasi berPerlimen dan Raja berPerlembagaan, DYMM Paduka Seri Sultan adalah sebahagian daripada Kerajaan dan pemerintahan. Oleh itu Kuasa Eksekutif negeri adalah terletak kepada DYMM tetapi fungsi eksekutif (executive function) bolehlah melalui undang-undang diturunkan kepada seseorang lain atau pihak-pihak berkuasa (authorities). Namun demikian semua kuasa memerintah bagi negeri hendaklah dibuat di atas nama kebawah DYMM.

Perkara XII :
Perlantikan Menteri Besar
“(1) DYMM hendaklah melantik, dengan surat perlantikan yang ditandatangani oleh Baginda dan memakai Mohor Negeri, seorang Menteri Besar menurut peruntukan perenggang (a) kepada Fasal 2 Perkara XVI”.

(2) Tiada sesiapa boleh dilantik sebagai Menteri Besar melainkan ianya adalah seorang keturunan Melayu dan menganuti Agama Islam: Dengan syarat DYMM boleh di atas budibicara Baginda mengenepikan sama ada satu atau kedua-kedua kehendak peruntukan dalam Fasal terdahulu berkait dengan keturunan dan Agama Islam bilamana dalam pertimbangan Baginda ianya adalah lebih berketepatan untuk berbuat demikian.”

PENJELASAN Perlantikan Menteri Besar Selepas Pilihanraya Umum Kuasa perlantikan Menteri Besar adalah hak mutlak DYMM dan tidak boleh dilakukan oleh orang lain. Kuasa yang boleh dilakukan dengan budibicara sendiri DYMM ini akan dilaksanakan mengikut Perkara XII (1) dan XVI (2) (a).

Tiada peruntukan dimana-mana dalam Perlembagaan Negeri Perak yang memberi kuasa secara jelas kepada DYMM untuk memecat/membatalkan perlantikan Menteri Besar yang telah dilantik Baginda. Perkara XVI (2) (a) berbunyi:
“DYMM hendaklah mula-mulanya melantikan dahulu Menteri Besar untuk mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan seorang ahli Dewan Negeri yang pada pandangan Baginda akan mendapat kepercayaan kebanyakan ahli-ahli Dewan itu;” dan

Perlantikan Dalam Masa Dewan Dibubarkan
Perkara XVI (2) memberi kuasa kepada DYMM untuk melantik Menteri Besar dalam keadaan Dewan dibubarkan iaitu dengan melantik seorang daripada Ahli Dewan Negeri sebelum ianya dibubarkan tetapi perlantikan itu hendaklah tidak boleh dilanjutkan sehingga selepas persidangan pertama Dewan Negeri yang baru melainkan Menteri Besar itu juga adalah Ahli Dewan yang baru.

Pilihanraya Ke 12 / Penubuhan Kerajaan Negeri
Adalah suatu fakta sejarah yang unik di Malaysia khususnya di Negeri Perak yang berlaku selepas keputusan Pilihanraya umum ke 12 (08.03.2008). Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah Negeri Perak sejak Negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 tanpa putus. Dalam Pilihanraya Ke 12 Parti-parti yang bertanding adalah: BN, PAS, PKR dan DAP.

BN tidak mendapat majoriti kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Perak yang keputusannya adalah seperti berikut:-
(1) Barisan Nasional (BN) - 28 kerusi
(2) Parti Islam SeMalaysia (PAS) - 06 kerusi
(3) Parti Keadilan Rakyat (PKR) - 07 kerusi
(4) Democratic Action Party (DAP) - 18 kerusi
Jumlah - 59 kerusi

BN tidak menuntut/memaklumkan hasrat mereka kepada DYMM untuk menubuh Kerajaan Baru. PAS. PKR dan DAP yang tidak bergabung dalam Pilihanraya, telah bermuafakat dan bersetuju untuk memohon perkenan Ke Bawah DYMM Paduka Seri Sultan untuk menubuh Kerajaan Baru dengan gabungan yang dipanggil Pakatan Rakyat (PR).

Penggunaan Kuasa DYMM – Perkara XII dan XVI (2) (a)
Paduka Seri Sultan telah memberi kuasa penyiasatan awal kepada Paduka anakanda Yang Teramat Mulia Raja Muda untuk mendapatkan keyakinan Baginda jika Pakatan Rakyat benar-benar memiliki dan boleh mendapat kepercayaan majoriti dalam Dewan Negeri Perak. Kesemua 31 orang Ahli Dewan dari Pakatan Rakyat telah dipanggil mengadap dan memberi pengakuan dan pengesahan bertulis di atas kemuafakatan yang akan diberi dalam Dewan Negeri nanti. Kesemua ke 31 Ahli Dewan daripada gabungan Pakatan Rakyat itu telah melafaz sembah persetujuan dan dimaklumkan telah diberi pengakuan secara bertulis:- (1) Bersetuju mengabungkan diri dalam membentuk Kerajaan Baru dengan panggilan Kerajaan Pakatan Rakyat; dan
(2) Bersetuju menamakan Tuan Haji Ir. Mohammed Nizar bin Jamaliddin sebagai Menteri Besar. Dengan itu terbentuklah Kerajaan Baru, Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Perak dimana DYMM melalui instrument yang ditandatangani sendiri oleh Baginda Paduka Seri Sultan melantik Tuan Haji Ir. Mohammed Nizar bin Jamaliddin sebagai Menteri Besar.

Perkara XXXVIA : Perlantikan Speaker

Setelah Kerajaan Baru Perak tertubuh, Dewan Negeri diperkenan oleh DYMM untuk bersidang dan YB V. Sivakumar telah dilantik Speaker mengikut Perkara XXXVIA (1)(a). Di atas perlantikan tersebut Kerajaan Perak telah bejalan dalam keadaan normal dan pengurusan Negeri telah dilaksanakan.

Perkara XVIII : Sultan Hendaklah Bertindak Mengikut Nasihat
(1) Pada menjalankan kewajiban-kewajiban Baginda menurut Perlembagaan Negeri ini atau mana-mana jua undang-undang atau sebagai seorang ahli Majlis Raja-Raja maka hendaklah DYMM bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan atau nasihat seorang ……………………”

(2) DYMM bolehlah bertindak dengan timbangan Baginda sendiri untuk menjalankan kewajiban-kewajiban di bawah ini (selain daripada kewajiban-kewajiban yang boleh dijalankan oleh Baginda mengikut timbangan Baginda sendiri menurut Perlembagaan persekutuan) iaitu:-
(a) Melatik menteri Besar,
(b) Menagguhkan (withholding) persetujuan Baginda berkenaan dengan permintaan hendak membubarkan Dewan Negeri,

(3) Tiada apa-apa dalam Perkara ini akan menjejaskan mana-mana peruntukan dalam mana-mana bahagian Perlembagaan yang menghendakki DYMM bertindak di atas nasihat atau dengan persetujuan mana-mana orang selain daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

PENJELASAN
Menjalankan Kuasa Budibicara (Perkara XVIII (2) (a) dan (b) Peruntukan yang memberi kuasa bertindak di atas budibicara DYMM dalam melantik Menteri Besar itu tidak pula memberi kuasa kepada DYMM memecat Menteri Besar kerana Menteri Besar adalah milik Dewan Negeri. Berbeza dengan perlantikan Speaker yang perlantikannya adalah kuasa dan hak Dewan Negeri dan pembatalan perlantikannya juga adalah hak Dewan Negeri.

Permintaan Perkenan Pembubaran Dewan
Permintaan perkenan oleh YAB Menteri Besar kepada DYMM supaya Dewan Negeri dibubarkan adalah pada pandangan saya suatu permintaan di bawah Perkara XVIII (4) dimana DYMM boleh menangguhkan perkenaan Baginda dan mengarahkan Menteri Besar supaya terlebih dahulu balik kepada Dewan Negeri bagi menentukan sama ada Menteri Besar masih boleh menguasai sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan.

Perkara XVI: Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Hilang Majoriti Dewan
Perkara XVI (6) Perlembagaan Perak berbunyi: “If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council”.

Terjemahan “Jikalau Menteri Besar tidak lagi mendapat kepercayaan daripada kebanyakan Ahli-Ahli Dewan Negeri, maka ketika itu, melainkan di atas permintaannya DYMM membubarkan Dewan Negeri, hendaklah ia menawarkan keberhentian Majlis Mesyuarat Kerajaan”

PENJELASAN
Sepertimana yang diperjelaskan di atas tadi, Menteri Besar yang hilang kepercayaan majoriti Dewan akan meletak jawatan bersama-sama EXCOnya dan dengan itu akan membuka laluan kepada Pilihanraya baru/semula untuk mendapat mandat baru rakyat. Tidak ada peruntukan dalam Perlembagaan Negeri Perak yang membolehkan DYMM memanggil kumpulan lain untuk menubuh Kerajaan. Kuasa itu hanyalah diperuntukan kepada DYMM selepas keputusan Pilihanraya Umum sahaja.

Dalam masalah Perak, YAB Menteri Besar yang merasakan kedudukannya tergugat oleh hilangnya tiga (3) orang Ahli Dewan daripada Pakatan Rakyat telah pun secara berperlembagaan memohon perkenan DYMM supaya Dewan Negeri dibubarkan sebelum undi tidak percaya berlaku. Perbuatan sebegini adalah lumrah dan biasa dalam negeri yang mengamalkan demokrasi untuk diserah balik kepada kuasa rakyat untuk membuat penentuan.

D. PERMULAAN PERMASAALAHAN
Pada 26hb. Januari, 2009 Ahli Dewan Negeri, Bota YB Datuk Nasaruddin bin Hashim daripada UMNO-BN telah mengisytiharkan keluar parti UMNO dan melomapt masuk Parti Keadilan (PR). Ekoran daripada peristiwa itu dua (2) orang EXCO ia-itu:-
(i) YB Jamaluddin bin Mohd Radzi - ADUN Behrang dan
(ii) YB Osman bin Jailu - ADUN Cangkat Jering
didapati hilang dan gagal menghadiri urusan Kerajaan. Berbagai cerita dan berita telah tersebar melalui berbagai sumber. Spekulasi juga dibuat oleh berbagai saluran sumber mengenai kekalutan politik di Perak. Akhirnya terdedahlah bahawa dua (2) orang EXCO yang hilang itu yang juga sedang dalam proses pembicaraan kes rasuah ke atas mereka akan meninggalkan parti.

Dalam keadaan yang mula kelamkabut itu YB Speaker Dewan Negeri diberitakan telah menerima surat perletakan jawatan dua Ahli Dewan yang juga kedua-duanya EXCO telah tidak datang menjalankan tugas mereka.

Berasaskan kepada surat perletakan jawatan itu, YB Speaker telah memaklum kan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tentang berlakunya kekosongan dua kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu:-
(a) Kawasan Dewan Undangan Negeri Behrang, dan
(b) Kawasan Dewan Undangan Negeri Changkat Jering. Megikut pengumuman yang dibuat, SPR tidak boleh menolak surat perletakan jawatan dua orang ADUN (EXCO) tersebut itu, di atas alasan ketidaksahihan surat perletakan jawatan mereka dan memutuskan tidak akan mengadakan pilihan- raya kecil bagi kedua-dua Kawasan Dewan Undangan (a dan b) tersebut.

Permohonan Pembubaran Dewan
Pada 4hb Februari, 2009 YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar, Perak (YAB MB) telah diperkenan mengadap Ke Bawah DYMM Paduka Seri Sultan di mana YAB MB telah memohon sembah yang beliau sebagai ketua Kerajaan Negeri perlukan kepada mandat baru daripada rakyat dan memohon perkenan Paduka Seri Sultan supaya Dewan Negeri Perak dibubarkan.

DYMM menangguhkan perkenan kepada permintaan YAB MB dalam majlis mengadap itu.

Gangguan Barisan Nasional
Pada 5hb Februari, 2009 DYMM Paduka Seri Sultan telah memberi perkenan permohonan mengadap oleh YAB Datuk Seri Mohd Najid Razak, Timbalan Perdana Menteri, Malaysia selaku Pengerusi, Badan Perhubungan Barisan Nasional, Perak (BN Perak).

YAB Datuk Seri Mohd Najid telah memaklum sembah bahawa BN Perak dan penyokongnya dapat mengumpulkan sebanyak 31 kerusi yang menjadikannya memiliki majoriti dalam Dewan Negeri Perak dan dengan itu memohon perkenaan membentuk Kerajaan.

DYMM Paduka Seri Sultan telah memerintahkan kesemu 31 Ahli Dewan Undangan Negeri yang di sembahkan oleh YAB Datuk Seri Mohd Najid untuk mengadap bagi mendapat kepastian sokongan mereka. Kesemua 31 Ahli Dewan itu memberi jawaban yang positif.

Selepas majlis tersebut, mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Istana, DYMM Paduka Seri Sultan telah berpuashati bahawa YAB MB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin telah hilang kepercayaan majoriti dalam Dewan Negeri. Dengan menggunapakai peruntukan di bawah Article XVIII (2) (b) Perlembagaan Negeri Perak, DYMM Paduka Seri Sultan telah memutuskan untuk mengguna kuasa budibicara DYMM Paduka Seri Sultan bagi tidak memberi perkenan kepada permintaan YAB MB untuk membubarkan Dewan Negeri.

Perlantikan Menteri Besar Kedua
Mengikut kenyataan yang dipetik sebagai berkata “Kenyataan di keluarkan dengan titah DYMM Paduka Seri Sultan Perak” pada 06hb Februari, 2009:
“…Jika YAB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar bersama-sama ahli-ahli EXCOnya, jawatan Menteri Besar dan EXCO adalah di anggap kosong”
Tiada peruntukan ‘Takliq’ dalam Perlembaggan Perak yang membolehkan jawatan Menteri Besar dan EXCO menjadi kosong melainkan mengikut:-
(a) Perkara XVI (6) - hilang majoriti dalam Dewan
(b) Perkara XVI (7) - pemberhentian di atas nasihat Menteri Besar/ letak jawatan

dan dengan itu akan membolehkan perlantikan Menteri Besar Baru bersama-sama EXCO yang baru dalam keadaan Kerajaan Negeri telah sedia ada.

Tindakan di Luar Peruntukan Perlembagaan
DYMM sepertimana juga Menteri Besar, Speaker, dan Ahli-Ahli Dewan, setelah dilantik sedemikian tidak tidak memiliki kuasa Perlembagaan untuk bertindak diluar peruntukan Perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada dan berkuatkuasa. DYMM tidak memilik kuasa untuk bertindak sebagai badan penyaisat atau mengambil kuasa Dewan Negeri dengan memanggil 28 ADUN BN dan 3 ADUN bebas dan dengan itu membuat pengesahan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat telah kehilangan kepercayaan majoriti Ahli-Ahli Dewan Negeri. Kuasa budibicara melantik Menteri Besar yang ada kepada DYMM di bawah Perkara XVIII (2) (a) adalah kuasa dalam ketiadaan Kerajaan dan selepas keputusan pilihanraya umum diumumkan. Kuasa perlantikan Menteri Besar itu hendaklah dibaca bersama dengan Perkara XVI (2) (a).

Perlantikan YB Dr. Zambry bin Abdul Kadir
Jelas daripada peruntukan Perlembagaan Negeri Perak bahawa perlantikan YB Dr. Zambry bin Abdul Kadir itu dibuat tidak mengikut Perlembagaan dan di luar daripada peruntukan Perlembagaan Negeri Perak dan ianya adalah satu perlantikan yang tidak sah dan ‘illegal’.
(a) Ianya tidak dibuat lanjutan daripada keputusan Pilihanraya mengikut Perkara XII atau XVI (2) (a), atau
(b) Perkara XVI (2) – dalam masa Dewan dibubarkan
(c) Menteri Besar yang dilantik secara sah masih ada.

Apa Yang Sepatutnya di Lakukan Oleh DYMM
Untuk memelihara ketegakan dan ketelusan penggunaan kuasa Raja supaya ianya tidak sahaja dilihat sebagai tidak berpihak, tetapi ianya hendaklah benar-benar dilakukan secara adil dan tidak memihak serta telus oleh DYMM dan dalam keadaan yang sedemikian DYMM sepatutnyalah:-
(a) memberi perkenan kepada permintaan Menteri Besar Datuk Seri Ir. Mohammad Jamaluddin, untuk serah kembali kepada penentuan suara rakyat iaitu pilihanraya baru negeri, atau
(b) memberi perkenan kepada persidangan Dewan Negeri dan memberi peluang kepada YAB Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin menguji kebolehpercayaan Dewan Negeri kepadanya.

Penolokan Pembubarab Dewan
YAB MB telah di perintah mengadap dan telah dimaklumkan keputusan DYMM Paduka Seri Sultan yang tidak memperkenankan pembubaran Dewan Negeri berasaskan peruntukan Article XVI (6) Perlembagaan Negeri Perak dan seterusnya telah memerintahkan YAB MB In Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar bersama-sama EXCOnya dan jika YAB MB gagal berbuat demikian jawatan Menteri Besar dan kesemua EXCO hendaklah dianggap telah dikosongkan dengan sertamerta.

KENYATAAN DARI ISTANA
“Selepas menerima mengadap kesemua 31 Ahli Dewan Undangan, DYMM Paduka Seri Sultan telah yakin yang YAB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah hilang keyakinan sebilangan besar Ahli Dewan Undangan”

DYMM Paduka Seri Sultan telah mempertimbangkan sepenuhnya permohonan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pada 4hb Februari, 2009 sebelum mengunapakai kuasa budibicara Paduka Seri Sultan di bawah Article XVIII (2) (a) untuk melanti Menteri Besar.

YAB MB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bersama-sama EXCOnya memilih untuk tidak meletakkan jawatan dan bertegas bahawa perlantikan beliau sebagai Menteri Besar akan hanya boleh dilucutkan oleh Dewan Undangan Negeri melalui undi tidak percaya (vote of no confidence) dan meneruskan tugas-tugas bersma-sama EXCOnya.

Peruntukan Perkara XVI (6)
“If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council”

PNJELASAN
Peruntukan Perlembagaan dalam Article XVI (6) sepatutnya dimengertikan megikut perkataan dalam ayat itu sendiri dan tidak diambil pengertian yang lain. Ianya jelas mengatakan bahawa ‘Jika Menteri Besar hilang keyakinan sebilangan besar Ahli Dewan’. Keyakinan itu mestilah datang dari dalam Dewan dan dibuat oleh Ahli Dewan dalam persidangan Dewan dan bukannya dalam penyiasatan oleh DYMM Paduka Seri Sultan dengan mengambil pengakuan daripada Ahli Dewan. Tiada peruntukan dalam mana-mana Perkara dalam Perlembagaan Negeri Perak yang membolehkan DYMM Paduka Seri Sultan mengambil kuasa Dewan Negeri melalui pengakuan daripada Ahli Dewan untuk menentukan kehilangan kepercayaan Dewan terhadap seseorang Menteri Besar atau Kerajaan yang memerintah. Itulah kedudukan ‘Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan’.

Berbeza dengan keadaan perlantikan YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin terdahulu kerana pada ketika itu belum ada perlantikan dan belum ada pembentukan kerajaan. Peruntukan Perlembagaan adalah iaitu:
Perkara XVI
“(1) Duli Yang Maha Mulia hendaklah mula-mula melantikkan dahulu Menteri Besar untuk mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan seorang ahli dewan negeri yang pada fikiran Baginda boleh mendapat kepercayaan kebanyakan ahli-ahli dewan itu’; dan (
2) Baginda hendaklah dengan nasihat Menteri Besar itu melantikan tidak lebih daripada 10 dan tidak kurang daripada enam orang ahli-ahli yang lain diantara ahli-ahli dewan negeri.

Yang keduanya ialah DYMM Paduka Seri Sultan diberi kuasa dibawah Perkara XVI (2) (a) Perlembagaan untuk membuat perlantikan Menteri Besar mendahului mana-mana perlantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang lain (EXCO). Selepas perlantikan Menteri Besar dibuat maka di atas nasihat Menteri Besar, Baginda akan melantik ahli-ahli EXCO. Tiada peruntukan Perlembagaan yang memberi kuasa kepada DYMM Paduka Seri Sultan untuk melucutkan atau membatalkan perlantikan Menteri Besar setelah ianya dilantik melainkan melalui undi tidak percaya dalam Dewan Negeri.

Berbeza dengan perlantikan dan pelucutan jawatan mana-mana ahli EXCO yang memegang jawatan dalam masa perkenan Ke Bawah DYMM Paduka Seri Sultan. Itu pun DYMM Paduka Seri Sultan hanya boleh memberhentikan ahli EXCO di atas nasihat Menteri Besar yang mana DYMM Paduka Seri Sultan akan menerima nasihat Menteri Besar itu mengikut:-

Perkara XVIII

(1)“Pada menjalankan kewajiban-kewajiban Baginda menurut Perlembagaan Negeri ini atau mana-mana jua undang-undangatau sebagai seorang ahli Majlis Raja-Raja maka hendaklah Duli Yang Maha Mulia bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan …….”

E. KRISIS POLITIK DI PERAK

1. Perlantikan Menteri Besar Kedua
Pada 6hb Februari, 2009 DYMM Paduka Seri Sultan telah memberi perkenan untuk melantik YB Dato’ Dr. Zambry Abdul Kadir ADUN Pangkor sebagai Menteri Besar. Ianya menjadikan adanya Menteri Besar kedua bagi Negeri Perak. Perlantikan itu telah bermulanya perbalahan politik dan krisis Perlembagaan di Negeri Perak.

YAB Dato’ Dr. Zambry, sebagai Menteri Besar (kedua) seterusnya diperkenankan oleh DYMM Paduka Seri Sultan untuk membentuk Kerajaan Negeri dengan perlantikan enam (6) orang EXCO. Bilangan yang dilantik terkurang empat (4) orang daripada bilangan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Negeri. Perbuatan itu menunjukkan suatu kejangalan bilamana Menteri Besar Kedua dan Perdana Menteri telah berikrar bahawa perubahan kerajaan di Negeri Perak akan memberi peluang kepada rakyat negeri untuk menikmati pembangunan dan pertumbuhan yang lebih pesat serta perkhidmatan dan kebajian yang lebih mesra rakyat.

2. Dua Kerajaan Dalam Satu Masa
Dengan perlantikan dan pemasyhuran kerajaan baru pimpinan BN itu bererti Negeri Perak mempunyai dua Menteri Besar dan dua Kerajaan dalam satu ketika. Siapa pun mendakwa lebih berkuasa dan sah permasalaahan itu telah samapai kepada cabang ketiga pemisahan kuasa organ pentadbiran negaraiaitu Mahkamah. Yang mendukacitakan ialah institusi istana turut terlibat secara langsung, dipertikai dan dipersendakan. Ada pula yang mengambil kesempatan (UMNO-BN) untuk melebelkan anti perajaan, penderhakaan dan berbagai-bagai lagi desakan untuk pelaksanaan undang-undang yang akan menzalimkan sebahagian rakyat. Yang dibimbangkan ialah purak puranda, perbalahan kaum dan kehancuran kepada satu sistem yang selama ini telah pun diterima semua rakyat.

3. Kuasa Yang Terhalang
YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bersama-sama EXCOnya bertegas untuk meneruskan mandat rakyat dan kuasa Perlembagaan yang diamanah ke atas mereka. Manakala Menteri Besar kedua, YAB Dato’ Dr. Zambry pula, tanpa segan silu berkeras dengan dakwaan bahawa beliaulah Ketua Kerajaan yang sah dan memulakan pemerintahannya dengan segala kemudahaan dan sokongan daripada Kerajaan Pusat dan jentera Kerajaan.

Fenomina berganding kuasa sebegitu bukanlah menjadi suatu perkara luar biasa dalam pemerintahan dan pentadbiran di Malaysia. Terdahulunya ada usaha untuk manabalkan Raja kedua di Kelantan oleh UMNO, tetapi tidak kesampaian. Kemudian dalam krisis kepimpinan kesatuan pekerja, kita pernah lihat wujudnya dua Kesatuan Pekerja. UMNO yang dibatalkan pendaftarannya didaftarkan semula dengan nama UMNO Baru dan dengan telanan masa kembali menjadi UMNO bersekali dengan usia UMNO lama.

4. Tindakan Mahkamah
YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin telah mengemukakan tuntutan kesahihan ke mahkamah. Dalam keadaan kemelesetan keyakinan keadilan dan keraguan ketulusan pentadbiran kehakiman sekarang ini maka adalah terlalu awal untuk mana-mana orang yang dahagakan keadilan untuk meletakkan harapan melihat keadilan. Oleh itu rakyat bolehlah memberi sokongan kepada hasrat majoriti umum yang disokong oleh President, Malaysian Bar supaya mandat rakyat diminta semula melalui pembubaran Dewan Negeri yang akan sekaligus menyelesaikan masaalah walau pun dalam keadaan ketelusan SPR masih dalam keraguan umum.

5. Tindakan Speaker
Pada 19hb Februari, 2009 YB Speaker Dewan Undangan Negeri, YB V Sivakumar telah memanggil YAB Dato’ Dr. Zambry dan kesemua enam (6) orang EXCOnya untuk menjawab pertuduhan dihadapan Jawatankuasa Terpilih (Committee of Privileges) Dewan lanjutan daripada aduan daripada YB Wong Kah Woh, Ahli Dewan Undangan Negeri, Canning, kerana telah berlaku pelanggaran Peraturan-Peraturan Dewan oleh YAB Datuk Dr. Zambry dan enam (6) orang EXCO baru di atas sebab telah mengambilalih Kerajaan Negeri melalui cara yang tidak berperlembagaan.
Jawatankuasa Terpilih telah bertindak di bawah Seksyen 72 Peraturan Dewan untuk mendengar keterangan dan pembelaan daripada ketujuh-tujuh mereka yang dipanggil. Setelah mendengar dan delebrasi dibuat Jawatankuasa Terpilih telah berpuas hati bahawa kesemuanya gagal memberi pembelaan yang munasabah dan wajar dan dengan itu telah membuat rumusan bahawa terbukti perbuatan salahlaku oleh ketujuh-tujuh mereka dan menjatuhkan hukuman berikut yang akan disahkan oleh persidangan Dewan:-
5.1 YAB Dato’ Zambry (MB) - Digangtung dari menghadiri sidang Dewan selama 18 bulan; dan
5.2 Enam (6) EXCO digantung dari menghadiri sidang Dewan selama 12 bulan

F. SIDANG KHAS DEWAN NEGERI Pengesahan Dewan
YB Speaker telah memangil sidang khas Dewan yang antara lain:-

1.1 Untuk mendapatkan pengesahan (endorsement) ke atas keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Terpilih mengenai penggantungan YB Datuk Dr. Zambry dan keenam-enam EXCO yang didapati telah melakukan kesalahan kerana merampas Kerajaan Negeri Perak melalui cara yang tidak berperlembagaan.

1.2 Untuk membuat keputusan bagi dipersembah perkenan DYMM supaya Dewan negeri dibubarkan.

G. PENUTUP
Krisis Politik dan krisis Perlembagaan di Negeri Perak itu akan memakan masa yang lebih panjang daripada jangkaan awal semua pihak. Sekarang telah berlaku banyak tindakan mahkamah diambil yang akan melibatkan masa, kedudukan kuasa perundangan, hak-hak tersendiri tiga (3) cabang kuasa yang sepatutnya terasing iaitu:-
(1) Kuasa Dewan (Legislature),(
2) Kuasa Eksekutif, dan
(3) Kuasa Kehakiman.
Dalam ‘doktrin’ pemisahan kuasa Dewan memiliki kuasa yang tersendiri dalam menentukan urusan dan prosedurnya. Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Dewan tidak boleh dipersoalkan dalam Mahkamah. Fungsi Mahkamah ialah untuk mentafsirkan undang-undang yang diluluskan oleh Dewan/Parlimen dan tidak boleh menyoal kesahihan perosidur Dewan dan kewajaran hukuman yang dibuat oleh Dewan seperti penggantungan hak seseorang Ahli Dewan.

Walau pun pada ketika ini kuasa Speaker dilihat telah terhalang oleh kuasa jahat eksekutif (Pentadbiran dan Polis) yang menghalang sidang Dewan yang dipanggil oleh Speaker, kuasa Speaker masih tidak terjejas. Speaker hanya boleh dibatalkan perlantikan/pecat oleh Dewan yang akan bersidang. Mahu tidak mahu Dewan diwajibkan bersidang dalam satu tempoh yang tidak melebihi enam (6) bulan dalam satu-satu masa. Bilamana Kerajaan Kedua mahu mengadakan sidang Dewan, Speaker yang sama juga akan memanggil Dewan. Dalam masa itu Speaker masih boleh menggunakan kuasanya dalam mengurus kendalikan kerja-kerja Dewan mengikut kuasa yang diberi kepadanya oleh Perlembagaan dan Peraturan Tetap Dewan.

Disedikan oleh:
Dato’ Wan Abd Muttalib bin Embong
07.03.2009






Note: *Kertas kerja ini telah di bentangkan didalam seminar Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu yang diadakan pada 9.3.2009 di Markas Tarbiyah PAS Kuala Terengganu.

Sabtu, 7 Mac 2009

Wajarkah PPSMI diteruskan?

MENOLAK USAHA MENERUSKAN PELAKSANAAN PENGAJARAN SAINS, MATEMATIK DAN TEKNOLOGI DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI) DI PERINGKAT SEKOLAH HINGGA IPT
(12 SEPTEMBER 2008 / 12 RAMADHAN 1429H)


1. Pengendalian Persidangan Meja Bulat anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang cuba mendapatkan pandangan tentang PPSMI telah dilaksanakan secara “tidak adil” dan “laporannya” dalam akhbar juga “mengelirukan”. Tiga daripada lima orang pembentang bukannya berbicara tentang PPSMI tetapi tentang kepentingan menguasai bahasa Inggeris yang tidak pun dinafikan oleh kami. Kami bimbang akan kemunculan watak-watak “pembesar” seperti dalam cerita “Maharaja dengan Baju Barunya” yang hanya mengiyakan bahawa baju raja cantik walaupun raja sebenarnya tidak berbaju. Lagipun semasa hendak mengubah ke bahasa Inggeris dahulu tiada meja bulat pun dan tidak pun ditimbulkan tentang kesan ekonomi perbukuan bahasa Melayu. Apakah meja bulat ini hanya untuk mengaburi mata orang ramai saja kerana pengerusinya tidak dapat membuat kesimpulan secara objektif dan tepat. (Contoh pertemuan 27 Ogos 2008 yang lalu – rujuk The Star dan Utusan Malaysia 28.8.08 dan catatan wakil ASASI di www.prihatin.net).

2. Bagaimana pemimpin kerajaan boleh mempertahankan tindakan yang terang-terang melanggar Akta? Tindakan ini dilakukan secara sembunyi-sembunyi. Kononnya dua mata pelajaran tetapi ternyata kini bahawa sebenarnya lebih 80% kursus di sekolah menengah dan IPT telah diajar dalam bahasa Inggeris. Ini adalah benar dan bukannya andaian palsu. Apabila ini sudah berlaku maka Akta mungkin akan dipinda atas alasan fait accompli dan hancurlah bahasa Melayu. Soalan “adakah kita mahu meneruskan PPSMI atau tidak” sebenarnya samalah maknanya dengan soalan “adakah kita mahu meneruskan usaha menghancurkan bahasa Melayu dalam bidang sains dan teknologi?” (rujuk Siri Bicara Bahasa Bil.15, 2002 terbitan PLM & DBP). Kami sedia berdebat tentang kehancuran bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini.

3. Kajian yang “lebih” jujur dan tidak berkepentingan oleh pelbagai pihak termasuk oleh Prof. Emeritus Datuk Dr. Isahak Haron dan kajian Prof. Dr. Norhashimah Jalaluddin di bawah payung UKM-DBP misalnya menunjukkan mereka yang di bandar dan mereka yang dari keluarga yang berpendapatan tinggi mendapat manfaat dari PPSMI manakala majoriti pelajar luar bandar lebih terdera. Dengan PPSMI jurang antara bandar dan luar bandar semakin melebar. Yang menjadi mangsa pasti majoritinya Melayu kerana mereka kira-kira 70% penduduk luar bandar dan ini amat tidak adil kerana mereka dinafikan pendidikan berkualiti.

4. Tujuan seluruh usaha ini ialah untuk meningkatkan penguasaan BI pelajar. Tetapi ini telah dilakukandengan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan budaya tinggi. Penyelesaian ini seperti kata pepatah Melayu, lain yang luka lain yang dibebat. Tidak pernah dibuktikan di mana-mana di dunia, mengajar sains dan matematik boleh meningkatkan penguasaan bahasa. Pelaksanaan PPSMI di negara bekas jajahan British di Afrika dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Perancis di negara bekas jajahan Perancis di Afrika tidakpun memajukan negara tersebut, malah tinggal mundur dan miskin walaupun bahasa negara termaju digunakan. Hanya Amerika Syarikat, Britain, Australia dan New Zealand wajar melaksanakan PPSMI.

5. Kemungkinan besar tindakan ini untuk menutup kegagalan Kementerian dalam usaha mencari kaedah yang sesuai untuk mengajar bahasa Inggeris. Tegasnya Kementerian mestilah mencari kaedah mengajar bahasa Inggeris yang sesuai dan berkesan.

6. Kerajaan mestilah belajar dari pengalaman. Dalam tahun 60-an Kerajaan telah “mengusir” keluar tulisan jawi daripada bilik darjah. Akibatnya 40 tahun kemudian akhbar tulisan jawi menjadi tidak lagi berdaya maju, menjadi sisipan saja kepada akhbar tulisan rumi. Sekarang kerajaan sekali lagi “mengusir” keluar bahasa Melayu daripada bilik darjah “sains dan teknologi”. Kemungkinan besar 40 tahun lagi akhbar berbahasa Melayu tidak akan berdaya maju dan akan menjadi sisipan saja kepada akhbar Inggeris dan Mandarin. Pada waktu itu bahasa Melayu bukan lagi bahasa ilmu dan budaya tinggi. Sejarah akan mendera kita lagi.

7. Gesaan kami agar pihak berkuasa mengembalikan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang telah berjaya dan dipersetujui bersama-sama. Kembalikanlah kewibawaan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini sebagai penghantar sains, matematik dan teknologi di sekolah rendah, sekolah menengah dan di IPT. Jika pertukaran dilakukan di peringkat sekolah rendah sahaja, dan/atau sehingga di sekolah menengah sahaja, akan hanya merupakan tindakan “melepas batuk di tangga”. Bahasa Melayu tetap hancur di negaranya sendiri. Kesan negatif akibat PPSMI telah melarat-larat dengan keghairahan pemimpin besar dan kecil sehingga menghina dan memperkecil bahasa rasmi/bahasa kebangsaan dalam semua aspek kehidupan di negara ini sebagai bahasa rasmi, ilmu dan perhubungan di negara ini sehingga DBP pun seolah-olah sudah “mati” dan tidak berwibawa lagi.

8. Malaysia bukan England, bukan Amerika, bukan India, bukan Taiwan, bukan Singapura. Malaysia adalah Malaysia yang dahulunya Persekutuan Tanah Melayu yang sejarahnya bermula sejak sebelum kerajaan Melayu Melaka lagi. Kembalikanlah bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara kita seperti sebelum tahun 2003. Kepemimpinan Melalui Teladan. Hormatilah keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang negara, (Rukun Negara ke-3 dan ke-4).

9. Rancangan untuk menjadikan keputusan UPSR pada tahun ini sebagai salah satu penentu penerusan PPSMI juga amat tidak logik dan membelakangi ilmu perancangan pendidikan. Bahasa Melayu tetap hancur dan musnah akibat PPSMI, keputusan dan angka juga boleh berubah-ubah dan soalan juga masih dwibahasa.

DENGAN INI KAMI BADAN-BADAN BUKAN KERAJAAN YANG BERIKUT (SEBAHAGIAN BESARNYA MEMANG MEMBANTAH PPSMI SEJAK URA-URA HENDAK DILAKSANAKAN PADA TAHUN 1996 DAHULU LAGI (LIHAT ASRAF, MANIFESTO BUDAYA PUPUS BAHASA PUPUSLAH BANGSA, 1996, PLM:KL DAN BUKU MENGAPA KAMI BANTAH SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS, ABDULLAH HASSAN, PTM:KL) MENDESAK LAGI SEKALI SUPAYA PPSMI YANG DILAKSANAKAN SEKARANG INI DIBERHENTIKAN SERTA-MERTA DAN KEMBALI KEPADA DASAR SEBELUM 2003.


1) KUMPULAN PRIHATIN
2) PERSATUAN LINGUISTIK MALAYSIA (PLM)
3) ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)
4) AKADEMI SAINS ISLAM MALAYSIA (ASASI)
5) MAJLIS PROFESOR SAINS DAN TEKNOLOGI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
6) WADAH PENCERDASAN UMAT (WADAH)
7) PERSATUAN PENTERJEMAH MALAYSIA (PPM)
8) PERS.KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)
9) INSTITUT ALAM TAMADUN MELAYU,UKM (ATMA)
10) PERS. PENULIS NASIONAL (PENA)
11) PERS.EKSEKUTIF & USAHAWAN BUMIPUTERA MALAYSIA (PESUMA)
12) PERS.BEKAS PELAJAR ITM (PBP-ITM)
13) PERS.SULUH BUDIMAN (PSB)
14) PERS.MAHASISWA ISLAM TIMUR TENGAH (PBMTT)
15) PERS. PENGAJIAN MELAYU MALAYSIA (PPMM)
16) PERS. SENIMAN MALAYSIA (SENIMAN)
17) GABUNGAN PERS.PENULIS NASIONAL MALAYSIA (GAPENA)
18) TERAS PENGUPAYAAN MELAYU (TERAS)
19) GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS)
20) PERT.TINDAKAN WANITA ISLAM (PERTIWI)
21) PERS.ALUMNI SEKOLAH ALAM SHAH (PASAS)
22) KESATUAN SEKERJA DBP
23) PERSATUAN PENULIS KUALA LUMPUR (KALAM)
24) PERSATUAN PENULIS JOHOR (PPJ)
25) PERSATUAN PENULIS MUAR
26) PERS. ULAMA MALAYSIA PULAU PINANG (PUMPP)
27) GABUNGAN MAHASISWA DARULAMAN (PERSADA)
28) GABUNGAN MAHASISWA BERSATU PERAK (BERSATU)
29) KESATUAN GURU MELAYU MALAYSIA BARAT(KGMMB)
30) PERSATUAN SAINS KEADAAN PEPEJAL (PSKP)
31) PERS.BIOLOGI GUNAAN MALAYSIA
32) PERS.SAINS MATEMATIK MALAYSIA
33) MAJLIS PROFESOR SAINS DAN TEKNOLOGI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
34) KESATUAN PELAJAR ISLAM PERAK (KPIP)
35) KESATUAN PELAJAR ISLAM JOHOR (KPIJ)
36) GAMIS
37) PERSATUAN PENDIDIK INSAN NEGERI SEMBILAN (PPINS)
38) IKATAN PENGKAJIAN ISLAM PAHANG (IKATAN)
39) PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN DAN SELANGOR
DARUL EHSAN (PEPIAS)
40) PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN ISLAM NEGERI KEDAH (PERSIDA)
41) PERSATUAN KEBAJIKAN ISLAM SARAWAK (PERKEPIS)
42) KESATUAN PELAJAR ISLAM MELAKA (KPIM)
43) PERSATUAN PEMBIMBING PELAJAR ISLAM KELANTAN (PPIK)
44) PERSATUAN PEMBIMBING PELAJAR ISLAM PULAU PINANG (PEMBIMBING)
45) PERSATUAN KEBAJIKAN PELAJAR ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (PPIWP)
46) PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA (PSM)
47) PERSATUAN BAHASA MELAYU UNIVERSITI MALAYA (PBMUM)

Sabtu, 22 November 2008

Kemarau Di Hati
Munsyid : Mestica



Rintik hujan daun kebasahan
Kenangan larut di arus rindu
Malam gelap zulumat yang menutup sinaran
Kemarau hati semakin memilu

Hanya gemersik angin dari pohon-pohon
Yang mengimbau ingatan meramas nurani
Bak amukan gelora yang menghempas di dada
Resah sendumu menggamit derita
Berderaian di mata

C/O
Yang pulang pergi usahlah dirintih
Doakan saja dikurnia sejahtera
Apalah diratap dengan tangis keharuan
Leraikan hiba pujuklah hatimu
Pemergiannya iktibar buatmu

Usah dianyam sepi dengan kesedihan
Tak terhalang segala kehendak Ilahi
Dituruti rasa tak sampai ke mana
Duka dan lara melemahkan jiwa
Simpanlah di hati

Bila sampai di garis sempadan
Perahu usia di hentian terakhir
Tiada pun sesaat detiknya dipertangguh
Hidup direntas ketentuan takdir
Kemarau hati biarkan berlalu?

Jumaat, 21 November 2008

Nasihat atok

Cerita atok

Harga minyak: Rakyat bagi subidi 38 sen kepada kerajaan


Analisis Isu Oleh exumno

" Kerajaan disifatkan seperti 'Along' yang memungut hutang apabila hanya menurunkan harga minyak pada kadar RM2 walaupun harga pasaran di pam ialah RM1.62 sen. Menurut Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar kerajaan berbuat demikian hanya untuk mengutip kembali rebat tunai minyak yang pernah diberikan ketika harga minyak melambung beberapa bulan lalu.

"Kini kerajaan umpama Along, turunkan harga minyak jadi RM2, sedangkan Menteri KPDNHEP, Dato' Shahrir Samad mengakui harga sepatutnya di pam ialah RM1.62 sen tanpa subsidi kerajaan," kata Mahfuz ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurut Mahfuz, dengan harga minyak RM2 juga, rakyat terpaksa membayar cukai kepada kerajaan sejumlah 38 sen seliter, dan inilah cara kerajaan mengutip kembali rebet yang pernah diberikan.

Tidak dinafikan kerajaan masih terus memberikan rebet tersebut hari ini apabila rakyat memperbaharui cukai jalan, namun sedikit demi sedikit kerajaan mengutipnya dengan cara cukai 38 sen seliter, dakwa Mahfuz.


Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkifly Ahmad bersetuju dengan fakta bahawa rakyat membayar harga minyak pada kadar RM2 seliter ini dengan turut membayar cukai kepada kerajaan.

Beliau berkata demikian ketika mencelah dalam penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2009 bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di Parlimen padi tadi.

Mengulas lanjut perkara yang ditimbulkan di Dewan Rakyat itu, Dr Dzulkifly menyatakan, penyelididkan yang dibuat PAS mendapati rakyat sebenarnya tidak lagi perlu dibayar oleh kerajaan untuk menanggung harga minyak.


"Satu tong minyak mentah yang ada 159 liter tergantung kepada convertion ratio nya menunjukkan samada kita guna minyak mentah pada harga USD 60 atau USD 70 satu tong,

"Kedua-dua nya menunjukan harga pada pam (stesen minyak), kalau diambil kira USD 60 setong harga di pam ialah RM1.32 sen seliter, kalau harga ambil USD 70 setong maknanya RM1.64 sen seliter," katanya.

Kini harga minyak berada pada sekitar USD 60 hingga USD 70 setong, justeru kata Dr Dzulkifly menyatakan kerajaan tidak lagi beri subsidi kepada rakyat.


Sebaliknya pada harga minyak di pam seliter RM2.00 yang diumumkan kerajaan hari ini makanya rakyat lah yang membayar cukai kepada kerajaan, katanya.

Dalam jawapannya, Menteri KPDNHEP, Dato' Shahrir Samad mengakui hakikat yang dinyatakan Dr Dzulkifly bahawa harga minyak pada harga pam hari ini menyebabkan rakyat membayar cukai.

Ujar Shahrir, apapun yang dilakukan dalam perkiraana ia harus dimasukkan margin, seperti mana sebenarnya pada 17 November bila kita buat perkiraan harga purata mengikut USD 63.1 dan harga tanpa subsidi dalam RM1.62,

"Saya dah maklumkan, dan sebenarnya juga pada Oktober dua minggu pertama harga pada peringkat USD85.48 dan dua minggu akhir Oktober ialah pada 76.45 USD.

"Kalau kita lihat Oktober sahaja harga tanpa subsidi RM2.26 sen, ini bermakna harga komersil,. dan ketika itu dalam Oktober kita turunkan pada RM 2.15 sen," jelas Shahrir.

Menurut Shahrir pada September harga tanpa subdsidi ialah pada RM2.77 sen tetapi harga di pam 2.45 sen sementara pada Ogos RM 2.85 sen namun kerajaan turunkan kepada RM2.55 sen.


Ujar Shahrir lagi, bagi bulan Ogos, September dan Oktober harga yang di pam ialah lebih rendah daripada harga komersil.

Dalam keadaan itu kerajaan memberikan subsidi yang dijanjikan di bawah skim penstrukturan semula subsidi, katanya.

Tetapi pada bulan Oktober harga minyak turun dengan cepat, subsidi yang ditawar kerajaan untuk petrol sahaja telah kurang daripada RM344 juta Spetember kepada RM15 juta.

Dalam kes penurunan pada bulan November hari ini harga pada RM2 bukanlah subsidi yang dibayar rakyat kepada kerajaan sebaliknya ialah cukai. _
"

Sabtu, 8 November 2008

Cerita atok


Perang Konspirasi Dajjal : Tugasan Obama (Bahagian 2)


oleh Ibnuyaacob

FASA PENYERAHAN TUGASAN PERANG

Kemenangan Barrack Obama pada 5 November 2008 lepas adalah suatu yang luar biasa. Ia bukanlah kerana Obama itu makhluk asing tetapi beliau ialah manusia kulit hitam pertama yang berjaya memegang tampuk pemerintahan Amerika Syarikat.

Kita amat hairan kerana rakyat Amerika selama ini amat dikenali dengan sikap perkauman warna kulit mereka. Tambahan pula sejak berlakunya kejadian 11 September 2001. Api perkauman menyemarak dengan pantas sehingga mengakibatkan berlakunya beberapa tragedi pembunuhan orang awam Muslim.

Namun begitu, ramai penganalisis politik dan sosio-budaya antarabangsa khususnya pensyarah-pensyarah universiti gemar membuat tanggapan positif. Kemenangan Obama banyak dikaitkan oleh penganalisis-penganalisis ini sebagai perubahan sikap perkauman rakyat Amerika.

Selain itu, kemenangan Obama juga dianggap sebagai petanda baik kepada masyarakat Muslim di barat. Dasar-dasar Amerika di Timur Tengah dan negara-negara Islam di Asia juga dijangka akan mengalami suhu yang positif.

Presiden Baru Dengan Misi Baru

Walau bagaimana pun, kami melihat perkembangan kemenangan ini dengan tanggapan yang berlainan. Sesungguhnya kami memandang negatif kepada setiap langkah politik Demokrat dan Republikan di Amerika Syarikat. Ini kerana tiada suatu pun perkara baik yang dilaksanakan oleh Amerika Syarikat semenjak ia ditubuhkan.

Perkara baik yang kami maksudkan ialah dasar-dasar terhadap negara Islam.

Conspiracy Theorist terkenal iaitu Texe Marrs pernah memberi komen pada awal kempen Demokrat bahawa kedua-dua parti (Republikan & Demokrat) adalah dari rumah yang sama iaitu Illuminati. Pendedahan tentang rahsia di sebalik kedua-dua parti ini diterangkan dengan teliti oleh Texe Marrs dalam ceramahnya yang bertajuk “The Synagogue of Satan and the Dancing Marionettes of the Democrat and Republican Party.”

Kami percaya Barrack Obama adalah percaturan beberapa kelompok pelobi zionis Israel yang sudah berbusut di Amerika sejak sekian lama. Kumpulan-kumpulan ini adalah pencatur, penganalisis, penyebar propaganda dan perancang bagi segala macam dasar di Amerika.

Biasanya kumpulan percaturan ini dikenali sebagai kelompok Neo-Konservatif. Mereka terdiri dari ramai orang dan pelbagai organisasi. Ahli-ahli mereka bekerja dalam keadaan yang sangat berfokus dan ianya dianggotai dari pelbagai jenis lapangan bidang ilmu.

Percaturan kumpulan Neo-Konservatif ini dijangka telah menemui capaian keputusan bersama bahawa Barrack Obama adalah individu paling layak menerima ‘tugasan baru’ selepas George Bush jika hendak dibandingkan dengan John McCain.

Sejarah Tugasan Presiden Amerika Terhadap Negara Islam

1. George H.W. Bush (1989 - 1993) - Perang Iraq (17 Januari 1990)
2. Bill Clinton (1993 - 2001) : Pengeboman Iraq (26 Jun 1993), Operasi Desert Strike (Sept 1996), Operasi Northern Watch (1 Januari 1997), Operasi Desert Fox (16 Disember 1998) dan Operasi Southern Focus (Jun 2002)
3. George W. Bush (2001 - 2008): Perang Afghanistan (7 Oktober 2001) dan Perang Iraq (20 Mac 2003)

Daripada 3 orang presiden di atas, Bill Clinton adalah presiden paling tidak cemerlang dalam menjalankan operasi ‘menghentam’ Iraq. Operasi Desert Fox 1998 dianggap gagal dan Clinton dianggap gagal menjalankan ‘tugasan’ sebagai presiden Amerika.

Clinton dilihat hanya berjaya menjalankan operasi-operasi kecil ketenteraan sahaja. Kegagalan Bill Clinton diakui oleh bapa Neo-Konservatif Yahudi iaitu Dr. Henry Kessingger dalam satu temuramah dengan Margaret Warner pada 21 Disember 1998. Kessingger menyimpulkan Operasi Desert Fox itu sebagai gagal secara keseluruhan dalam menghapuskan Iraq.

Takrifan Tugasan Baru Obama

‘Tugasan baru’ yang dimaksudkan bukanlah portfolio-portfolio yang ditinggalkan oleh George Bush ketika menjadi presiden tetapi ia berupa bentuk misi sulit yang lebih kepada ‘terjahan’ kepada negara-negara Islam.

Misi Obama kali ini sudah pasti suatu bentuk peperangan versi baru yang terpaksa dipikulnya untuk kesinambungan tugasan kumpulan Neo-Konservatif yang bercabang di bawah organisasi Illuminati.

Tidak dapat dipastikan bagaimana peranan yang bakal dimainkan oleh Barrack Obama dalam perang konspirasi Dajjal nanti. Adakah Obama akan membawa Amerika sebagai negara penyokong dana sahaja atau memastikan Amerika juga terlibat sama dalam peperangan ini?





(Kiri) Timothy F. Geithner (Kanan) Richard S. Fuld

Kami percaya Obama adalah penyambung kepada tugasan yang diberikan pemerintah Illuminati kepada Timothy F. Geithner dan CEO Lehman Brohters, Richard S.Fuld.

Geithner dan Fuld telah dilihat berfungsi sebagai penyumbang modal kepada Israel manakala Obama dilihat sebagai pelindung kepada operasi Israel melalui penggunaan kuasa veto di PBB.

Obama dan Israel

Kita harus teliti dalam hal peranan sebenar Obama ini terhadap negara-negara Islam. Kemenangan Obama disambut baik oleh pemimpin-pemimpin Israel dan akhbar-akhbar utama Israel pula mendefinasikan kemenangan tersebut sebagai ‘kepulihan demokrasi kaum’ di Amerika.

Namun, negro ini kemungkinan lebih memberi ancaman kepada negara-negara Islam kerana tanda-tanda ancaman itu telah pun dijelaskan oleh Obama sendiri dalam ucapannya di persidangan AIPAC pada Jun lalu.

Dalam ucapannya Obama ada menyebut;

“….I want you to know that today I’ll be speaking from my heart and as a true friend of Israel.”

“Those who threaten Israel threaten us… I will bring to the White House an unshakable commitment to Israel’s security.”

“I will insure that Israel can defend itself from any threat from Gaza to Tehran. Defense cooperation, defense cooperation between the United States and Israel is a model of success and it must be deepened.”

“We should work - we should work with Israel, increasing scientific collaboration and join research and development. The surest way to increase our leverage in the long-term is to stop bankrolling the Iranian regime.”

(Gambar) Obama ketika melawat tembok suci Israel.

Operasi Perang Di Bawah Obama

Kami tidak yakin negro ini bersikap positif terhadap negara -negara Islam. Semasa di persidangan AIPAC pada Jun lepas sahaja, Obama telah menghentam Iran dengan keras dan ucapannya tentang Iran hampir meliputi 60% dari teks ucapan keseluruhan.

Operasi perang yang mungkin tercetus di bawah regim Obama kemungkinan bersifat perlindungan politik terhadap Israel. Ini berdasarkan undian online yang dibuat oleh akhbar Haaretz mendedahkan 47% pembaca akhbar Yahudi itu mahukan Obama mengeluarkan tentera Amerika dari Iraq.

Kita tidak boleh pandang ringan keputusan undian secara online ini. Walaupun sistem ini kecil tetapi ia menggambarkan suara hati pembaca dan pelayar internet.

Kita kemungkinan boleh mengetahui pengaruh sistem undian online ini selepas 20 Januari 2009 apabila Obama membentangkan polisi ketenteraannya ke atas Iraq.

Sekiranya askar Amerika dikeluarkan dari Iraq, merit Obama dikalangan pemimpin negara-negara Islam akan melambung tinggi. Merit yang tinggi adalah ‘kunci’ untuk Obama mempengaruhi pemimpin negara-negara Islam agar mengikat perjanjian-perjanjian politik palsu dengan Amerika kelak.

Timothy F.Geighner dan Barrack Obama

Dalam artikel lepas iaitu Perang Konspirasi Dajjal : Lehman Brothers (Bahagian 1) telah kami terangkan bagaimana Geithner memainkan peranannya sebagai ‘penerima tugasan’. Kini kita lihat pula kenapa Geithner dan Obama dipilih untuk melaksanakan tugasan Illuminati itu.

Timothy F.Geithner (penggerak kejatuhan ekonomi dunia) adalah berketurunan Yahudi tulen dan pernah belajar di Sekolah Antarabangsa Bangkok. Semasa menuntut di Dartmouth Colleage, beliau mengambil pengkhususan dalam bidang Government and Asian Studies pada 1983.

Kemudian Geithner menyambung pula master di John Hopkhin University khusus dalam bidang International Economics and East Asian Studies. Pengetahuan luas tentang ekonomi Asia yang dimiliki Geithner dilihat mencurigakan apabila beliau adalah orang pertama yang memutuskan mengadakan mesyuarat persediaan kejatuhan Lehman Brothers pada 13 September 2008.

Perlu kita ketahui juga Geithner adalah calon yang disebut-sebut akan menerajui sebagai Treasury Secretary dalam pentadbiran Obama kelak. Jika perlantikan Geithner kelak menjadi kenyataan, maka adalah tidak dapat disangkal lagi bahawa Obama menerima ‘tugasan’ perang.

Penilaian yang kami buat ini merujuk kepada latar belakang Geithner sendiri yang merupakan anak didik Dr. Henry Kissengger. Selain itu, Geithner juga merupakan ahli pertubuhan Yahudi paling berpengaruh iaitu Council on Foreign Relationship dan Bilderberg Group.

Wallahu’alam…

Cerita atok




Perang Konspirasi Dajjal : Lehman Brothers (Bhgn 1)


oleh Ibnuyaacob

FASA PENGUMPULAN DANA PEPERANGAN

Seperti dijangka oleh ramai conspiracy theorist, kini bunga-bunga peperangan mula kelihatan. Dengan masih menjalankan kaedah klasik, golongan Illuminati nampaknya kali ini mengunakan pula konglomerat Lehman Brothers sebagai isu ekonomi dunia.

Kita tidak tahu negara manakah yang bakal terlibat dengan peperangan besar kali ini. Siapakah presiden yang bakal berhadapan dengan presiden Amerika atau Israel?

Namun para pemerhati politik lebih cenderung untuk bersetuju bahawa Israel sendiri akan berperang.

Semua ini adalah teka-teki di depan mata yang hanya menunggu masa untuk meletus dalam akhbar-akhbar dunia. Kita juga tidak tahu bilakah peperangan tersebut akan berlaku.

Namun apa yang pasti perang antara 2 negara besar akan berlaku dan perang itu bukanlah Perang Dunia Ketiga atau Armageddon. Perang itu lebih kepada antara blok Pro-Zionis dan Blok Pro Anti Zionis.

Isu Lehman Brothers dan Bailout Luar Biasa

Keganjilan dalam isu ekonomi di Amerika ialah secara tiba-tiba Presiden kepada Federal Reserve Bank iaitu Timothy F. Geithner memanggil orang-orang besar Lehman Brohters untuk bermesyuarat pada 13 September 2008.

Seperti laporan, mesyuarat tersebut diadakan untuk memfokuskan kepada ‘situasi masa depan’ Lehman Brothers. Mesyuarat tersebut membincangkan tentang kemungkinan akan berlakunya emergency liquidation dalam aset-asetnya. Atau dalam erti kata lain, mereka bermesyuarat bagi tujuan “bersedia untuk bankrap”

Akhirnya pada 15 September 2008, Lehman Brothers mengumumkan kebankrapan mereka dan serentak dengan itu mengumumkan juga mereka memfailkan memohon bantuan kewangan seperti akta dalam Chapter 11.

Chapter 11 merupakan perundangan ekonomi yang dibentuk bertujuan menyalurkan dana-dana tambahan bagi membantu ekonomi syarikat-syarikat di Amerika. Kongres bersetuju untuk bailout kepada Lehman sebanyak USD700 billion.

Nilai USD700 billion adalah jumlah bailout terbesar dalam sejarah Amerika.

Bagi kebanyakan Conspiracy Theorists dan kami sendiri bersetuju dengan mereka bahawa krisis ini adalah ciptaan Dajjal untuk mencetuskan peperangan besar.

Terdapat beberapa kemusykilan terhadap nilai tersebut. Setelah disuntik dana saiz raksasa pada 20 September 2008 itu, Lehman Brothers tetap tidak mampu memulihkan kesihatan syarikatnya.

Tujuan Utama Mencetuskan Krisis Ekonomi

Kami melihat tujuan utama krisis ekonomi yang dimulai oleh kebankrapan Lehman Brohters ialah sebagai suatu situasi rekaan semata-mata. Situasi ini direka bagi mengambil dana kewangan kerajaan Amerika untuk kegunaan peperangan.

Tidak diketahui siapa penyimpan sebenar dana bailout USD700 billion yang diberi secara berperingkat itu. Walaupun laporan akhbar-akhbar Amerika mengatakan ianya digunakan oleh Lehman Brohters tetapi terdapat keganjilan dari segi pengurusan dana.

Antaranya ialah nilai bailout yang diminta melebihi nilai aset sebenar Lehman Brothers. Lebihan itu adalah sebanyak USD61 billion. Itu pun Lehman Brothers masih tidak mampu menyembuhkan syarikat-syarikatnya.

Ramai Conspiracy Theorists menjangkakan bahawa dana tersebut telah dipindahkan kepada bank-bank di Israel sebagai persediaan modal peperangan. Modal terbawa yang dijangkakan setakat tarikh artikel ini ialah USD400 billion.

Kami amat yakin ini adalah modal awal peperangan besar yang bakal meletus. Manakala negara yang mungkin berperang dengan modal ini ialah ISRAEL.

Jika tidak masakan Anti-Defamation League (ADL) yang berpengkalan di Amerika Syarikat mengumpul semua statements dan pandangan para penyelidik konspirasi di semua blog-blog, laman web dan forum di seluruh dunia.

Mengapa ADL begitu pantas? Hatta komen-komen kecil dari pembaca-pembaca dalam ruangan forum konspirasi juga dikumpulnya.

Pihak ADL sendiri mengakui tindakan mereka itu seperti yang dilaporkan oleh wartawan Israel iaitu Anshel Pfeffer. Beliau melaporkan proses pengumpulan maklumat telah dijalankan bermula awal Oktober 2008.



(Kiri) Jeff Rense, bekas wartawan di Amerika dan pernah ditemuramah oleh Alex Jones dalam siaran radio Infowars (Kanan) Anshel Pfeffer, wartawan akhbar Israel pernah dirompak oleh beberapa orang askar Russia ketika membuat liputan berkenaan krisis di Georgia.

Bayangkan seluruh akhbar Israel melompat-lompat menafikan laporan kecil dari Jeff Rense iaitu bekas wartawan akhbar yang tidak popular. Rense adalah orang terawal yang membuat kenyataan USD400 billion (nilai awal) sebenar dipindahkan kepada kerajaan Israel.

Jense Rense tidak sepopular Alex Jones, David Duke, Texe Marrs atau David Icke. Jika manusia sekecil ini pun dianggap besar kata-katanya maka benarlah tuduhan itu. Dua akhbar utama Israel Haaretz dan Jerusalem Post menyerang kenyataan Rense setiap minggu.

Fungsi ADL Dalam Mengawal Pelan Konspirasi

Bagi ADL pengumpulan maklumat amat penting untuk melihat sejauh manakah KETEPATAN TEORI yang dibincangkan oleh para Conspiracy Theorist.

Sekiranya ada orang yang membuat teori krisis tersebut dengan andaian yang hampir tepat (mungkin ketepatan 6/10), kemnungkinan jalan lain akan dibentuk. Maka akan berlakulah kelewatan mencetuskan peperangan. Inilah fungsi sebenar ADL.



(Gambar) Kempen di atas dikeluarkan oleh akhbar pro-Zionis di Amerika iaitu San Francisco Sentinel pada 14 September 2007.

Perang Konspirasi Dajjal (PKD)

Krisis ekonomi ini adalah krisis untuk mewujudkan peperangan antara negara Israel atau Amerika dengan negara-negara yang tertentu. Kita tidak pasti negara manakah yang bakal diplih oleh Dajjal nanti.

Apa yang pastinya negara itu adalah negara Islam. Peperangan mungkin boleh berlaku antara beberapa penjuru dan tidak lagi satu lawan satu atau 5 lawan satu.

Ini adalah Perang Konspirasi Dajjal yang kami percaya diwujudkan untuk tujuan-tujuan persediaan menghadapi Imam Mahdi seperti yang kami telah maklumkan sebelum ini dalam artikel bertajuk “Rahsia Misi Dajjal di Timur Tengah.”

Wallahu’alam…

Ahad, 2 November 2008

Nasihat atok

TSAQAFAH DAN MUWASOFAT NUQABA'

Penguasaan nuqaba' terhadap cabang ilmu yang menjadi latar belakang dakwah dan tarbiyyah merupakan satu perkara yang amat penting dan menjadi landasan utama kepercayaan anggota usrah terhadap naqib mereka.

Para nuqaba mesti mengetahui dan meyakini bahawa apabila saf pimpinan memberikan tanggungjawab kepada mereka untuk mengetuai usrah, hal itu merupakan satu kepercayaan yang besar. Oleh itu mereka hendaklah memiliki keyakinan diri dan tidak teragak-agak untuk melaksanakan tanggungjawab itu.

Untuk itu mereka mesti mempunyai kekuatan tsaqafah dan keperibadian. Mereka mesti tidak boleh dikalahkan oleh tekanan keilmuan yang cetek, lantaran mereka sebenarnya telah memiliki ilmu. Mereka mesti menyedari bahawa bidang pengajian dan takhassus mereka sebenarnya boleh diolah untuk manfaat usrah dan dakwah. Oleh itu, mereka hendaklah mempelajari kemahiran dan teknik memanfaatkan kepakaran dalam bidang pengajian untuk kepentingan dakwah mereka.



TSAQAFAH NUQABA'

Berikut disenaraikan beberapa rujukan bagi membantu mengatasi masalah ketidakyakinan kepada diri sendiri untuk mengendalikan usrah.

Al-Qur'an ... Naqib hendaklah tahu bacaan al-Qur'an yang betul. Mereka hendaklah mengetahui hukum tajwid yang minimum. Mereka sendiri hendaklah khatam al-Qur'an sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Tafsir al-Qur'an ... Naqib hendaklah mengetahui asas penghantar kepada al-Qur'an. Mereka bolehlah merujuk kepada buku Kunci Mengenal al-Qur'an tulisan Zulkifli Hj.Yusoff.
Mereka juga perlu merujuk buku-buku tafsir yang lengkap huraiannya terhadap isi al- Qur'an. Buku yang dicadangkan ialah Tafsir Al-Azhar oleh Allahyarham Hamka atau buku Abr Al-Athir karangan Ustaz Ahmad Sonhadji.

Al-Hadith ...Setidak-tidaknya mempelajari kitab Hadith 40. Naqib perlu mengetahui maklumat yang minimum tentang pengantar kepada ilmu al-hadith. Buku yang boleh dirujuk ialah Pengantar Ulum al-Hadith oleh Dr. Subhi Salih. Cuba merujuk setiap hadith kepada setiap kitab muktabar seperti Sunan Sittah. Kebanyakan buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris.

Sirah Nabawi ... Naqib dapat meujuk Fiqh As-Sirah oleh Said Ramadhan al-Buti atau Fiqh Harakah oleh Abdul Hadi Awang. Juga buku terbaru TG Niks Abdul Aziz tentang Rasulullah SAW.

Aqidah ... Elakkan diri daripada membincangkan aspek akidah seperti ilmu kalam dan falsafah secara mendalam. Sebaliknya firqah-firqah atau mazhab dalam Islam hendaklah mereka ketahui.
Mereka boleh membuat rujukan kepada buku Aqidah Islamiyyah oleh Sayyid Sabiq atau buku Muqaddimah Aqidah Mukmin oleh Abdul Hadi Awang dan siri kitab-kitab aqidah ( Beriman..) yang ditulis oleh beliau.

Fiqh ... Mengetahui asas tarikh perkembangan hukum dalam Islam dan juga pengantar kepada ilmu fiqh. Sejarah Pembinaan Hukum oleh Dr. Mahmood Zuhdi Abd Majid boleh dijadikan bacaan Secara berterusan mempelajari kitab-kitab fiqh yang muktabar.

Tazkirah dan tazkiyyah an nafs ... Boleh rujuk kepada siri buku karangan Nik Abdul Aziz Nik Mat seperti Tazkiyyah Jiwa dan Nafsu, Air Mata di Mahsyar dan Mati: Satu Peringatan. Juga kitab Bidayatul Hidayah ( al Ghazali ).

Pembacaan terhadap sumber-sumber fiqh harakah merangkumi fiqh dakwah, fiqh tarbiyyah dan fiqh jihad dan siyasah mestilah dilakukan oleh para nuqaba.

Secara berterusan para nuqaba mestilah juga membaca akhbar harakah dan juga perkembangan politik semasa dari blog-blog yang tsiqah.

Apa-apa yang dinyatakan di atas merupakan sumber minimum yang seharusnya dikuasai oleh para nuqaba' bagi melancarkan perjalanan usrah mereka. Pada masa yang sama, mereka hendaklah memiliki penguasaan dalam bidang ilmu dan alat yang lain seperti kenderaan dan ICT.

MUWASOFAT (CIRI-CIRI) NUQABA'

1. Mempunyai kadar minima tsaqafah nuqaba dan sentiasa mempertingkatkannya.
2. Memiliki keperibadian(syakhsiyyah) nuqaba' dan boleh menjadi qudwah yang baik.
- ibadah fardi
- akhlaq dan keterampilan
- public relationship (PR) yang baik
- interpersonal skill
3. Ada kemahiran tarbawiyah dan da'wiyyah:
- usul dan tarkiz tarbawiyyah
- usul dakwah
- isti'ab dakwah
- pengendalian usrah berkesan
4. Ada kemahiran qiyadiyyah.
- menguasai ahli dengan wahdatul fikr dan amal
5. Ada kemahiran jama'iyyah.
- amal jama'iy
- amal ijtima'iy
6. Ada kemahiran tanzimiyyah.
- pengurusan organisasi

Kelihatannya begitu sukar untuk mencari nuqaba' yang memiliki ciri-ciri di atas. Namun itulah hakikat yang perlu dimengerti oleh mereka. Justeru itu, rekrumen nuqaba adalah satu 'core business' yang perlu diambil berat oleh jamaah.

Wallahu a'lam

Sabtu, 1 November 2008

Nasihat atok

Peringatan Bagi Pejuang Islam
source:www.iluvislam.com

Editor: deynarashid

Berkata As-syahid Al-Imam Hassan Al-Banna:

1. Sesungguhnya ramai yang mampu berkata-kata dan sedikit dari mereka yang bertahan dalam beramal dan bekerja. Ramai pula dari yang sedikit itu yang mampu bertahan di waktu beramal dan sedikit dari mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan berat. Para Mujahidin itu adalah angkatan terpilih yang sedikit bilangannya tetapi menjadi penolong dan menjadi Ansarullah. Adakalanya mereka tersilap tetapi akhirnya menepati tujuan sekiranya mereka diberi Inayah dan Hidayah oleh Allah.

"Sesungguhna kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk" (Al-Qashash:56)

"Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam" (Al-Ankabut:6)

2. Sesungguhnya ujian-ujian Allah adalah PROSES PENAPISAN, untuk menapis orang yang benar dan yang bohong; orang yang beriman dan Munafik; orang yang sabar dan gopoh.

"..dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir" (Ali-'Imran:141)

"Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk(munafik) dengan yang baik (mu'min). Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang ghaib, akan tetapi Allah memilih siapa yang dikehendakiNya di antara rasul-rasulNya. Kerana itu berimanlah kepada Allah dan rasul-rasulNya; dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka bagimu pahala yang besar" (Ali-'Imran:179)

"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antar kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu" (Muhammad:31)

"Musa berkata kepada kaumnya:'Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakanNya kepada siapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa" (Al-A'Raaf:128)

3. Sesungguhnya da'wah berdiri di atas keazaman, bukan di atas kemudahan.

"Allah berfirman:'Jangan takut (mereka tidak akan dapat membunuhmu), maka pergilah kamu berdua dengan membawa ayat-ayat Kami (mu'jizat-mu'jizat); sesungguhnya Kami bersamamu mendengarkan (apa-apa yang mereka katakan)," (Asy-Syu'araa':15)

4. Orang yang beriman apabila diganggu Syaitan, mereka cepat sedar dan kembali kepada Allah.

"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya. Dan teman-teman mereka(orang-orang kafir dan fasik) membantu syaitan-syaitan dalam menyesatkan dan mereka tidak henti-hentinya(menyesatkan)" (Al-A'raaf:201-202)

Bebel atok

Altantuya: Mahkamah bebaskan Razak , Azilah dan Sirul diarah bela diri

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Hrkh) -Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membebaskan Abdul Razak Abdullah Baginda, salah seorang tertuduh dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Mahkamah bagaimanapun telah mengarahkan dua tertuduh lain iaitu, Cif Inspektor, Azilah Hadri, 32 dan Korporal Sirul Azha Umar, 37,yang merupakan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) untuk membela diri dalam kes pembunuhan tersebut.

Hakim Mahkamah Tinggi, Dato' Mohd. Zaki Md. Yasin memutuskan demikian setelah mendapati terdapat kes prima facie terhadap tertuduh pertama, Azilah dan tertuduh kedua, Sirul.

Kedua-dua mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun itu yang mana jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum gantung sampai mati.

Azilah yang mula berkhidmat dalam UTK sejak 8 Januari 2003, mempunyai kepakaran dalam body-guarding atau teknik mengawal orang kenamaan penting (VVIP) sama ada secara berjalan kaki mahupun berkenderaan.

manakala, Sirul yang menyertai UTK sejak 23 Januari 1996 pula bertugas dalam Unit Komunikasi.

Sementara itu, pihak pendakwa dijangka akan mengemukakan rayuan terhadap pembebasan Razak Baginda.

Kes yang mendapat perhatian seluruh negara ini bermula apabila mayat model Mongolia tersebut ditemui di Lot 12843 dan Lot 16735 di Mukim Bukit Raja, Selangor.

Altantuya dipercayai telah ditembak sebelum badannya diletupkan dengan menggunakan bahan letupan dua tahun lalu.

Azilah dan Sirul didakwa secara bersama dalam pembunuhan Altantuya dan Razak Baginda pula telah didakwa bersubahat dalam pembunuhan tersebut.

Kes berprofil tinggi yang mendapat perhatian seluruh negara ini berlarutan selama 151 hari sejak November 2006, yang menyaksikan pihak pendakwa mengemukakan 84 orang saksi.
........................................................................................................................................................

Satu lagi keputusan kes berprofil tinggi yang meragukan. Bagaimana orang yang begitu dekat dikaitkan dengan kes pembunuhan Altantuya ini boleh dibebaskan? Mungkinkah ada konspirasi disebaliknya. Tida hairanlah jika rakyat pada masa kini lebih gemar mengambil tindakan sendiri daripada membawa kes2 tertentu ke balai polis mahupun mahkamah. ini kerana mereka semakin hilang kepercayaan terhadap institusi2 yang sepatutnya membela org yg dianiaya tetapi sebaliknya pula yg berlaku. SELAMATKAN INSTITUSI KEHAKIMAN KITA!

Selasa, 21 Oktober 2008

Nasihat atok

Cerita atok

Eurocopter: Malaysia Tidak Sebijak Brazil ?

Artikel Oleh edyesdotcom

" Brazli membeli helikopter Eurocopter EC-725 dengan harga yang lebih murah RM82 juta sebuah, sedangkan Malaysia bakal membayar dengan harga RM193 juta, kata Angkatan Muda PKR hari ini.

Dalam laporan polisnya, timbalan AMK Mohd Fariz Musa berkata perbezaan harga lebih sekali ganda itu harus dipertimbangkan untuk siasatan.

helicopter military eurocopter cougor ec 725 troop transporter"Brazil telah menandatangani kontrak pembelian 50 buah helikopter Cougar yang bernilai US$1.2 bilion ataupun RM4 bilion. Manakala Malaysia pula telah menandatangani kontrak berjumlah RM2 bilion hanya untuk 12 buah helikopter Cougar," katanya dalam laporan itu yang dibuat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur tengah hari ini.



Perbezaan harga antara dua negara ini bagi sebuah helikopter dengan model yang sama sebanyak RM111 juta atau RM1.2 bilion bagi kontrak membeli 12 buah unit, tambahnya.

"Persoalan timbul ialah ke mana perginya RM1.2 bilion ini dengan sewenang-wenangnya?" kata Mohd Fariz.


............................................................................................................................................................

Di sebalik ungkapan berjimat yang dilaungkan oleh kerajaan, di samping itu juga lah perbelanjaan membabi-buta dilakukan. Daripada membeli 12 unit helicopter kepada membeli sebuah bank di kala krisis ekonomi dunia yang melibatkan semua bank melanda. Di manakah rasionalnya Kerajaan Malaysia?

Hari ini Raja Nazrin bertitah, bahawasanya krisis kewangan harus ditangani secara bijak. Adakah pembelian Eurocopter ini adalah satu pembelian bijak? Bagaimanakah bijak itu didefinasikan apabila Kerajaan Malaysia yang 'bijak' membeli sebuah heli dengan harga RM193juta berbanding Brazil yang membelinya dengan hanya RM82juta.

Apakah juru-runding kita tidak sebijak juru-runding Brazil? Apakah juru-runding kita dapat komisen macam beli scorpane dulu? Mungkin jika bermain bolasepak, kita tewas dengan Brazil, tapi dari segi kepandaian membeli kelengkapan tentera pun kita kalah. Mengapa tidak boleh buat perbandingan dulu? mengapa tak survey harga pasaran dulu? Kalau kita orang kebanyakkan ni nak beli handphone pun akan merayap 5-6 kedai sebelum membuat pembelian.

Berkenaan Maybank, di manakah kewarasan sebuah syarikat perbankan gergasi milik negara apabila membeli sebuah bank di Indonesia sewaktu kegawatan ekonomi dunia sedang hebat melanda? Pembelian tersebut menyebabkan beberapa BILION hilang sekelip mata kerana nilai pembelian yang sangat tinggi di musim 'luruh'.

Sungguh banyak wang rakyat telah disonglap sejak akhir-akhir ini. Berbilion-bilion. Agaknya jika wang tersebut diagih kepada yang memerlukan, sudah tentu sedikit sebanyak masalah kemiskinan tegar dapat dirawat. Berapa banyak pulak rumah flat kos sederhana yang dapat dibina dengan wang bilion-bilion tersebut.

Mungkin UMNO tidak punya masa yang banyak lagi kerana umur Barisan Nasional dalam jasad kerajaan kian dipenghujungnya. Saya percaya, inilah rompakkan harta rakyat yang terakhir berjaya mereka lakukan, dan mereka lakukanya dengan amat tergesa-gesa kerna tidak punya masa.
"

Cerita atok

Tahukan anda!! Kini Rakyat Malaysia memberi subsidi kepada Kerajaan!!


Artikel Oleh Reformis Muda

Ayat retorik Kerajaan UMNO yang paling popular 2-3 tahun kebelakangan ini adalah kerajaan menanggung subsidi yang terlalu tinggi dan kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak untuk digunakan untuk pembagunan rakyat. ya! itu lah retorik yang sering digunakan sebagai propaganda bagi melayu melayu yang Bodoh terutama ahli Umno yang memegang tauhidnya hanya Umno mampu memerintah.

Tapi ungkapan itu seharusnya ditukar kini, Kini Rakyat Terpaksa menanggung Subsidi Kepada kerajaan demi mempertahankan kerajaan korup UMNO.

Jun lalu Kerajaan kata Minyak mungkin naik Ogos, tapi esok harganya sudah melonjak 78sen dari RM1.92 kepada RM 2.70 iaitu kenaikan 40% yang menyebabkan rakyat diasak oleh kenaikan harga makanan dan barang keperluan harian secara mendadak. ketika itu harganya sekitar US 1.30-145dollar/tong. kini harganya sudah menurun ke paras hampir US 70 Dollar iaitu separuh dari nilai harga Minyak ketika ia dinaikan secara "gila babi" oleh Kerajaan UMNO. ikut logiknya harga minyak seharusnya diturunkan juga separuh iaitu RM 1.35, Rakyat Malaysia kini layak menikmati harga minyak pada kadar RM 1.35 dan bukannya RM 1.92, paling tidakpun ia mesti diturunkan keparas RM 1.60. kenapa kerajaan kini masih berdolak dalih. macam macam alasan diberikan. antaranya kononnya nilai Ringgit berbanding dollar lemah dan takut bekalan minyak terganggu andai ia diturunkan secara mendadak. inilah alasan paling bodoh dari menteri yang bodoh. inilah menteri yang asalnya berasa dirinya amat pandai, sehinggakan pandangan Anwar untuk menurunkan harga minyak dikatakan sebagai tidak realistik dan merosasakkan ekonomi. makan wujudlah pelbagai idea menteri Pak pandir yang kononnya pandai. mereka berikan Rebet petrol yang membelanjakan sebanyak RM 5billion duit kerajaan dan rakyat. apakah rebet menyelesaikan masalah ekonomi? sehinggakan pemilik kereta BMW 3 siri dibawah 2000cc pun layak menerima rebet petrol? malah kebanyakan pemilik kereta bukanlah dikalangan mereka yang menerima impak yang besar dari kenaikan harga barang, tetapi mereka yang tidak mampupun membeli sebuah motorsikal.inikah Menteri yang merasakan diri mereka terlalu bijak? beginikah rupanya menteri yang akan mengemudi ekonomi Malaysia untuk menghadapi badai taufan Krisis ekonomi Amerika syarikat?

Apa lagi idea Bodoh kebinet Pak pandir ini? mereka menurunkan cukai jalan BAS dan perkhidmatan Awam, mereka turunkan kadar tol bagi Pengangkutan awam yang terdiri dari BAS dan teksi, mereka beri subsidi, apa hasilnya pada rakyat malaysia? hasilnya rakyat dikejutkan dengan kenaikan harga tiket BAS dari 50% hingga 100% menjelang ummat Islam pulang ke kampung berhari raya yang sudah tentunya mereka adalah dari golongan yang tidak berkemampuan membeli kernderaan sendiri! mana perginya kebijaksanaan pemimpin dan kebinet Pak Pandir UMNO, sehinggakan sabri cheek berbuih mulut mempertahankan hujjah bodoh mempertahankan kenaikan harga minyak.

itulah 2 contoh terdekat bagaimana bodohnya Kerajaan Umno mengurus ekonomi, mereka tidak mampupun menghadapi badai kemelesetan ekonomi yang akan melanda Asia kesan dari kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat. andai Anwar tidak mampu merampas kerajaan persekutuan dalam waktu terdekat, bersedialah seluruh warga Malaysia, duit anda didalam kwsp dan tabung amanah pencen bakal hangus diuruskan menteri kewangan yang baru yang lebih korup dan menteri kewangan pertama terdiri dari seorang pembunuh. sebelum pilihanraya kebanyakan dana Rakyat dan duit kerajaan telah di pam kedalam pasaran Saham, kini Kerajaan akan sekali lagi mem"bailout" pasaran Saham dengan duit Rakyat sebanyak RM 5Billion. bersedialah seluruh warga Malaysia, duit anda bakal hangus diurus Kerajaan pak pandir. berseronoklah semua rakyat malaysia sebelum negara menuju kebangkrapan. itu belum dikira dari kesan yang diterima rakyat dari kenaikan harga barang pembinaan dan sumber asas eletrik, malah pekerjaan mereka juga bakal hilang apabila 5 bulan lagi Kilang kilang yang berkaitan Amerika bakal gulung tikar. andai 1 kilang ditutup menyebabkan 3000 orang bakal hilang pekerjaan, dan setiap pekerja ini menanggung 3000 keluarga. bagaimana kalau 200kilang gulung tikar? berapa pula hasil kerajaan bakal hilang? kini hampir 85% kilang tidak lagi membuat "overtime" kerana produksi mereka menurun atas sebab permintaan yang berkurangan. pernahkan kita lihat sebelum ini bagaimana Kilang Nikko eletronic yang ditutup di pulau Pinang menyebabkan 1500 orang terseksa? anda fikirkanlah..

Mana duit akan diperoleh Kerajaan untuk membayar rebet petrol sebanyak RM 5billion? kalau harga minyak kini sudah turun, maknanya kerajaan terpaksa memakai dana kerajaan sendiri. maknanya 5 Billion akan dicedok dari peruntukan belanjawan 2009 yang mana angka pendapatannya kini juga sudah tersasar dari sasaran. bersedialah kita andai Kerajaan tidak ditukar, kerajaan malaysia bakal bankrap, penerima pencen mungkin tidak menerima duit mereka tepat dari jadual , begitu juga kakitangan kerajaan jika pendapatan kerajaan sudah hilang hampir separuh. apa yang perlu kita tahu , RAKYAT MALAYSIA kini MenaNnggung Subsidi untuk kerajaan Umno.

Lawan tetap Lawan

Reformis muda

Sabtu, 20 September 2008

Cerita atok

Assalamualikum semua...

sedar x sedar dah hampir 20 hari kita berpuasa, dan sekarang tibalah masanya di malam 10 terakhir. Malam 10 terakhir ini masyhur dengan kemungkinan berlakunya perisiwa malam lailatul qadar yang mana ganjarannya adalah lebih baik daripada 1000 bulan. WOW! siapa yang x nak berjumpa dengan malam lailatul qadar jika sebegitu banyak ganjaran yg diberi oleh Allah. Rugilah kalau kita lepaskan begitu sahaja malam2 ramadhan yang masih tertinggal ni.

Just peringatan daripada atok, mari kita tengok balik ape yg dah kita buat sepanjang ramdahn yg lalu? Adakah kita betul2 perform dalam ibadah? Macam mane checklist ibadah yg kita janjikan sebelum tibanya ramadhan dahulu?

x pe la, yang dah lepas kita biarkan berlalu kerana masa x mungkin dpt dikembalikan lagi. Mari kita betul2 perform dalam malam 10 terakhir ini dan berdoalah kepada Allah supaya kita dipertemukan dengan malam lailatul qadar. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.


Nasihat atok

Jumaat, 19 September 2008

Bebel atok

Siapa subsidi siapa ni?

"Kiraan harga minyak sekarang
1 barrel(tong) = 159 liter
1 USD = RM 3.471
harga minyak semasa = USD92.92 setong
Dulu USD145 x 3.03 (Rate semasa) / 159 liter = RM3.00 – RM0.30 (Subsidi) =RM2.70
Skrg USD92.92 x 3.47 (Rate semasa) / 159 liter = RM2.03 – RM0.30 (Subsidi) =RM1.73
Kerajaan jual => RM2.55 Harga tanpa subsidi => RM2.00
Kita tanggung kerajaan = RM0.52 per liter. Skrg kita lak yg subsidi kerajaan bukannya kerajaan kasi kita subsidi..minyak dunia dah turun terlampau banyak tapi kerajaan still senyap ngan isu minyak ni "

Rabu, 17 September 2008

Cerita atok

PERISTIWA BESAR DALAM SEJARAH DALAM BULAN RAMADHAN


"Bulan Ramadhan bukan hanya terkenal sebagai pusat latihan ibadah kepada umat Islam, malah ia juga terkenal dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam antaranya:

BULAN DITURUNKAN AL KITAB

Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah. Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan Al Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.

PERISTIWA BADAR

Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ. Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri. Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapandan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai kerdhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Aali ‘Imran ayat 123 hingga 125. Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.

ISLAM MEMBUKA KOTA MEKAH

Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang. Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani bakar dan Khuza’ah. bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad. Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di lembah Watir. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad, beliau mengerahkan ratusan ribu umat Islam marake Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apapbila hampir memasuki Kota Mekah. Penduduk musyrikin menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan hanya bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian. Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya. Allah menyebut dalam Al Quran Surah Al Fath ayat 1: Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata. Sebahagian pakar tafsir Al Quran memberi maksud ‘kemenangan’ dengan kemenangan bermaksud membuka Mekah.

PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK

Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab. Apabila berita itu samapai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu tanah Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat islam ketika itu benar-benar teruji. namun, mereka tetap taat kepada perintah Nabi Muhammad. Beliau sendiri memimpin tentera seramai 30,000 anggota ke utara Madinah. Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada di situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000 dinar setiap tahun.

ISLAM SAMPAI KE YAMAN

Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.

KHALID BIN AL WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL ‘UZZA

Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla. Menurut kepercayaan Arab jahiliyyah, al ‘Uzza adalah patung dewi terbesar di situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab apabila melafazkan sumpah. Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir.

PENYERAHAN BANDAR TAIF

Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya menghalau Nabi Muhammad SAW semasa berdakwah di sana. Selepas beliau dan umat Islam berjaya membebaskan Mekah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijrah dengan menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.

PEMBUKAAN ANDALUS (SEPANYOL)

Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus. Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.

PEPERANGAN ZALLAQAH; PORTUGAL Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat, bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah. Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.

TENTERA ISLAM MENGALAHKAN TENTERA MONGOL

Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev. Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad zang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sunagi Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat. Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain Jalut. Dalam pertempuran itu, tentera ISlam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.

PEPERANGAN YAKHLIZ

Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusiayang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.

TERTAWANNYA GARIS BAR LEV, ISRAEL

Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi. Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973, Perang Oktober, dan Perang Ramadhan. Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung SInai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di SInai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev. Israel bermegah denga kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamahyang mengambilalih pimpinan operasi peperangan. Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya megasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.

sumber:
www.al-futhuhat.blogspot.com"